TEKS
UCAPAN
KETUA
PENGARAH
SEMPENA
PERHIMPUNAN BULANAN
KRAFTANGAN
MALAYSIA 2015
TARIKH:
14 JULAI 2015 (SELASA) 27 RAMADAN 1436 H
MASA:
8.15 PAGI
TEMPAT:
PANGGUNG
SARI, BANGUNAN SERI UTAMA
KOMPLEKS
KRAF KUALA LUMPUR
Terima kasih Saudara Pengerusi
Majlis
· Yang Berusaha Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi)
· Pengarah-pengarah Bahagian
· Pengarah Institut Kraf Negara
· Pengurus Besar Karyaneka Sdn. Bhd
· Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan
· Warga Kraftangan semua
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
1. Alhamdulillah,
pertama sekali saya ingin menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu
Wataala kerana dengan izin dan limpah
kurnia Nya, kita dapat bersama-sama sekali lagi berada di bulan Ramadan yang
penuh berakah dan kemuliaan. Saya juga ingin memanjat kesyukuran kerana dapat
kita bertemu lagi pada perhimpunan
bulanan Kraftangan Malaysia kali ke-3,
bagi tahun 2015.
2.
Tidak terlambat
untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua dan semoga puasa kali ini memberi ruang untuk kita bermuhasabah diri dan memperbaiki ibadah kita.
3. Saya juga turut
merakamkan ucapan tahniah kepada anggota
baru yang menyertai Kraftangan Malaysia.
Selamat datang dan bekerjalah
dengan penuh semangat dan berhemah.
WARNA-WARNI AIDILFITRI 2015
4. Warna-warni
Aidilfitri 2015 baru sahaja melabuhkan tirai penganjuran kali ke-11 semalam, yang
diadakan selama 12 hari sejak 2 Julai 2015 hinggalah 13 Julai 2015. Seperti mana
semua sedia maklum, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul
Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia telah meluangkan masa
merasmikan acara ini pada 2 Julai yang lalu diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan jayanya. Yang Berhormat Menteri meluahkan rasa bangga dan gembira tentang pencapaian dan signifikan
acara yang dianjurkan ini, sejak tahun 2003, ketika itu Yang Berhormat Menteri merupakan Menteri yang
memegang portfolio Kementerian Pembangunan Usahawan. Kraftangan Malaysia merupakan salah sebuah
agensi di bawah Kementerian tersebut.
5. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada seluruh warga Kraftangan Malaysia yang menyumbang usaha dan tenaga di
dalam menjayakan acara ini sehingga
meletakkan Kraftangan Malaysia sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua, Warna-warni Aidilfitri 2015 pastinya tidak
akan dapat dijayakan. Seperti
tahun-tahun sebelumnya sasaran jualan
terus ditetapkan, dan tahun 2015
sebanyak RM3.2 juta menjadi sasaran. Insya Allah dengan sokongan penganjuran promosi jualan di
Pusat beli-belah sasaran ini mungkin
dapat dicapai.
6. Suka saya mengingatkan, walaupun
Warna-warni Aidilfitri 2015 sudah berakhir, tetapi masih ramai lagi usahawan kraf dan
perkhidmatan Aidilfitri giat mempromosi produk mereka menerusi acara yang sama di beberapa lokasi pusat beli-belah sekitar
Lembah Klang dan seluruh Malaysia
sehingga Syawal kelak. Harapan saya, agar Bahagian Pemasaran dapat menyusun jadual
petugas yang sistematik agar dapat
memantau aktiviti promosi yang dianjurkan ini dengan baik.
BANTUAN KHAS KEWANGAN
7.
Pada 17 Jun
lalu, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah sebagai
persiapan menyambut Ramadan dan Hari
Raya Aidilfitri. Selain penjawat awam, bantuan khas tersebut juga turut dinikmati
oleh 700,000 pesara Kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak
RM250.
8. Alhamdulillah, kita semua telah mendapat bantuan khas ini
pada 25 Jun lalu. Bersyukur kerana Kerajaan amat
prihatin dan sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kumpulan
penjawat awam. Difahamkan Kerajaan memperuntukkan implikasi kewangan
hampir RM1billion bagi memberi bantuan
kewangan untuk penjawat awam dan pesara pada tahun ini. Bagi melahirkan rasa syukur itu, maka
wang berkenaan harus dibelanjakan dengan sebaik-baiknya.
MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA
9.
Saya juga ingin memaklumkan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan
menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad, 2 Ogos 2015 bertempat di Rembau, Negeri Sembilan. Majlis ini akan dihadiri oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan Isteri.
10. Menyusul
selepas itu pula ialah, penganjuran
Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang
dijadualkan pada hari Selasa, 11 Ogos
2015 bertempat di MATIC Kuala Lumpur.
11. Penglibatan Kraftangan Malaysia bagi kedua-dua acara ini
ialah hidangan juadah makanan, hadiah pertandingan serta hiasan dan keceriaan.
KEMPEN
MALAYSIA YEAR OF FESTIVALS 2015
12. Kempen Malaysia Year of Festivals 2015 yang
bertemakan 'Endless Celebrations' sedang giat dilaksanakan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia sehingga bulan Disember ini. Pelbagai acara peringkat antarabangsa dan nasional telah dirancang oleh Kementerian
dan agensi berkaitan. Ini termasuklah seperti penganjuran World Tourism Day, Citrawarna, Malaysia Open ATP bagi menarik lebih ramai pelancong luar negara
berkunjung ke Malaysia. Untuk itu, usahawan-usahawan
kraf perlu merebut peluang ini untuk
menempatkan produk kraf tempatan menjadi sebahagian pakej lengkap pelancongan kepada para pelancong. Oleh yang demikian saya menyeru kepada Cawangan-cawangan negeri
agar terus menyampaikan maklumat ini kepada usahawan-usahawan negeri
masing-masing.
KESELAMATAN PEJABAT DAN DIRI
13. Hari
ini kita berada pada hari ke 27 Ramadan dan Insya Allah pada Jumaat ini kita semua akan meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Sebahagian besar warga Kraftangan Malaysia akan meninggalkan pejabat dan balik
ke kampung halaman masing-masing. Saya berpesan kepada semua agar mengambil langkah membuat semakan
terakhir ke atas pejabat dan ruang kerja masing-masing. Pastikan segala alat-alat elektronik dan
komputer dimatikan. Dokumen-dokumen penting juga disimpan di tempat yang selamat.
14. Di
samping itu juga keselamatan diri perlu
dititik beratkan dengan menjaga
kesihatan, memandu pulang ke kampung
dengan cermat dan berhati-hati. Begitu jugalah sepanjang menyambut Aidilfitri dan perjalanan pulang ke tempat kerja.
UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI
15. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sepuluh
jari disusun memohon maaf di atas segala kesilapan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Ketua
Pengarah di Kraftangan Malaysia.
16. Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan saya dan keluarga memohon maaf zahir dan batin.
SEKIAN.
Wabillahitafik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan