TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
PERHIMPUNAN BULANAN
DI PANGGUNG SARI KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
TARIKH
23 FEBRUARI 2012
(KHAMIS)
JAM
8.15 PAGI
YANG DIHORMATI SAUDARI PENGACARA MAJLIS
YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI BIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD.
DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA
TERLEBIH DAHULU MARILAH SAMA-SAMA KITA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA MENERUSKAN PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN KALI KEDUA TAHUN 2012.
BAGI MEMULAKAN UCAPAN PAGI INI SAYA MERAKAMKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN HARI INOVASI ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN. SAYA AMAT BERBANGGA KRAF TANGAN MALAYSIA DAPAT MENGGONDOL 5 HADIAH DARIPADA 7 KATEGORI PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN IAITU :
1. TEMPAT PERTAMA PENULISAN ESEI HARI INOVASI
2. TEMPAT KEDUA INOVASI RAWATAN SISA BUANGAN BATIK
3. TEMPAT PERTAMA KECERIAAN PEJABAT
4. TEMPAT KETIGA BOOTH TERBAIK DAN
5. TEMPAT KETIGA PERKHIDMATAN KAUNTER TERBAIK
PERTANDINGAN SEBEGINI BUKAN SAHAJA MENEMPA NAMA KRAFTANGAN MALAYSIA DI MATA KEMENTERIAN MALAH MEMUPUK DAN MENERAPKAN BUDAYA INOVASI DI KALANGAN ANGGOTA KERJA SELARAS DENGAN SARANAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI PADA PEMBENTANGAN BAJET 2012 YANG MENJADIKAN TAHUN 2012 SEBAGAI TAHUN GERAKAN INOVASI NASIONAL. SAYA MENYARANKAN AGAR PRESTASI INI DIPERTINGKATKAN DAN DIKEKALKAN PADA TAHUN HADAPAN.
SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI YANG MENERAJUI DAN MENGURUSKAN HAL EHWAL INDUSTRI KRAF INSTITUSI INI PERLU DI DOKONG OLEH PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BENAR-BENAR BERKUALITI SERTA MEMAHAMI MISI, VISI, HALA TUJU DAN PELAN STRATEGI YANG DITETAPKAN IAITU KE ARAH MENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN NEGARA.
UNTUK MELAKSANAKAN AGENDA INI SAYA MENYERU AGAR WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA BERGANDING BAHU BERSAMA-SAMA BERSEDIA MENGHADAPI SEGALA CABARAN AGAR HALA TUJU DAN PELAN STRATEGI YANG DITETAPKAN TERCAPAI MENJELANG TAHUN 2016. SAYA MEMPERINGATKAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA AGAR DAPAT MEMBERI KERJASAMA DAN BERGANDING BAHU MENYOKONG KEPADA PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF NEGARA KE ARAH MENCAPAI SASARAN JUALAN KRAF KEPADA ANGKA RM340 JUTA PADA TAHUN INI DAN SETERUSNYA MENCAPAI SASARAN RM1 BILLION DALAM TEMPOH 5 TAHUN IAITU PADA TAHUN 2016. SEPERTI MANA SAUDARA SAUDARI SEDIA MAKLUM HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) KE-10 AKAN BERLANGSUNG PADA 21 MAC HINGGA 2 APRIL DAN INI BERMAKNA HANYA TINGGAL 26 HARI SAHAJA LAGI UNTUK KITA MEMBUAT PERSIAPAN DAN INI ADALAH PENGANJURAN FESTIVAL YANG AMAT PENTING DALAM KALENDER KRAFTANGAN MALAYSIA. SAYA PERCAYA SETIAP BAHAGIAN DAN CAWANGAN SEDANG GIAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT HKK YANG AKAN BERLANGSUNG SELAMA 13 HARI.
PENGANJURAN HKK TAHUN INI MERUPAKAN PENGANJURAN KALI KE-10 DAN SAYA PERCAYA SEMUA ANGGOTA KERJA BERPENGALAMAN DALAM MENGURUSKAN TUGAS MASING-MASING. WALAUPUN DEMIKIAN SAYA AMAT BERHARAP SETIAP JAWATAN KUASA YANG DIBENTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN SEMPURNA SERTA MENGIKUT LANDAS-LANDAS DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TERUTAMANYA YANG MELIBATKAN PEMBELIAN DAN PEROLEHAN.
MENYUSURI SUSUR GALUR PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN YANG BERMULA TAHUN 2003 HINGGA KINI KEJAYAAN YANG DICAPAI ADALAH MELALUI REKOD HASIL JUALAN KRAF. BAGI TAHUN 2012 SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN IALAH RM30 JUTA. INI ADALAH SATU ANGKA YANG BUKAN MUDAH UNTUK DICAPAI. BAGI MEMASTIKAN PENCAPAIAN SASARAN INI KERJASAMA SEMUA ANGGOTA KERJA DALAM MENGGEMBLENG USAHA SECARA BERSEPADU DAN BERPASUKAN DIPERLUKAN DARIPADA SEMUA ANGGOTA KERJA. SAYA AMAT BERHARAP SEMUA PERINGKAT ANGGOTA KERJA BERPERANAN MEMBERI SUMBANGAN DALAM MENJAYAKAN HKK TAHUN INI.
KEMPEN NILAI-NILAI MURNI TELAH MEMASUKI TAHUN KE-6 PENGANJURANNYA DI PERINGKAT KEMENTERIAN DAN JABATAN. WALAUPUN DEMIKIAN RAMAI DI KALANGAN KITA MENYEDARI NILAI-NILAI MURNI INI SEKADAR KEMPEN BUDI BAHASA NAMUN SALAH SATU PERKARA YANG TERKANDUNG DI DALAM NILAI-NILAI MURNI INI ADALAH PENGURUSAN MASA.
SEBAGAI ANGGOTA KERJA YANG MEMPUNYAI INTEGRITI MASA BEKERJA PERLULAH DIURUSKAN DENGAN BIJAKSANA DAN ELAKKAN MEMBAZIR MASA BEKERJA DENGAN MINUM TERLALU LAMA, MELAYARI LAMAN WEB YANG TIADA KAITAN DENGAN URUSAN KERJA SERTA MENGGUNAKAN MASA PEJABAT UNTUK URUSAN PERIBADI. SAYA AMAT MENGAMBIL BERAT PENGURUSAN MASA DEMI MENJAGA NAMA BAIK JABATAN DAN TUGASAN HARIAN DAPAT DISEMPURNAKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN.
SEBAGAI MENGAKHIRI UCAPAN PAGI INI SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG PADA TAHUN INI DEMI MENJADIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA SEBUAH ORGANISASI YANG BERPOTENSI TINGGI SERTA RELEVAN KEPADA USAHAWAN KRAF DAN INDUSTRI DI MASA HADAPAN.
wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
terima kasih.
sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan