26 Ogo 2011

UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN KHAS AIDILFITRI




TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
DI PERHIMPUNAN BULANAN
DI AMFITHEATER KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


TARIKH
26 OGOS 2011
(JUMAAT)


JAM
8.15 PAGI


SAUDARI PENGACARA MAJLIS

YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN), 
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,

PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA,

PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,

PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.

DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA




SYUKUR ALHAMDULILLAH, SUKA SAYA MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHUWATA’ALA YANG MEMPERTEMUKAN KITA PADA PAGI INI UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN OGOS 2011.  PERHIMPUNAN KALI INI MERUPAKAN PERHIMPUNAN KHAS YANG DIADAKAN PADA RAMADHAN DAN SEKALI GUS BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN.  SAYA MENGAMBIL PELUANG INI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI YANG KE 54.


2.      KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-54 AKAN JATUH PADA HARI RAYA KEDUA. OLEH YANG DEMIKIAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI INI AKAN DISAMBUT BERSAMA DENGAN HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2011.  KRAFTANGAN MALAYSIA JUGA AKAN TURUT TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG AKAN DIADAKAN.  SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT TERUTAMANYA BAHAGIAN REKAAN YANG BERJAYA MENYEDIAKAN REKAAN PAKAIAN KORPORAT DAN TELAH DILULUSKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI PADA 17 OGOS 2011 YANG LALU.


SAUDARA/SAUDARI SEKELIAN

ANTARA SEDAR DAN TIDAK KITA TELAH MEMASUKI HARI KE-26 RAMADHAN.  INI BERMAKNA KITA SAMA-SAMA TELAH MELANGKAH KE FASA KETIGA RAMADHAN.  FASA PERTAMANYA RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH, FASA KEDUA KEAMPUNAN DAN FASA KETIGA MERDEKA DARI API NERAKA.  BULAN RAMADHAN JUGA DIKENALI SEBAGAI BULAN JIHAD, MENGAJAR KITA SEMUA MENGAWAL DAN MENENTANG HAWA NAFSU SERTA TERTIB DALAM MENJALANKAN IBADAH.   SUDAH TENTUNYA IBADAH INI MENUNTUT KEPADA KESUNGGUHAN, KESABARAN DAN DISIPLIN DIRI YANG AMAT TINGGI .  OLEH YANG DEMIKIAN, INTI PATI PENGAJARAN DAN HIKMAH DI SEBALIK IBADAH PUASA INI DAPAT DITERJEMAHKAN DALAM DISIPLIN  KITA BEKERJA SEHARIAN DENGAN MENYEMAI SIKAP BERDISIPLIN, TANGGUNGJAWAB, AMANAH DAN JUJUR YANG SETERUSNYA DAPAT MEMPERTINGKATKAN JATI DIRI SEBAGAI INSAN TAKWA DI DUNIA DAN AKHIRAT.



SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

PUASA MENGAJAR KITA UNTUK BERJIMAT CERMAT DAN BERBELANJA SECARA BERHEMAH. SAYA SERING MEMPERINGATKAN  KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA SUPAYA MENGAMALKAN PERBELANJAAN TADBIR URUS BERHEMAH ATAU VALUE FOR MONEY.  OLEH YANG DEMIKIAN KRAFTANGAN MALAYSIA MEMPERKENALKAN PROGRAM AMALAN PENJIMATAN YANG DI SOKONGAN OLEH SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA.  ALHAMDULILLAH,  PROGRAM INI BERJAYA MENGURANGKAN PERBELANJAAN MENGURUS KRAFTANGAN MALAYSIA. LAPORAN PERBELANJAAN MENGURUS 6 BULAN PERTAMA 2011 MENCATATKAN PERBELANJAAN SEJUMLAH RM2.7 JUTA DAN UNTUK TAHUN 2010 BAGI JANGKA MASA YANG SAMA KRAFTANGAN MALAYSIA MEMBELANJAKAN PERUNTUKAN MENGURUS INI SEJUMLAH RM2.9 JUTA.  INI MENUNJUKKAN KITA BERJAYA MENGURANGKAN  PERBELANJAAN MENGURUS SEJUMLAH RM200 RIBU ATAU 8.29%. 



 AMALAN-AMALAN PENJIMATAN DAN BERBELANJA BERHEMAH INI BUKAN SAHAJA DIPRAKTIKKAN DI ORGANISASI MALAH BOLEH DIGUNA PAKAI KEPADA DIRI DAN KELUARGA.
DALAM USAHA KITA BERJIMAT CERMAT PERLU DIINGATKAN BAHAWA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIRANCANG UNTUK TAHUN INI PERLULAH DILAKSANAKAN SEPENUHNYA.  SAYA MENYERU KEPADA PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN UNTUK MELIHAT SEMULA PERANCANGAN KERJA YANG DIRENCANAKAN SEJAK AWAL TAHUN DAPAT DILAKSANAKAN SEPENUHNYA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KERANA BARU-BARU INI KERAJAAN MENGUMUMKAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBANYAK SETENGAH BULAN GAJI DAN MINIMUM SEBANYAK RM500 KEPADA PENJAWAT AWAM.  TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN MEMBERI BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI.  SAYA SUKA MENYARANKAN WANG INI DIPERGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK MERAIKAN SAMBUTAN AIDILFITRI.  DALAM KEGHAIRAHAN KITA MENYAMBUT AIDILFITRI SAYA BERPESAN AGAR SAUDARA/ SAUDARI SEKALIAN DAPAT MENYELESAIKAN URUSAN KERJA YANG PENTING AGAR TIDAK TERTANGGUH APABILA BERCUTI PANJANG NANTI.  AMALKAN CUTI SECARA BERGILIR DAN JANGAN TINGGALKAN PEJABAT DALAM KEADAAN KOSONG, SEKURANG-KURANGNYA SEORANG KAKITANGAN BERADA DI PEJABAT PADA HARI BEKERJA. SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT PASTIKAN PEJABAT BERADA DI TAHAP YANG SELAMAT.  MATIKAN SEGALA ALATAN ELEKTRONIK DAN KOMPUTER.  BARANG-BARANG BERHARGA DISIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT.


SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI KITA AKAN MERAYAKAN SAMBUTAN AIDIL FITRI.  DALAM KEMERIAHAN MENYAMBUT AIDIL FITRI SAYA MEMPERINGATKAN KEPADA SEMUA SUPAYA MEMANDU BERHATI-HATI SEMASA BALIK KAMPUNG, MENJAGA KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA.  TIDAK LUPA JUGA RUMAH DAN HARTA BENDA YANG DITINGGALKAN DALAM KEADAAN YANG SEMPURNA DAN SELAMAT


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SULAM HAMPARAN MOTIF BERAGI
TANGGA BERUKIR KETAM GURI
SALAM LEBARAN DI AIDILFITRI
NEGARA MERDEKA SAMA DIRAI

SEKIAN
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: