Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Bahagian Rekaan Ibu Pejabat akan mengadakan Majlis Pelancaran Jenama Preka yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia pada 28 Ogos 2014 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1435H di Kompleks Kraf Kuala Lumpur jam 12.00 tengahari.
Jenama Preka merupakan singkatan perkataan Pereka, iaitu pereka-pereka Kraftangan Malaysia yang komited di dalam menghasilkan rekaan-rekaan baru produk kraf tempatan dengan kerjasama pengusaha-pengusaha kraf tempatan dari pelbagai bidang kemahiran kraf (kayu, anyaman, tenunan, logam, seramik dan aneka kraf). Jenama Preka bukan sekadar pada jenama sahaja, malah produk yang dihasilkan melalui jenama ini boleh diperoleh di rangkaian kedai jenama Preka yang terdapat di beberapa tempat mengikut segmen produk seperti hadiah & cenderamata pelancong/korporat, pakaian dan aksesori, seramik dan hiasan dalaman. Antara outlet-outlet jenama Preka yang telah beroperasi adalah seperti yang berikut:
• Kompleks Kraf Kuala Lumpur (Pakaian, aksesori, hadiah & cenderamata dan hiasan dalaman).
• Preka Ceramics di Kompleks Kraf Kuala Lumpur (Produk seramik hiasan, cenderamata & hadiah, seramik taman).
• Menara MARA, Kuala Lumpur (Produk hadiah dan cenderamata korporat).
• Kompleks Kraf Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
• Pantai Tengah, Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata dan hiasan dalaman)
• Pasar Seni, Kuala Lumpur (Produk hadiah dan cenderamata pelancong berasaskan veneer & kayu)
• ATV Adventure Park, Bukit Larut, Perak (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata).
• Kg. Genting, Pulau Tioman kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
• Kg Salang di Pulau Tioman kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
• Telaga Harbour Langkawi kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
• Malaysia Crafts Kiosk, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan