30 Okt 2009

PERHIMPUNAN BULANAN KPKK DI KRAFTANGAN MALAYSIA

Perhimpunan bulanan Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK)Kraftangan Malaysia akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 2 November 2009 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat :Panggung Terbuka, Bangunan Seri Utama.
Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur,
Seksyen 63, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur


Perhimpunan akan dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri yang akan menyampaikan amanat dan semua pegawai serta kakitangan daripada semua agensi KPKK dijemput hadir.

PENYUSUNAN DAN PENEMPATAN BARU ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA.

Sukacita dimaklumkan bahawa satu penyusunan/penempatan tugas anggota kerja telah di putuskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Urusan Kakitangan Bil 03 Tahun 2009 bertarikh 08 September 2009. Penyusunan dan penempatan tugas anggota kerja ini berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2009. Senarai pertukaran adalah seperti berikut :

Penempatan baru ini bertujuan dapat memberi pendedahan dan memantapkan struktur pentadbiran Kraftangan Malaysia

21 Okt 2009

PENUNDAAN TARIKH TEMASYA BUSANA MUSLIM

Dimaklumkan Temasya Busana Muslim Antarabangsa- Kraf Tekstil yang dijadualkan akan diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2009 ini, ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Pihak kami akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Segala kesulitan amat dikesali

20 Okt 2009

TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA 27 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2009

Kraftangan Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Temasya Busana Muslim Antarabangsa - Kraf Tekstil yang akan diadakan bermula pada 27 Oktober hingga 1 November 2009. Temasya yang bertemakan “Kraf Tekstil dan Busana Muslim” ini cuba mengetengahkan keunikan dan kehalusan produk kraf tekstil tempatan sebagai bahan utama dalam penyediaan dan penghasilan busana muslim ke persada dunia.

Tujuan penganjuran Temasya Busana Muslim ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan industri kraf tekstil tempatan melalui penggalakan penggunaan kraf tekstil Malaysia batik, tenunan dan songket serta tenunan etnik Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, melalui Temasya Busana Muslim ini juga diharapkan dapat meningkatkan pendapatan usahawan kraf hasil daripada gabungan dan pencambahan idea dan pertukaran fikiran tentang gaya fesyen muslim terkini. Temasya Busana Muslim juga mengajak masyarakat umum dalam penerimaan fesyen muslim sebagai fesyen universal.

Sepanjang Temasya ini, Kraftangan Malaysia merencanakan pelbagai aktiviti seperti jualan produk kraf tekstil, penjualan aksesori, pameran fesyen busana muslim, peragaan fesyen, demonstrasi kraf teksil, persembahan kesenian dan lawatan berkumpulan.

Temasya Budaya Muslim Antarabangsa yang bersifat komersil ini dapat mencetuskan idea penggayaan fesyen hasil gabungan budaya dan agama serta penggunaan produk kraf tekstil tempatan. Sasaran kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan agama diharapkan Temasya ini mencapai matlamat menjadikan kraf, busana, budaya dan agama digabungkan dalam penggayaan fesyen terkini.

SEMUA DI JEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN TEMASYA INI