Program Pemukiman Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) bagi tahun 2016-2020 telah diadakan pada 22-25 November 2013 bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi. Program ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kraftangan Malaysia. Di antara pengisian program pada kali ini adalah :
- Taklimat penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).
- Pembentangan Pencapaian Key Performance Indicator (KPI) 2013 oleh Pengarah-Pengarah Cawangan.
- Pembentangan Perancangan Kerja Tahunan (PKT) bagi tahun 2014 oleh Pengarah-Pengarah Bahagian.
- Penyediaan RMKe-11 mengikut program-program iaitu :
- Program Pemasaran Kraf
- Program Penyelidikan dan Pembangunan
- Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
- Program Pembangunan Kemahiran Kraf.
- Program Jejak Warisan Kraf
- Program Fizikal
Selain itu juga, peserta-peserta program turut menghadiri Majlis Sidang Media sempena Festival Kraf Langkawi di Kompleks Kraf Langkawi pada 23 November 2013 (Sabtu).
Diharap semua warga kerja Kraftangan Malaysia dapat bersama-sama memberi sepenuh komitmen dan kerjasama dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan