18 Feb 2015

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015




Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2015 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang akan disambut pada 19 dan 20 Februari 2015. Semoga sambutan tahun ini akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada anda semua termasuk keluarga dan seterusnya kepada negara. 



" Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. 
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1]Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu). " 

(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina)

13 Feb 2015

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH





Hilangnya seorang pemimpin yang sukar dicari ganti. Beliau dihormati dan disayangi oleh hampir semua lapisan masyarakat Islam di negara ini. Allahyarhan diberi nama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang lebih mesra di sapa Tok Guru Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat yang sangat indah 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H jam 9.45 malam di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan ketika usianya 84 tahun. Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah...  





Negara juga kehilangan seorang lagi pengulas sukan terkenal negara, Dato Haji Hasbullah Awang, yang meninggal dunia pada usia 63 tahun  pada 12 Februari 2015 (Khamis) jam 12.20 tgh di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh...Al-Fatihah.






(Sumber : www.bharian.com.my)

10 Feb 2015

MAJLIS JASAMU DIKENANG ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA




Tanggal 9 Februari 2015 (Isnin) bersamaan 19 Rabiulakhir 1436H telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang khusus diadakan untuk meraikan anggota kerja Kraftangan Malaysia yang telah dan bakal meninggalkan Kraftangan Malaysia atau bersara iaitu:

BIL
NAMA
JAWATAN
TARIKH BERSARA
1
Tuan Haji Shahrudin bin Mohd Nor
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
11.02.2015
2
Cik Hajah Latiffah binti Ramli
Penolong Akauntan Gred W32
25.12.2014
3
Puan Hajah Rogayah binti Mansor
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
02.01.2015


Selamat Maju Jaya kepada mereka semua. Semoga mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan-Nya..Amin...






" Dunia persaraan adalah fitrah perjalanan hidup sebagai penjawat awam. Kita akan bersara apabila mencapai umur bersara umur wajib bersara mengikut undang-undang iaitu 60 tahun atau jika ada perkara berkaitan kesihatan yang memerlukan kita bersara awal. Walaupun usia bersara ini dianggap sebagai penamat kerjaya tetapi persaraan bukan sebuah pengakhiran untuk kita kerana persaraan itu hanyalah dalam konteks perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam. Persaraan yang dihadapi ini hanya melepaskan seseorang penjawat awam dari peraturan dan ikatan sebagai penjawat awam.Pada masa yang sama, kita juga perlu mengakui bahawa alam persaraan juga adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan diri dan menenangkan fikiran setelah berpuluh-puluh tahun bekerja dalam perkhidmatan awam. Persaraan menyediakan ruang yang banyak dan kesempatan kepada kita untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta. Walau bagaimana pun saya fikir kesihatan merupakan perkara utama yang perlu kita beri perhatian supaya kita dapat menikmati persaraan dengan lebih bermakna. " 

(Sumber : Petikan ucapan Ketua Pengarah sempena Majlis Jasamu Dikenang)

4 Feb 2015

SELAMAT HARI THAIPUSAM 2015





Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Thaipusam 2015 yang telah disambut pada 3 Februari 2015 (Selasa) yang lalu khususnya kepada rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu. Upacara menyambutnya telah diadakan sangat meriah di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia.