ISRAK MIKRAJ adalah peristiwa yang dialami Nabi Muhammad SAW. Ia difahamkan sebagai perjalanan malam Nabi dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan terus menerus menembusi dinginnya langit menuju sebuah puncak yang disebut Sidratul Muntaha.
Sambutan ini sememangnya dinantikan oleh seluruh umat islam kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Israk & Mikraj kepada semua umat Islam yang akan disambut pada 6 Jun 2013 (Khamis) bersamaan 27 Rejab 1434H. Bersama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa Israk & Mikraj ini. Insya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan