TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
PERHIMPUNAN BULANAN
DI AMFITHEATER KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
TARIKH
26 APRIL 2012
(KHAMIS)
JAM
8.15 PAGI
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARI PENGERUSI MAJLIS
YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD
PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.
DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
SYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAWATA’ALA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL PADA PAGI INI DI PERHIMPUNAN BULAN APRIL 2012. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA DAPAT MELUANGKAN MASA PADA PERHIMPUNAN KALI INI.
SYUKUR ALHAMDULILLAH FESTIVAL HARI KRAF KEBANGSAAN DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN TAHUN YANG TELAH DIADAKAN PADA 21 MAC 2012 HINGGA 2 APRIL 2012 IAITU SELAMA 13 HARI BERJAYA KITA LAKSANAKAN DALAM SUASANA YANG HARMONI. HARI KRAF KEBANGSAAN YANG DIADAKAN BARU-BARU INI SELAMA 13 HARI BERJAYA MENCATATKAN JUALAN SEJUMLAH RM22.9 JUTA.
PROMOSI KRAF MALAYSIA YANG DIANJURKAN DI BEBERAPA PUSAT BELI-BELAH PULA MENCATATKAN JUALAN SEBANYAK RM764,322.00 DAN MENJADIKAN JUMLAH JUALAN KRAF SEPANJANG HARI KRAF KEBANGSAAN YANG DIANJURKAN SELAMA SEBULAN MENCATAT JUALAN SEBANYAK 23.7 JUTA.
SOKONGAN PADU INI SEHARUSNYA MENJADI SEMANGAT BARU KEPADA KITA SEMUA SEBAGAI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF DI MALAYSIA.
SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2012 YANG LALU. SEMANGAT KERJASAMA DAN KERJA BERPASUKAN INI HARUS KITA KEKALKAN DAN TINGKATKAN UNTUK KEMAJUAN ORGANISASI DAN INDUSTRI KRAF DI MALAYSIA.
DALAM KESIBUKAN BEKERJA, KITA JUGA PERLU BEREHAT. PENGURUSAN KRAFTANGAN MALAYSIA MELALUI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAF TANGAN AKAN MENGADAKAN SUKAN TAHUNAN DI KOTA BAHARU, KELANTAN. TARIKH YANG DICADANGKAN IALAH PADA 1, 2 DAN 3 HARIBULAN JUN 2012. SEMUA ANGGOTA KERJA ADALAH DIALU-ALUKAN DATANG KE KELANTAN UNTUK MEMERIAHKAN SUKAN TERSEBUT. KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN INDUK DIPERTANGGUNGJAWABKAN MENYELARAS SUKAN TAHUNAN INI.
TUJUAN PENGANJURANNYA ADALAH UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN KEKITAAN DI SAMPING MENGENALI SATU SAMA LAIN SERTA MEMUPUK SIFAT NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN SEMUA ANGGOTA KERJA DI PERINGKAT IBU PEJABAT DAN CAWANGAN. SAYA MENYERU SEMUA BAHAGIAN, CAWANGAN MEMBUAT PERSEDIAAN MENYAMBUT SUKAN YANG DIADAKAN SETAHUN SEKALI.
SAYA JUGA INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA URUS SETIA PEMILIHAN WAKIL PEKERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN TELAH DIBENTUK DAN PENGEDARAN BORANG PENCALONAN BAGI SESI 2012 2013 SUDAH PUN DIKELUARKAN. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PEKERJA DAPAT MEMBERI KERJASAMA MENCALONKAN ANGGOTA KERJA YANG BENAR-BENAR LAYAK BAGI MEWAKILI KITA SEMUA SEBAGAI WAKIL PEKERJA SETERUSNYA DAPAT MENYUMBANG IDEA-IDEA BARU UNTUK KEMAJUAN ORGANISASI KHUSUSNYA INDUSTRI KRAF DI MALAYSIA.
SEPERTIMANA YANG TUAN/PUAN SEDIA MAKLUM, BARU-BARU INI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TELAH MENGELUARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 (KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA) BERKUAT KUASA JANUARI 2012. BERMULA PADA GAJI APRIL SEMUA KAKITANGAN MENIKMATI KENAIKAN GAJI SEBANYAK 13% BAGI GRED 1 HINGGA 54 DAN 9% BAGI PENGURUSAN TERTINGGI IAITU BAGI GRED JUSA DAN KE ATAS. HASRAT DAN ASPIRASI KERAJAAN ADALAH MENJADIKAN NEGARA INI MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI.
SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEHARUSNYA KITA BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH DI ATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN. PEMBERIAN KENAIKAN GAJI INI DIHARAP MENJADI PEMANGKIN UNTUK KITA SEMUA MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INTEGRITI, KREATIF DAN INOVATIF. DI BAWAH SISTEM BARU INI PELUANG DIBERIKAN UNTUK MEMANTAPKAN KOMPETENSI YAKNI TIADA TOLERANSI KEPADA PERKHIDMATAN YANG BERPRESTASI RENDAH.
SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN PADA PAGI INI SAYA INGIN MENGINGATKAN KEPADA DIRI SAYA DAN SEMUA BAHAWA PADA TAHUN INI KPI KRAFTANGAN MALAYSIA YANG PERLU DI CAPAI IALAH MENINGKATKAN SAIZ INDUSTRI KRAF DI MANA SASARAN JUALAN BARANGAN KRAF ADALAH BERJUMLAH RM340 JUTA. OLEH YANG DEMIKIAN, KRAFTANGAN MALAYSIA ADALAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEMBANTU USAHAWAN KRAF MENINGKATKAN JUALAN UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK KPKK. SASARAN RM340 JUTA TERSEBUT BUKANLAH SATU PERKARA YANG MUSTAHIL UNTUK DICAPAI TETAPI IA MEMERLUKAN KERJASAMA SEMUA PIHAK TERUTAMANYA SEMUA ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA. KEPADA SEMUA BERILAH KERJASAMA YANG PADU, KERJA BERPASUKAN DAN TUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA TUGASAN YANG DIBERIKAN UNTUK ORGANISASI KITA.
SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan