29 Dis 2010

Ucapan Ketua Pengarah Bagi Bulan November

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH
DI PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERSARAAN ANGGOTA ENCIK KAMAL RUZAMAN MERA HUSIN
DI AMPHITHEATRE KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

TARIKH
21 NOVEMBER 2010
(SELASA)

JAM
8.15 PAGI


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

SAUDARA DAN SAUDARI PENGERUSI MAJLIS,

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),


YANG DIRAIKAN
ENCIK KAMAL RUZAMAN BIN MERA HUSIN
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGARAH URUSAN KARYANEKA SDN. BHD.
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,
PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.
DAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN SEMUA




ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

ALHAMDULLILAH, SUKA SAYA MEMANJAT KESYUKURAN DAN PUJIAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WA TAALA YANG MENGIZINKAN MAJLIS PERHIMPUNAN KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI BULAN DISEMBER DIADAKAN SETERUSNYA MERAIKAN PERSARAAN ENCIK KAMAL RUZAMAN MERA HUSIN.



SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SEMPENA KITA TELAH MELANGKAH MASUK KE TAHUN BARU 1432 HIJRAH PADA 7 DISEMBER 2010 TIDAK TERLEWAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA. SEHARUSNYA KITA BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DIKURNIAKAN UMUR YANG PANJANG DAN KESIHATAN YANG SEJAHTERA UNTUK KITA BERSAMA-SAMA MELANGKAH KE TAHUN BARU INI. SEMOGA PERMULAAN TAHUN BARU INI AKAN MEMBERIKAN KEAZAMAN YANG KUAT DENGAN ETIKA KERJA YANG TERPUJI UNTUK KITA SAMA-SAMA MENCORAK PENGURUSAN YANG LEBIH CEMERLANG.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

DALAM MASA BEBERAPA HARI LAGI KITA AKAN MENGAKIRI TAHUN 2010 DAN BERMAKSUD KITA TELAH BERADA DI PENGHUJUNG TAHUN 2010. TAHUN 2011 BAKAL MEMBUKA PINTU UNTUK KITA SEMUA DAN DENGAN INI BERMULALAH LEMBARAN BARU BAGI KITA. SAYA BERASA AMAT BERSYUKUR KERANA DIBERI PELUANG BERSAMA-SAMA SAUDARA SAUDARI SEKALIAN MENGGERAKKAN INDUSTRI KRAF TANAH AIR. MERENUNG KEMBALI SEPANJANG TAHUN 2010 PELBAGAI CABARAN DAN RANJAU TELAH KITA TEMPUHI DALAM MELAKSANAKAN TUGASAN. NAMUN SEMUA ITU MEMBERI SEMANGAT UNTUK KITA SEMUA BERSATU HATI, BEKERJASAMA MENGGERAKKAN ORGANISASI YANG KITA SAYANGI.

SEPANJANG TAHUN INI, SAYA BEGITU YAKIN BAHAWA SETIAP ANGGOTA TELAH MELAKSANAKAN TUGAS MASING-MASING SEBAGAIMANA YANG DIRANCANG. MELIHAT DARIPADA PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN SYABAS KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG TELAH BERJAYA MENGANGKAT MARTABAT INDUSTRI KRAF DAN MENCIPTA KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG MENGAGUMKAN. SUDAH TENTUNYA SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN MERUPAKAN PENGGERAK BAGI KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA.




SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SETELAH SEKIAN JAUH KITA MENINGGALKAN TAHUN 2010 DAN AKAN MELANGKAH MASUK KE TAHUN BARU BERMAKNA KITA JUGA PERLU SENSITIF TERHADAP PERUBAHAN PERSEKITARAN SUPAYA KITA DAPAT MEMPEROLEHI MANFAAT DARIPADANYA, KITA TIDAK BOLEH MENGAMBIL SIKAP LEKA DENGAN APA YANG KITA CAPAI HARI INI DENGAN TIDAK MENYEDARI PERUBAHAN PERSEKITARAN YANG BERLAKU. KRAFTANGAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SEBUAH AGENSI PERKHIDMATAN AWAM SEHARUSNYA KITA TELAH BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG LEBIH BERINOVATIF DAN KREATIF. PENYEDIAAN PRODUK DAN PERKHIMATAN YANG LEBIH KREATIF DAN BERINOVATIF DAPAT MEMPERTINGKATKAN PRESTASI KERJA YANG LEBIH BERDAYA SAING DAN BERMUTU. SEWAJARNYA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA SEMUA MENYAHUT CABARAN DENGAN MELAKUKAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG TUGAS MASING-MASING MELALUI PENDEKATAN INOVASI DAN KREATIF.




SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

SAYA MENYERU AGAR SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA MEMPERTINGKATKAN AZAM DAN TEKAD MASING-MASING UNTUK MEMBERI SUMBANGAN YANG LEBIH BAIK DALAM MELAKSANAKAN TUGASAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, AMANAH, JUJUR, CEKAP, ADIL DAN MEMATUHI SEMUA ARAHAN-ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN UNTUK PANDUAN KITA SEBAGAI PENJAWAT AWAM. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA MEMELIHARA IMEJ ORGANISASI DAN JAMINAN INILAH AKAN MEMBAWA KITA KE ARAH KECEMERLANGAN.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

KEJAYAAN KITA BAGI TAHUN 2010 MENJADI TANDA PENGUKUR KEPADA KITA SEMUA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI UNTUK TAHUN HADAPAN. SAYA AMAT BERHARAP SEMUA ANGGOTA KERJA SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN SUPAYA DASAR, PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIRENCAKAN UNTUK TAHUN HADAPAN DAPAT DILAKSANKAN DENGAN LANCAR DAN MENCAPAI MATLAMAT YANG DITETAPKAN.

