31 Jan 2013

TERIMA KASIH YB DATO' SERI UTAMA DR RAIS YATIM, MENTERI KPKK SEMPENA LAWATAN YB MENTERI KPKK MENINJAU PERUSAHAAN KRAF UKIRAN KAYU DI BESUT TERENGGANU

Saya bagi pihak warga kerja Kraftangan Malaysia dan seluruh ahli Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri KPKK sempena lawatan tinjauan perkembangan industri kraf bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK ) meninjau perkembangan kraf ukiran kayu yang terletak di Besut, Terengganu pada 17 Januari 2013 (Khamis) yang lalu. 

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK, Yang Berbahagia Datuk Hj. Abdul Ghaffar Bin A.Thambi, Yang Berhormat Dr. Haji A. Rahman Mokhtar, ADUN Kuala Besut/ EXCO Kerajaan Negeri Terengganu serta Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali.

Kira - kira 150 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli - ahli persatuan, usahawan - usahawan kayu dari negeri Terengganu, Ketua - ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai - pegawai di bawah KPKK Negeri Terengganu dan Kelantan telah hadir di dalam majlis ini. 

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan pembangunan kraf ukiran kayu yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia di bawah Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Kampung Raja, Besut Terengganu yang diusahakan oleh Encik Norhaiza Noordin.

Sempena lawatan tersebut juga, Yang Berhormat Menteri KPKK sempat meluangkan masa bertemu dengan warga Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia atau ringkasnya PENGUKIR. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah diluluskan permohonan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 9 Mei 2011. Persatuan ini, diterajui oleh Encik Norhaiza Noordin sebagai Yang Dipertua PENGUKIR, Encik Wan Nurkamar Rahmatullah Bin Wan Mustafa, Timbalan Yang Dipertua serta Encik Abd.Muhaimin Bin Hasbollah, Setiausaha PENGUKIR.
                                               
Matlamat penubuhan PENGUKIR adalah untuk mengumpul serta menggabungkan penggiat dan pengusaha-pengusaha kraf seni ukir kayu di bawah satu naungan dalam memastikan seni ukiran warisan bangsa dapat dikekalkan menerusi pelbagai program-program yang dilaksanakan dengan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, agensi swasta dan NGO. 


Encik Norhaiza memberikan penerangan mengenai produk ukiran yang dihasilkan
kepada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim


Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama - sama Encik Norhaiza  serta
Setiausaha Persatuan semasa  lawatan di Bengkel Kayu Bakawali  Sari Warisan
Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim melihat kerja -kerja pertukangan
kayu  yang dijalankan di  Bengkel Kayu Bakawali Sari Warisan

Gambar kenangan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama
Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Seni Ukir Kayu Malaysia

Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sempat beramah mesra bersama
salah seorang usahawan kayu dari Terengganu
Coretan kenangan daripada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
di Buku Pelawat Bakawali Sari Warisan













Tiada ulasan: