17 Jun 2013

PROMOSI KERJA KAHWIN 2013


PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA AKAN MENGADAKAN PROMOSI KERJA KAHWIN 2013 PADA 19 JUN HINGGA 1 JULAI 2013 DARI JAM 10 PAGI HINGGA 10.00 MALAM DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY. PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DISEDIAKAN SEMPENA PROMOSI INI SEPERTI JUALAN KRAF DAN PERKHIDMATAN PERKAHWINAN, MAJLIS PERSANDINGAN PENGANTIN RAMAI-RAMAI, MANIFESTASI PERKAHWINAN, PAMERAN PRODUK KRAF, DEMONSTRASI DAN INTERAKTIF DAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK LAIN. SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROMOSI INI. MASUK ADALAH PERCUMA.


AHLI LEMBAGA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA







Pengerusi
Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan








   
 Timbalan Pengerusi
 Yang Berusaha Major (B) Haji Roslan Zakaria










Ahli
Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali












Ahli
Yang Berbahagia Datuk Haji Ab Ghaffar A. Tambi









Ahli
Yang Berbahagia Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim









Ahli
Yang Berbahagia Datin Zahirah binti Haji Mohamad









Ahli
Encik Low Sie Gee 








Ahli
YB Mohd Rawi bin Haji Abd Hamid








Ahli
Yang Berbahagia Dato' Mohd Bisharuddin bin Mohd Noor Basha

5 Jun 2013

ISRAK & MIKRAJ 1434H



ISRAK MIKRAJ adalah peristiwa yang dialami Nabi Muhammad SAW. Ia difahamkan sebagai perjalanan malam Nabi dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan terus menerus menembusi dinginnya langit menuju sebuah puncak yang disebut Sidratul Muntaha.
Sambutan ini sememangnya dinantikan oleh seluruh umat islam kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Israk & Mikraj kepada semua umat Islam yang akan disambut pada 6 Jun 2013 (Khamis) bersamaan 27 Rejab 1434H. Bersama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa Israk & Mikraj ini. Insya Allah...

PIAGAM PELANGGAN KRAFTANGAN MALAYSIA





Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Tahun 1979, Akta 222 dan Akta A562 (Pindaan) Tahun 1983 dipertanggungjawabkan bagi membangunkan industri kraf di Malaysia. Oleh itu pelanggan utama Kraftangan Malaysia disasarkan kepada usahawan kraf. Sehubungan dengan itu, kami warga Kraftangan Malaysia berjanji untuk:
  • Menyediakan 3,000 rekaan produk baru setahun.
  • Menyediakan program promosi di peringkat domestik dan antarabangsa sebanyak 150 kali setahun.
  • Menyediakan tenaga terlatih baru seramai 50 orang di peringkat Sijil dan 100 orang di peringkat Diploma setahun.
  • Mengadakan latihan kemahiran kraf jangka pendek kepada 1,000 orang tenaga kerja setahun.
  • Mengeluarkan perakuan penerimaan aduan awam dalam tempoh 24 jam dan memberi jawapan maklum balas dalam tempoh 72 jam hari bekerja.
  • Menjelaskan tuntutan pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
  • Memberi maklum balas kepada permohonan insentif usahawan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
* telah dikemaskini dan berkuatkuasa pada bulan April 2013

TAHNIAH YBHG. DATUK DR ONG HONG PENG, KSU KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

                                                    

Saya dan semua warga Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang telah dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 1 Jun 2013 dan membawa gelaran 'Datuk'. Tahniah sekali lagi diucapkan.