2 Jul 2010

Hari Keluarga Kraftangan Malaysia



Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Keluarga 2010 pada 3 Julai ini di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Tema Hari Keluarga bagi tahun ini adalah Keluarga Bahagia, Warga Ceria membawa bersama sebahagian dari ahli keluarga untuk saling mengenal mesra dan menghubungkan silaturahim bersama warga Kraftangan Malaysia.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setia kawan dan muhibah antara warga Kraftangan Malaysia. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini ialah acara sukaneka yang melibatkan sukan darat dan sukan air. Selain itu, acara memancing, jungle tracking dan interaktif kraf turut diadakan.

Semua anggota kerja Kraftangan Malaysia dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Tiada ulasan: