Profail Ketua Pengarah


Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Haji Ismail dilahirkan di Muar, Johor. Setelah menamatkan pelajaran di peringkat menengah beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Perniagaan dan Pengurusan dengan memperoleh Diploma serta Kepujian dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Teknologi Mara pada tahun 1998.

Beliau mula berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada 1991 dan ditempatkan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pentadbiran & Perkhidmatan, Bahagian Pemasaran, Bahagian Pembangunan Pasaran & Promosi dan Bahagian Usahawan serta turut menerajui Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Sepanjang berkhidmat, beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan seperti Pengurus Besar Kraf  Holding Sdn.Bhd, Pengurus Besar Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn.Bhd, pensyarah sambilan di Institut Kraf Negara dan ahli mesyuarat bagi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Negeri Sembilan (2014) serta Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu (2014).  Pada 15 Mac 2017, beliau  dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah pada 9 September 2017. 

Beliau merupakan seorang pemimpin yang mempunyai visi, mengamalkan prinsip kepimpinan ke arah perubahan. Beliau seorang yang mudah didekati, berani menyuarakan pendapat serta sentiasa mempunyai idea-idea baru dalam membangunkan industri kraf negara. Beliau juga sentiasa berpegang teguh kepada beberapa prinsip utama dalam perkhidmatan seperti komited, kesetiaan, keikhlasan dan ketulusan serta penuh berdisiplin dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.  

Sepanjang 26 tahun berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia, beliau terlibat secara langsung dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti peringkat domestik mahupun antarabangsa seperti Hari Kraf Kebangsaan, Kuala Lumpur International Craft Festival, pameran dan promosi di dalam dan luar negara.

Encik Ibrahim bin Ismail telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Rusliyah binti Shafei dan dikurniakan empat (4) orang cahaya mata.