7 Jun 2012

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI BULAN MEI 2012


TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
PERHIMPUNAN BULANAN
DI PANGGUNG SARI BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

TARIKH
31 MEI 2012
(KHAMIS)

JAM
8.15 PAGI

YANG DIHORMATI SAUDARA PENGACARA MAJLIS
YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI BIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD
DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA

ASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA

TERLEBIH DAHULU SAYA MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN SERTA LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT MENERUSKAN LAGI PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN MEI 2012. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KERJA YANG SUDI HADIR PADA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PAGI INI.

SEBAGAIMANA KITA SEMUA SEDIA MAKLUM, SEPANJANG BULAN APRIL DAN MEI KRAFTANGAN MALAYSIA TERLIBAT DENGAN PROGRAM-PROGRAM DI PERINGKAT KEMENTERIAN IAITU PAMERAN RAJA KITA SEMPENA PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG, MAJLIS PERASMIAN MUZIUM TEKSTIL, MAJLIS MENYAMBUT ROMBONGAN MITRA SENI INDONESIA, MAJLIS PENUTUP PERTABALAN DIPERTUAN AGONG SERTA MAJLIS HARI SENIMAN YANG DIADAKAN PADA 29 MEI 2012.

ALHAMDULILLAH SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA KERJA-KERJA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA KITA DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA. PENGLIBATAN KRAFTANGAN MALAYSIA MELALUI HIASAN DAN KECERIAAN SERTA HADIAH DAN CENDERAMATA BUKAN SAHAJA MENGANGKAT ORGANISASI KITA SEBAGAI SEBUAH JABATAN YANG AMAT KOMITED MALAH MENDAPAT PUJIAN OLEH YANG BERHORMAT MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN.

TAHNIAH DAN SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG TERLIBAT.

PENGIKTIRAFAN DAN PUJIAN YANG DIBERIKAN KEPADA KRAFTANGAN MALAYSIA OLEH PIHAK KEMENTERIAN JANGAN PULA MELALAIKAN KITA DAN SEHARUSNYA MENJADI PEMANGKIN KEPADA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA AGAR BEKERJA DENGAN LEBIH KERAS KERANA TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP INDUSTRI ADALAH TERLALU BESAR TERUTAMANYA UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN KRAF PADA TAHUN INI IAITU SEBANYAK RM300 JUTA.

SEHINGGA BULAN APRIL 2012 KITA BERJAYA MENCAPAI JUALAN SEJUMLAH RM137.90 JUTA IAITU 46%. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA DAPAT MELIPAT GANDA USAHA AGAR KPI YANG DITETAPKAN INI MENCAPAI 100% ATAU LEBIH PADA TAHUN INI.

BAGI MENCAPAI KPI INI FAKTOR PENYUMBANG UTAMA IALAH AKTIVITI PROMOSI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN DI PERINGKAT IBU PEJABAT MAHUPUN PERINGKAT NEGERI. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA BERSAMA-SAMA BAHAGIAN PASARAN DAN PROMOSI, BAHAGIAN REKAAN DAN BAHAGIAN USAHAWAN MENGADAKAN LAWATAN KE CAWANGAN-CAWANGAN NEGERI BAGI MEMBUAT PEMANTAUAN DAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN LAGI CAWANGAN-CAWANGAN NEGERI SEBAGAI AGEN PELAKSANA.

PENGLIBATAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TERSEBUT MEMANDANGKAN ADA HUBUNG KAITNYA TERUTAMANYA PENGHASILAN PRODUK BARU YANG DITERAJUI OLEH BAHAGIAN REKAAN. REKAAN-REKAAN YANG TERKINI PERLU DISAMPAIKAN KEPADA USAHAWAN AGAR USAHAWAN-USAHAWAN KRAF DAPAT MENGHASILKAN PRODUK KRAF YANG BERKUALITI DAN MENEPATI CITA RASA TERKINI. SETERUSNYA PERANAN BAHAGIAN PASARAN DAN PROMOSI UNTUK MENGETENGAHKAN PRODUK-PRODUK KRAF INI KEPADA PEMBELI.

PERKARA INI TURUT SAYA TEKANKAN PADA SETIAP KALI PEMBUKAAN KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN (TEAM BUILDING) YANG DIANJURKAN YANG KINI MEMASUKI EDISI KETIGA.

PENGLIBATAN BAHAGIAN-BAHAGIAN LAIN JUGA PENTING DALAM MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN PENGANJURAN AKTIVITI DAN PROGRAM KRAFTANGAN MALAYSIA SEPANJANG TAHUN. OLEH YANG DEMIKIAN SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU MELAKSANAKAN TUGASAN SEHARIAN DAN AKTIVITI SECARA BERKUMPULAN.

MEMANDANGKAN PERI PENTINGNYA KERJA BERPASUKAN DAN BERKUMPULAN INI MAKA PADA 1 HINGGA 3 JUN INI SEBAHAGIAN BESAR WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA AKAN BERKUMPUL DI KOTA BAHARU, KELANTAN UNTUK SUKAN TAHUNAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE 18 SETELAH HAMPIR 8 TAHUN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK MENGANJURKAN SUKAN TAHUNAN INI.

TUJUAN PENGANJURAN PESTA SUKAN TAHUNAN INI AMAT BAIK DAN AMAT DIALU-ALUKAN KERANA ADALAH PENTING BAGI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DAPAT BEKERJA DAN BERFUNGSI SEBAGAI SEBUAH PASUKAN YANG MANTAP DAN BERSATU PADU.

MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN, YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA DR RAIS YATIM JUGA AMAT MENGGALAKKAN SUKAN SEBAGAI INSTRUMEN BERKESAN MEMUPUK SEMANGAT KEKELUARGAAN DAN MEMPERTINGKAT PRESTASI KERJA MELALUI SUKAN. SARANAN INI DISAMPAIKAN PADA 13 MEI 2012 SEMPENA PERLAWANAN BADMINTON PASUKAN D’SURY DAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA.

SAYA PERCAYA PESTA SUKAN INI DAPAT MENGERATKAN LAGI TALIAN SILATURAHIM DI KALANGAN KITA DALAM SATU KELUARGA YANG BESAR.

AKHIR SEKALI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERSUKAN KEPADA SEMUA DENGAN PENUH MUHIBAH DAN BERHATI-HATI KETIKA DALAM PERJALANAN KE KOTA BAHARU, KELANTAN. UCAPAN TAHNIAH JUGA DITUJUKAN KEPADA WARGA KERJA YANG TELAH DAN AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN SEPANJANG CUTI SEKOLAH PADA BULAN JUN INI. SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU.

SEKIAN

WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: