1 Dis 2011

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN NOVEMBER 2011 DAN MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA KERJA

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH

PERHIMPUNAN BULANAN

DI AMFITHEATER KRAFTANGAN MALAYSIA

BANGUNAN SERI UTAMA,

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR





TARIKH

01 DISEMBER 2011 (KHAMIS)


 
JAM

8.15 PAGI


 
ASSALAMUALAIKUM WBT


YANG DIHORMATI SAUDARA SAUDARI PENGACARA MAJLIS

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)

PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN

PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA

PENGARAH URUSAN KARYANEKA SDN. BHD

PENGURUS/ KRAF HOLDING SDN. BHD.

YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MAT RASUL SIDEK DAN PUAN KHALIJAH MOHD NOOR

DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA
 
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1433 HIJRAH YANG JATUH PADA HARI AHAD 27 NOVEMBER 2011 YANG LALU. BERSAMA-SAMA KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH SAW DARI MEKAH KE MADINAH SERTA MENTERJEMAHKANNYA DALAM ERTI DAN KONSEP BEKERJA SERTA MEMBERIKAN KITA PENGAJARAN UNTUK MENEMPA KEKUATAN DI TAHUN BARU.

TIDAK BERAPA LAMA LAGI KITA BAKAL MELANGKAH MASUK KE TAHUN BARU 2012, YANG MEMBAWA ERTI PENAMBAHAN DALAM USIA KITA DAN JUGA PENAMBAHAN DALAM PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KEPADA KERAJAAN. SAYA RASA INI PENTING UNTUK DIPERINGATKAN KEPADA SEMUA KERANA MASA UNTUK KITA BERIBADAH DAN UNTUK TERUS MEMBERIKAN SESUATU YANG TERBAIK DALAM PERKHIDMATAN MENJADI SINGKAT.

BERHUBUNG KAIT DENGAN PERKHIDMATAN PERLU KITA TOLEH KE BELAKANG DAN MENILAI KEMBALI, APAKAH PRESTASI KITA SELAMA INI SUDAH MEMADAI SUMBANGAN MENEPATI ATAU TERSASAR DARIPADA TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN, ATAU PERLU KITA PERBAIKI DAN DITINGKATKAN LAGI. MELIHAT KEMBALI PELAKSANAAN AKTIVITI TAHUN INI PENTING UNTUK KITA SEMUA MENYUSUN DAN MEMBUAT PERANCANGAN UNTUK TAHUN 2012 SUPAYA TAHUN HADAPAN LEBIH CEMERLANG BERBANDING PADA TAHUN INI.

 

KITA PERLU MENOLEH KEMBALI KEPADA KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) KRAFTANGAN MALAYSIA TAHUN INI IAITU UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN SEJUMLAH RM130 JUTA DAN TAHUN 2012 KPI INI AKAN TERUS DITINGKATKAN. OLEH YANG DEMIKIAN DI DALAM KEKUATAN DAN SUMBER YANG SEDIA ADA KITA PERLULAH MELIPATGANDAKAN USAHA AGAR APA YANG DIRANCANG DAPAT DICAPAI SELARI DENGAN OBJEKTIF KRAFTANGAN MALAYSIA IAITU UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF NEGARA.

DALAM PERSEKITARAN SEKARANG KITA SEBAGAI PENJAWAT AWAM DITUNTUT UNTUK BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN DARI SEGI SIKAP, PEMIKIRAN DAN PENAMPILAN DIRI SEIRING DENGAN KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA. BUDAYA KREATIF DAN INOVATIF PERLU ADA/ KEPADA SETIAP INDIVIDU AGAR CARA PEMIKIRAN KAKU SERTA TIDAK BERANI MELAWAN ARUS MENJADI FAKTOR YANG MENGHALANG BUDAYA INOVASI DI PUPUK DI KALANGAN WARGA KITA.

SELAIN DARIPADA ITU KITA PERLU SENTIASA SALING MENGINGATKAN AGAR DAPAT BEKERJASAMA DALAM MENJALANI TUGASAN HARIAN. BUDAYA SEBEGINI YANG SEDIA WUJUD PERLU TERUS DIPUPUK DAN DI PERHEBATKAN LAGI KERANA DI PENGHUJUNG TAHUN 2011 DAN TAHUN-TAHUN MENDATANG PELBAGAI LAGI AKTIVITI BESAR BAKAL DITEMPUHI.

PADA 3 HINGGA 12 DISEMBER INI, PROMOSI KRAF MALAYSIA DI LANGKAWI/ AKAN DIADAKAN. SETERUSNYA PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT ZON SELATAN DI PLAZA ANGSANA JOHOR BARU, PADA 15 HINGGA 25 DISEMBER DAN PADA 22 DISEMBER KITA JUGA AKAN MENERIMA 57 ORANG BARISAN RATU CANTIK DUNIA DALAM MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011.

PENGLIBATAN KRAFTANGAN DI DALAM PROGRAM MISS TOURISM INI AGAK BESAR, SELAIN MENGANJURKAN MAJLIS AN ENCHANTING BATIK EVENING, KRAFTANGAN JUGA MENGANJURKAN PERTANDINGAN REKAAN BATIK DAN FESYEN UNTUK PEREKA-PEREKA TEMPATAN SEMPENA UPACARA MISS TOURISM INTERNATIAONAL TERSEBUT. PASUKAN PETUGAS TELAH PUN DIWUJUDKAN UNTUK KESEMUA AKTIVITI INI. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS YANG DIBERIKAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB.

BULAN DISEMBER JUGA MERUPAKAN BULAN CUTI PANJANG UNTUK ANAK-ANAK BERSEKOLAH DAN BULAN DISEMBER JUGA MEMBERI PELUANG IBU BAPA MENGATUR MAJLIS-MAJLIS PERKAHWINAN DAN BERCUTI REHAT. TIDAK KETINGGALAN TERDAPAT JUGA BEBERAPA ORANG ANGGOTA KERJA KITA BAKAL MENJADI RAJA SEHARI DAN TELAH PUN MENJADI RAJA SEHARI. TAHNIAH DIUCAPKAN DAN RANCANGLAH CUTI PERKAHWINAN INI DENGAN CARA YANG BIJAK AGAR TIDAK MENJADI BEBAN DAN MASALAH KEPADA RAKAN PEJABAT.

PERHIMPUNAN PAGI INI KITA AKAN MERAIKAN DUA ORANG RAKAN LAMA YANG AKAN MENAMATKAN PERKHIDMATAN DI KRAFTANGAN MALAYSIA SECARA RASMINYA IAITU PENCEN WAJIB. SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS PERKHIDMATAN DAN TENAGA YANG DICURAHKAN SEPANJANG BERKHIDMAT DI KRAFTANGAN MALAYSIA. SELAMAT MENEMPUH DUNIA BARU DAN SELAMAT MAJU JAYA.

 

AKHIR KATA, SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA DI ATAS SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN DEMI MENJAGA NAMA BAIK ORGANISASI. TANAMLAH AZAM UNTUK MEMPERTINGKATKAN USAHA MEMAJUKAN KRAFTANGAN MALAYSIA DAN SETERUSNYA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANAH AIR KITA.

SEKIAN

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

TERIMA KASIH.






























































Tiada ulasan: