Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam umumnya dan kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia khususnya yang bakal disambut bermula pada 29 Jun 2014 (Ahad) bersamaan 1 Ramadhan 1435H.
Terlalu banyak Allah SWT memberikan keistimewaan kepada hamba-Nya sepanjang bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".
Sabda Rasullullah S.A.W juga, Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan".
Semoga kita semua bersama-sama menghayati bulan Ramadhan ini sebaik mungkin dan bersama-sama melakukan amal ibadat yang sangat dituntut...Insyaa Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan