27 Jun 2014

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1435H





Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam umumnya dan kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia khususnya yang bakal disambut bermula pada 29 Jun 2014 (Ahad) bersamaan 1 Ramadhan 1435H.

Terlalu banyak Allah SWT memberikan keistimewaan kepada hamba-Nya sepanjang bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".

Sabda Rasullullah S.A.W juga, Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan".

Semoga kita semua bersama-sama menghayati bulan Ramadhan ini sebaik mungkin dan bersama-sama melakukan amal ibadat yang sangat dituntut...Insyaa Allah...



PESTA SUKAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE-19

Tahniah dan terima kasih kepada semua urus setia Kelab Sulan Induk & Wilayah serta Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-19 yang telah diadakan dari 19 hingga 22 Jun 2014 yang lalu di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Terima kasih juga kepada semua anggota kerja yang sangat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang berlangsungnya Pesta Sukan berkenaan. Pelbagai aktiviti sukan dan sekaneka telah diadakan di sepanjang pesta sukan berkenaan. Banyak kenangan manis telah berlaku dan tersimpan rapi di sanubari semua anggota kerja yang telah menyertainya. Semoga kita bertemu lagi di pesta sukan yang akan datang.


Tahniah dan syabas kepada anggota kerja dan pasukan yang telah berjaya!!! Kepada yang tidak berjaya selamat berjuang di pesta sukan yang akan datang...

"BADAN SIHAT, SILATURRAHIM ERAT"...





















17 Jun 2014

PROMOSI FLORIA ARTS & CRAFTS



Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) telah menganjurkan Promosi ’Floria Arts & Crafts’ sempena Festival Floria Putrajaya 2014 yang masih lagi berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun 2014 di Presint 4, Putrajaya bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Festival Floria Putrajaya merupakan program peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Promosi ‘Floria Arts & Crafts’ ini melibatkan penyertaan seramai 98 orang usahawan dari seluruh negara meliputi semua bidang kraf seperti tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf. Promosi seumpama ini merupakan usaha Kraftangan Malaysia mempromosi dan memperluaskan pasaran kraf di lokasi tempat tumpuan pengunjung.
Promosi ini masih berlangsung dan semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi promosi ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!