23 Apr 2014

PROMOSI KERJA KAHWIN 2014




Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kerja Kahwin 2014 dari 24 April hingga 5 Mei 2014 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung. Dijemput semua hadir untuk membeli-belah dan memeriahkan lagi promosi ini. Masuk adalah PERCUMA!!!! 



15 Apr 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI ANGSANA JOHOR BAHRU MALL DAN MESRA MALL TERENGGANU




Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall dan Mesra Mall, Terengganu. Masuk adalah percuma....


9 Apr 2014

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2014 KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN


KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN AKAN MENGADAKAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2014 DI PANGGUNG SARI, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA PADA 10 APRIL 2014 (KHAMIS) JAM 11.00 PAGI. MAJLIS AKAN DIHADIRI OLEH YB DATO' MOHAMED NAZRI BIN TAN SRI ABDUL AZIZ, MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN. SEMUA WARGA KPK DAN AGENSI KPK ADALAH DIJEMPUT HADIR...

8 Apr 2014

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN


Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia telah menerima surat edaran dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk dibuat pemantauan ke atas pegawai awam yang menjalankan perniagaan dalam talian. Dipohon semua anggota kerja mengambil maklum dan perhatian mengenai perkara ini dan mematuhi perkara ini.




TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM DALAM MEMELIHARA INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN MEDIA SOSIAL DI INTERNET


MOHON SEMUA ANGGOTA KERJA MENGAMBIL MAKLUM DAN PERHATIAN MENGENAI PERKARA INI.







SALAM TAKZIAH

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Madam Lim Swee Kim, Adiguru Kraf Sulaman Nyonya yang telah meninggal dunia pada 6 April 2014 (Ahad) yang lalu pada umur 81 tahun. Mendiang Madam Lim pernah menghiasi majalah Buletin Kraf Bil 3. Semoga beliau bersemadi dengan aman..




4 Apr 2014

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA ANGGOTA KERJA LANTIKAN APRIL 2014



Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada anggota kerja lantikan April 2014. Semoga semua anggota kerja dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan bersungguh-sungguh untuk mencapai KPI Kraftangan Malaysia dengan jayanya. Selamat maju jaya semua!!!