30 Apr 2012

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA MAJLIS SEPETANG BERSAMA KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) & MITRA SENI INDONESIA

TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
MAJLIS SEPETANG BERSAMA KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) & MITRA SENI INDONESIA


TARIKH
25 APRIL 2012
(RABU)


JAM
4.00 PETANG


  
YANG DIHORMATI YANG BERBAHAGIA DATUK PENGERUSI MAJLIS

YANG BERBAHAGIA
DATIN SERI MASNAH RAIS, ISTERI MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN, MALAYSIA

YANG BERBAHAGIA
IBU TRESNA JEROWACIK, ISTERI MENTERI ENERGI DAN SUMBER MINERAL REPUBLIK INDONESIA

YANG BERBAHAGIA
DATIN MARGERAT JOSEPH FERNANDEZ
ISTERI TIMBALAN MENTERI II, KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

PUAN YANG TERUTAMA
YANG BERBAHAGIA DATIN SHARIFAH IKHLAS SYED ISMAIL, ISTERI DUTA BESAR MALAYSIA KE REPUBLIK INDONESIA

YANG TERHORMAT
BAPAK MULIA WIRANA, PEMANGKU DUTA BESAR REPUBLIK INDONESIA DI MALAYSIA DAN YANG TERHORMAT IBU RINI FADHIA WIRANA

YANG BERBAHAGIA
IBU SRI ROMADHIYATI HARMOKO
PEMBINA MITRA SENI INDONESIA

YANG BERBAHAGIA
DATIN SRI ROHAYA HARUN
ISTERI KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

YANG BERBAHAGIA
 DATO’ DR ROTHIAH OMAR
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENERANGAN
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

DELEGASI MITRA SENI INDONESIA     
DIF-DIF KEHORMAT, PUAN SRI-PUAN SRI DATUK-DATUK, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN


1.   SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA DENGAN IZIN ALLAH KITA DAPAT BERSAMA-SAMA PADA PETANG INI DI MAJLIS SEPETANG BERSAMA KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (KPKK) BERSAMA MITRA SENI INDONESIA SEMPENA LAWATAN KHAS PERTUKARAN BUDAYA MITRA SENI INDONESIA. 

2.   SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATIN SERI MASNAH RAIS, ISTERI MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN, MALAYSIA KERANA SUDI MELAPANGKAN MASA HADIR MERAIKAN ROMBONGAN MITRA SENI INDONESIA DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR. 

3.   KEHADIRAN YANG BERBAHAGIA DATIN SERI MENUNJUKKAN SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI DARI YANG BERBAHAGIA DATIN SERI. UCAPAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA YANG BERBAHAGIA IBU TRESNA JEROWACIK, ISTERI MENTERI ENERGI DAN SUMBER MINERAL REPUBLIK INDONESIA DAN ROMBONGAN MITRA SENI KERANA SUDI MENJADIKAN KOMPLEKS KRAF SEBAGAI SALAH SATU LOKASI DALAM RANGKA LAWATAN TIGA HARI KE MALAYSIA.


4.   SAYA JUGA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SEMUA TETAMU JEMPUTAN YANG HADIR UNTUK BERSAMA-SAMA MENYERIKAN MAJLIS PADA PETANG INI. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS INI DIADAKAN SEMPENA DENGAN PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA MALAYSIA DAN INDONESIA DAN PETANG INI MAJLIS KHAS DIANJURKAN BAGI MERAIKAN ROMBONGAN MITRA SENI INDONESIA. 

5.   DI SAMPING ITU PROGRAM INI DIANJURKAN ATAS LANDASAN HUBUNGAN DUA HALA YANG MESRA DAN AKRAB ANTARA MALAYSIA DENGAN REPUBLIK INDONESIA SEMENJAK DAHULU LAGI DAN DAPAT MEMBUKA RUANG BARU BAGI MEMUDAHKAN PERLAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI DUA HALA ANTARA NEGARA.

6.   JALINAN HUBUNGAN MELALUI KEBUDAYAAN DAN KRAF ANTARA NEGARA AKAN MEMPERERAT LAGI HUBUNGAN YANG SEDIA ADA.  KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MELALUI AGENSINYA IAITU KRAFTANGAN MALAYSIA SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMPROMOSIKAN PENGGUNAAN KRAF MALAYSIA. PADA PETANG INI HADIRIN SEMUA BAKAL DIPERSEMBAHKAN DENGAN PERAGAAN FESYEN TEKSTIL MALAYSIA. INI MERUPAKAN MEDIUM UNTUK MENGETENGAHKAN PENGGUNAAN KRAF TEKSTIL DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA. 

7.   TEKSTIL YANG DIPERAGAKAN PADA PETANG INI ADALAH MENGGUNAKAN FABRIK DARIPADA BATIK, SONGKET DAN TENUN. BUSANA YANG AKAN BAKAL DIPERTONTONKAN BERKONSEPKAN PAKAIAN MALAM (EVENING) DAN KOLEKSI MUSLIMAH DENGAN MELIBATKAN USAHAWAN-USAHAWAN KRAF BATIK TEMPATAN DAN PEREKA-PEREKA DALAMAN KRAFTANGAN MALAYSIA. 

8.   AKHIR KATA SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA IBU TRESNA JEROWACIK, ISTERI MENTERI ENERGI DAN SUMBER MINERAL REPUBLIK INDONESIA SERTA UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATIN SERI MASNAH RAIS, ISTERI MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN, MALAYSIA KERANA DAPAT MELAPANGKAN MASA HADIR PADA HARI INI. SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU LAGI DALAM PROGRAM SEBEGINI PADA MASA-MASA AKAN DATANG.



SEKIAN SAYA SUDAHI DENGAN UCAPAN 
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: