Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Shahrudin bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia dan Encik Mohd Razis bin Md Said, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, semua rakan media, usahawan kraf negeri Kelantan dan Ketua-ketua Agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan yang terutamanya kepada Yang Berbahagia Dato’ Makhtar bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan kerana sudi hadir dan memeriahkan Majlis Sidang Media Sempena Promosi Kraf Malaysia 2012 Negeri Kelantan di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong pada 27 November 2012 (Selasa) yang lalu.
Promosi Kraf Malaysia ini diadakan dengan tujuan menggalak serta memberi peluang kepada usahawan kraf tempatan mempromosi dan memasarkan produk kraf mereka di tempat tumpuan pengunjung. Selain itu menerusi usaha ini juga, dapat membantu menggalakkan perkembangkan industri kraf di Negeri Kelantan.
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi promosi ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan