30 Nov 2010

Majlis Sambutan Hari Inovasi 2010 & Pelancaran Logo KPKK

Majlis Sambutan Hari Inovasi 2010 & Pelancaran Logo KPKK akan diadakan pada Disember 2010 (Rabu) di Ampitheatre, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Majlis akan disempurnakan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri kerana memilih Kraftangan Malaysia sebagai tuan rumah sekali lagi.

22 Nov 2010

Majlis Konvokesyen ke-9 Institut Kraf Negara


Bagi pihak seluruh warga Institut Kraf Negara (IKN) dan Kraftangan Malaysia,
saya mengucapkan setinggi tahniah kepada graduan yang akan menerima
anugerah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ini.

Harapan saya agar para graduan tidak mensia-siakan ilmu yang diperolehi
sepanjang pengajian di IKN. Aplikasi dan manfaatkan ilmu dalam kerjaya
saudara saudari nanti.

Menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Kraf yang dapat melahirkan tenaga mahir,
berteknologi, usahawan kraf dan menjadi pusat rujukan, penyelidikan serta pemuliharaanwarisan negara.Bagi yang belum bekerja, mereka boleh meneruskan pembelajaran kerana pembelajaran itu merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat.

Kumpulan graduan pada hari ini, merupakan kesinambungan komitmen IKN untuk melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri kraf, di samping melahirkan bakal usahawan profesional yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan. Saya percaya saudara saudari berupaya untuk menggalas tanggungjawab bagi membangunkan industri kraf negara. Para graduan merupakan barisan pelapis yang akan mewarisi dan mewarnai corak masa depan industri kraf negara. Dengan azam dan usaha yang kuat, Insya-Allah graduan Institut Kraf Negara akan terus berjaya.

Wassalam.

15 Nov 2010

KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KEDAH TURUT DILANDA BENCANA BANJIR


Bencana banjir yang melanda Utara Semenanjung baru-baru ini turut melibatkan Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah. Ibu pejabat Kraftangan Malaysia dimaklumkan pejabat Cawangan Kedah ditutup selama dua hari berikutan bencana tersebut.

Saya mewakili pengurusan Kraftangan Malaysia dan semua kakitangan turut simpati di atas bencana tersebut.