30 Nov 2012

MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 NEGERI KELANTAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Shahrudin bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia dan Encik Mohd Razis bin Md Said, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, semua rakan media, usahawan kraf negeri Kelantan dan Ketua-ketua Agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan yang terutamanya kepada Yang Berbahagia Dato’ Makhtar bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan kerana sudi hadir dan memeriahkan Majlis Sidang Media Sempena Promosi Kraf Malaysia 2012 Negeri Kelantan di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong pada 27 November 2012 (Selasa) yang lalu.

Promosi Kraf Malaysia ini diadakan dengan tujuan menggalak serta memberi peluang kepada usahawan kraf tempatan mempromosi dan memasarkan produk kraf mereka di tempat tumpuan pengunjung. Selain itu menerusi usaha ini juga, dapat membantu menggalakkan perkembangkan industri kraf di Negeri Kelantan.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi promosi ini....





22 Nov 2012

TAHNIAH KEPADA DATUK JOSEPH SALANG GANDUM, TIMBALAN MENTERI KPKK


Saya dan semua warga Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Joseph Salang Anak Gandum yang telah dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) dan membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 8 September 2012. Tahniah sekali lagi diucapkan.

20 Nov 2012

SELAMAT DATANG KE UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KPKK


Selamat datang kepada Encik Abang Sardon Abang Hashim ke Warga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Saya bagi pihak semua warga kerja Kraftangan Malaysia mengalu-alukan kedatangan tuan untuk menerajui Unit Komunikasi Korporat KPKK. Tahniah dan syabas diucapkan. Selamat berjaya dan bertugas di tempat baru. 

MAHA INTERNATIONAL 2012


Kraftangan Malaysia akan menyertai MAHA International 2012 anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia pada 23 November hingga 2 Disember 2012 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia. Pihak kami ada menyertai Pameran Inovasi yang telah berjaya dihasilkan oleh anggota kerja Kraftangan Malaysia sendiri. Selain itu, Kraftangan Malaysia juga ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta jualan barangan kraf tempatan untuk memeriahkan lagi program ini. Semua dijemput hadir untuk menyertai dan membeli barangan buatan kraf tempatan serta memeriahkan lagi MAHA International 2012 ini.   

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2012


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak anggota kerja Kraftangan Malaysia yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang telah diumumkan pada 19 November 2012 (Isnin). Syabas dah tahniah!

14 Nov 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H



Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 untuk semua umat Islam. Semoga segala kebaikan dan keberkatan menyertai kita semua. InsyaAllah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Mari kita semua menyambut dan faham tentang Pengertian Maal Hijrah.

9 Nov 2012

TAHNIAH KEPADA GRADUAN IKN 2012


Tahniah diucapkan kepada semua Graduan Institut Kraf Negara pada Majlis Konvokesyen ke 11 IKN pada 8 November 2012 (Khamis). Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri II Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Tahniah dan syabas semua!...

7 Nov 2012

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2012



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali 2012 kepada semua warganegara Malaysia umumnya dan kepada semua yang menyambut Hari Deepavali 2012 khususnya yang akan disambut pada 13 November 2012 (Selasa). Semoga semangat 1Malaysia terus dikekalkan oleh seluruh rakyat Malaysia.  

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012

Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang telah bermula pada 5 November 2012 (Isnin) lalu. Semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya mendapat keputusan cemerlang. Insya Allah....

5 Nov 2012

PROMOSI KRAF SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE 11 INSTITUT KRAF NEGARA (IKN)


Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf sempena Konvokesyen ke 11 Institut Kraf Negara pada 8 hingga 11 November 2012 jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini. Antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Demonstrasi dan Interaktif Kraf, Pameran Produk Kraf Hasilan Pelajar, Pertandingan Wau, Persembahan Kesenian dan lain-lain lagi. Semua dijemput hadir untuk membeli barangan kraf buatan Malaysia dan memeriahkan lagi promosi dan Majlis Konvokesyen ini.

1 Nov 2012

THE BEST DOMESTIC EVENT - ANUGERAH PELANCONGAN JOHOR 2012




Kraftangan Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah Pelancongan Johor 2012 dalam kategori The Best Domestic Event menerusi penganjuran program Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011 yang diadakan pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Anugerah Pelancongan Johor 2012 merupakan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Johor bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan negeri Johor pada landasan yang menepati piawaian antarabangsa.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf yang terlibat dan menjayakan promosi ini. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus dikekalkan. Syabas!