BARU-BARU INI KITA TELAH MENGADAKAN RETREAT UNTUK MENYUSUN STRATEGIK DAN PERANCANGAN PROGRAM-PROGRAM UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF PADA TAHUN HADAPAN. SAYA MELIHAT PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT LEBIH MENCABAR DENGAN SASARAN PENCAPAIAN (KPI) YANG DITETAPKAN. WALAU BAGAIMANAPUN SAYA YAKIN KITA SEMUA MAMPU MELAKSANAKANNYA DAN PROGRAM YANG TERAWAL ADALAH HARI KRAF KEBANGSAAN YANG AKAN BERLANGSUNG PADA HUJUNG BULAN FEBRUARI HINGGA BULAN MAC 2011. SAYA MENYERU AGAR SEMUA JAWATANKUASA YANG DILANTIK DIPERINGKAT IBU PEJABAT DAN NEGERI BERGANDING BAHU MEMBUAT PERSIAPAN BERMULA HARI INI BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2011 SETERUSNYA DAPAT MENCAPAI SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KEPADA KITA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SEBAGAI USAHA MEMANTAPKAN LAGI JENTERA PENTADBIRAN DAN ORGANISASI BARU-BARU INI, PIHAK PENGURUSAN KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN PEKELILING PERTUKARAN DAN PENEMPATAN BIL 04 TAHUN 2010. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN INI SELARAS DENGAN KENAIKAN PANGKAT BAGI JAWATAN-JAWATAN YANG TELAH SEDIA ADA DI KRAFTANGAN MALAYSIA. KEPADA YANG BERJAYA TAHNIAH DIUCAPKAN DAN KEPADA YANG TIDAK BERJAYA INSYAALLAH PELUANG MASIH TERBUKA UNTUK KITA SEMUA. BEBERAPA ORANG ANGGOTA KERJA KITA JUGA AKAN BERPINDAH KE NEGERI DAN ADA YANG BERTUKAR KE IBU PEJABAT. SAYA MERAKAMKAN SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

PERHIMPUNAN BULANAN KITA PAGI INI MEMASUKI EDISI TERAKHIR UNTUK TAHUN 2010 DAN SAYA BERASA AMAT BERBESAR HATI KERANA PERHIMPUNAN PAGI HARI INI DISERIKAN DENGAN MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA IAITU ENCIK KAMAL RUZAMAN BIN MERA HUSIN YANG AKAN MENAMATKAN PERKHIDMATAN BELIAU DI KRAFTANGAN MALAYSIA DAN PERKHIDMATAN AWAM PADA 3 JANUARI 2011. PERSARAAN INI MEMBAWA MAKSUD TAMATLAH TUGAS-TUGAS BELIAU SEBAGAI ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA. WALAU BAGAIMANAPUN IA BUKANNYA PENAMAT PERSAUDARAAN YANG DIJALIN SELAMA 28 TAHUN BELIAU BERKHIDMAT DI KRAFTANGAN MALAYSIA. SESUNGGUHNYA SUMBANGAN DAN JASA BELIAU PATUT KITA HARGAI. SELAMAT MAJU JAYA UNTUK BELIAU DAN AHLI KELUARGA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

BUAT JULUNG KALINYA KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR AKAN MENERIMA PESERTA-PESERTA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2010 PADA 22 DISEMBER INI. BERSEMPENA DENGAN KUNJUNGAN TERSEBUT KITA AKAN MENGANJURKAN MAJLIS A BATIK EVENING, PENAMPILAN ISTIMEWA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2010. PERSIAPAN SEDANG DILAKSANKAN DAN KUNJUNGAN INI DIHARAP DAPAT MEMARTABATKAN LAGI INDUSTRI KRAF KITA DAN MELETAKKAN KOMPLEKS KRAF DI PETA DUNIA SEBAGAI LOKASI PELANCONGAN UTAMA. PELUANG SEBEGINI PERLU DI MANFAAT SEBAIK MUNGKIN DAN SAYA MENYERU KEPADA SEMUA MENJAGA TATASUSILA DAN ADAP SOPAN SEPANJANG KUNJUNGAN PESERTA-PESERTA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2010.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

DI SINI SEKALI LAGI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU YANG BAKAL TIBA. HARUNGILAH HARI-HARI YANG MENDATANG DENGAN SEMANGAT DAN JIWA YANG KENTAL BAGI MENERUSKAN USAHA-USAHA MEMAJUKAN KRAFTANGAN MALAYSIA. JADILAH WARGA KERJA YANG EFISYEN DAN BERTANGGUNGJAWAB DEMI MEREALISASIKAN VISI DAN MISI KRAFTANGAN MALAYSIA

SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI, SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN SELAMAT MAJU JAYA.
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: