JALUR GEMILANG ~ Nama tersebut di ishtiharkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu pada jam 11.58 malam, 31 Ogos 1997, di Dataran Merdeka. Ia terpilih dari 3 nama yang di senarai pendek dari 28 nama yang di cadangkan, namun bentuknya terus di kekalkan.
Jalur menggambarkan 14 jalur merah putih yang melambangkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang di amalkan oleh rakyat untuk menuju kegemilangan bangsa dan negara.
Gemilang pula bermaksud ‘cahaya’, terang benderang dan cemerlang, Jalur Gemilang memberi pengertian kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa juga bidang kehidupan di dalam dan di luar negara dengan kesuguhan, kegigihan dan kesangguppan untuk menaikkan imej negara.
Untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan kempen kibar Jalur gemilang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah pada 16 Ogos 2013 (Jumaat) yang lalu.
Ayuh! Tunjukkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan