24 Jul 2014

SALAM SYAWAL 1435H


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia khususnya dan kepada semua umat Islam umumnya yang dijangka akan diraikan pada 28 Julai 2014 (Isnin) bersamaan dengan 1 Syawal 1435H. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada sebarang kekhilafan secara sengaja atau tidak sengaja. Saya berharap bagi mereka yang akan pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya. Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing untuk berjumpa dengan keluarga tersayang. Selamat kembali bertugas setelah bercuti panjang... 


17 Jul 2014

MAJLIS SIDANG MEDIA WARNA-WARNI AIDILFITRI 2014


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ybhg Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A.Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC kerana telah menyempurnakan Majlis Sidang Media sempena Warna-Warni Aidilfitri 2014 yang telah diadakan pada 13 Julai 2014 (Ahad) yang lalu. 


Ybhg Datuk TKSU juga turut melawat ke lokasi jualan dan juga turut mengacau dodol serta beberapa aktiviti yang telah disediakan sempena Warna-warni Aidilfitri 2014 ini. Terima kasih juga kepada semua tetamu dan media yang telah hadir ke majlis sidang media ini. 




2 Jul 2014

TAZKIRAH MEGA @ CRAFT



Sempena Promosi Warna Warni Ailfitri yang akan berlangsung pada 12 hingga 23 Julai 2014, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menganjurkan Tazkirah Mega @ Craft di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Antara Penceramah yang terlibat seperti Imam Muda Asyraf, Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood), Ustaz Zul Ramli M.Razali, Ustaz Badli Shah Alauddin dan Ustaz Kazim Elias. 

Kemudahan Dewan Solat, Bazar Ramadhan dan Iftar Ramadhan Buffet juga turut disediakan kepada para pengunjung. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi bulan Ramadhan ini dengan pengisian amalan yang sangat dituntut... 

WARNA-WARNI AIDILFITRI 2014



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan mengadakan program Warna-warni Aidilfitri yang akan bermula pada 12 hingga 23 Julai 2014 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun sepanjang program tersebut. Pelbagai kelengkapan sempena menyambut Aidilfitri ada disediakan di sini. Semua dijemput hadir!!!

AKTIVITI UTAMA
BIL.
SENARAI AKTIVITI
TARIKH / MASA
LOKASI
1
JUALAN
~ Produk Kraf
~ Produk & Perkhidmatan Aidilfitri
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm
Basement Seri Anjung & Seri Cipta
2
PAMERAN


~ Pameran & Jualan Produk Baru Aidilfitri
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm
Lobi Seri Anjung
~ Pameran Kraf Warisan
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm
Muzium Kraf
3
DEMONSTRASI DAN INTERAKTIF


~ Produk Kraf Aidilfitri
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 6.00pm
Khemah D
~ Kuih & Juadah Aidilfitri
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 6.00pm
Lobi Cafe Craft Delight
~ Kuih Raya Yang Hampir Pupus bersama Jabatan Warisan Negara
12, 13, 19 & 20 Julai
10.00am – 6.00pm
Pentas Cafe Craft Delight
~ Juadah Antarabangsa
15, 16, 17 & 18 Julai
2.00 – 6.00pm
Pentas Cafe Craft Delight
~ Interaktif Kraf Aidilfitri
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm
Basement Seri Cipta
4
IRAMA AIDILFITRI
12,13,19 & 20 Julai 2014
11.00am – 12.00pm (sesi 1)
2.00 – 3.00pm (sesi 2)
Pentas Laman Budaya, Basement Seri Anjung
5
AKTIVITI LAWATAN BERPANDU BERKUMPULAN
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 5.00pm

AKTIVITI KHAS RAMADHAN
6
SOLAT TARAWIH
1 ~ 23 Julai 2014
Dewan Seri Utama 2
7
BAZAR RAMADHAN
1 ~ 23 Julai 2014
3.00 – 10.00pm
Perkarangan Letak Kereta KKKL
IFTAR RAMADHAN BUFFET
1 ~ 23 Julai 2014
6.30pm – 10.00pm
Perkarangan Letak Kereta KKKL
8
MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA
4, 11,18 & 23 Julai 2014
8.00 – 10.30am
Dewan Seri Utama 2
9
TAZKIRAH MEGA SEMPENA WARNA-WARNI AIDILFITRI 2014

Laman Wau
~  Imam Muda Asyraf
13 Julai 2014 (Ahad)
4.30 - 5.45pm
~  Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood)
15 Julai 2014 (Selasa)
10.30am – 12.30pm
~  Ustaz Zul Ramli M.Razali
18 Julai 2014 (Jumaat)
5.30 – 6.30pm
~  Ustaz Badli Shah Alauddin
19 Julai 2014 (Sabtu)
5.30 – 6.30pm
~  Ustaz Kazim Elias
22 Julai 2014 (Selasa)
6.00 – 7.00pm
AKTIVITI TARIKAN PENGUNJUNG
10
PERTANDINGAN KETUK-KETUK KUALI


~ Masakan Bubur Lambuk & Serunding
13 Julai 2014 (Ahad)
Khemah
Laman Plaza
~ Masakan Dodol
20 Julai 2014 (Ahad)
11
PERTANDINGAN SENI KREATIF ILHAM AIDILFITRI

Pentas Laman Budaya
~ Jahitan, Sulaman & Hiasan Kusyen Mini Aidilfitri
15 Julai 2014 (Selasa)
2.30 – 4.30pm
~ Jahitan Tulang Belut Leher Baju Kurung / Melayu
17 Julai 2014
2.30 – 4.30pm
~ Hiasan & Gubahan Bingkisan Raya
22 Julai 2014
2.30 – 4.30pm
12
BAZAR KRAF & JUADAH ANTARABANGSA
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm
Basement Seri Anjung
13
CAR BOOT SALES
12, 13, 18, 19 & 20 Julai
10.00am – 6.00pm
Perkarangan letak kereta KKKL
14
UPTOWN@CRAFT
12, 13, 18, 19 & 20 Julai 8.00pm – 2.00am
15
PERKHIDMATAN AIDILFITRI
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm

~  Spa Kereta
7 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 6.00pm
Laman Plaza
~  Salon & Spa Aidilfitri
7 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm
Khemah Laman Plaza
~  Pelbagai Jahitan & Sulaman Aidilfitri
Ø   Jahitan Baju Raya 24 JAM
Ø   Ubahsuai Pakaian Raya
Ø  Jahitan Manik
Ø  Jahitan Langsir
Ø  Jahitan Tudung Kepala
12 ~ 23 Julai 2014
10.00am – 10.00pm
Basement Seri Cipta
16
BENGKEL SULAMAN MANIK TAMBOUR
12,13,14,18,19 & 20 Julai 2014
3.00 – 5.00pm
Pentas
Laman Budaya
17
TUTORIAL HIJAB AIDILFITRI
12,13,19 & 20 Julai 2014
12.30 – 1.30pm
Pentas Laman Budaya
18
DEMONSTRASI PRODUK KECANTIKAN ZARRA SINAR PUTERI
13 & 19 Julai 2014
1.30 – 2.00pm
Pentas Laman Budaya