TARIKH : 28
JUN 2016, SELASA
MASA : 8.30
PAGI
TEMPAT : PANGGUNG
SARI
SALUTASI
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis
§
Yang Berusaha Encik
Yusak bin Haji Mahamud
Timbalan Ketua
Pengarah (Pembangunan)
Timbalan Ketua
Pengarah (Operasi)
§
Pengarah-pengarah
Kanan
§
Pengarah Kanan
Institut Kraf Negara
§
Pengarah-pengarah
Bahagian, Unit dan Kompleks
§
Pengarah Kraftangan
Malaysia Cawangan Selangor
§
Pengurus Besar
Karyaneka Sdn. Bhd, dan
§
Warga Kraftangan
Malaysia yang dikasihi semua
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Sehati
Sejiwa
ALU-ALUAN
1.
Alhamdulillah
dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan
izinNya, dapat kita bersama-sama pada hari ini berkumpul bagi Perhimpunan Bulan
Jun 2016.
2.
Dalam
tidak kita sedari, masa begitu pantas berlalu dan hari ini kita sudah menempuh
23 hari berpuasa dalam bulan Ramadan. Marilah kita mengambil peluang pada 10
malam terakhir ini memperbanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T agar mendapat
keberkatan dalam bulan yang mulia ini.
3.
Di kesempatan ini,
ingin saya titipkan dengan berita pilu mengenai pemergian anggota kerja kita
iaitu dari Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan iaitu Allahyarham Ahmad
Sawab bin Osman, Pengajar Kraf Kanan yang telah kembali ke rahmatullah pada
hari Jumaat, 24 Jun
2016 di Negeri Sembilan. Sebelum itu pada bulan Mei lalu, kita juga dikejutkan
dengan berita pemergian Allahyarham Hamdan bin Abdul Rahman Ketua Pengawal yang
telah kembali kepada penciptaNya di Hospital HUKM. Sesungguhnya, kedua-dua
mereka banyak memberi sumbangan kepada Kraftangan Malaysia dalam bidang
masing-masing. Sehubungan itu, marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada
mereka semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
AMANAT KERAJAAN
4.
Pada 10
Jun lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan Bantuan
Khas Kewangan sebanyak RM500.00 untuk 1.6 juta penjawat awam sempena Hari Raya
Aidilfitri bagi meringankan beban kewangan. Alhamdulillah, kita telahpun
menerima bantuan ini yang disalurkan pada 13 Jun lalu.
Tujuh hari lagi kita beraya
Shopping raya last minit rutin semasa
Jalan Tar sibuk tanpa mengira masa
Hanya nak ingatkan shopping tu jangan
tak ingat dunia
Saudara dan saudari yang dihormati
sekalian,
PENCAPAIAN NILAI JUALAN
KRAF
5.
Untuk makluman semua, Kraftangan Malaysia mempunyai KPI iaitu Key Performance Indicator bagi nilai
jualan yang perlu dicapai setiap tahun. KPI nilai jualan kraf bagi tahun 2016
ialah sebanyak RM500 juta. Sehingga bulan Mei 2016, Kraftangan Malaysia telah
mencapai nilai jualan hampir RM200 juta iaitu 40% pencapaian untuk lima bulan
pertama. Sungguhpun pencapaian ini adalah satu petunjuk baik yang telah dapat
kita capai bagi tempoh setengah tahun ini, namun segala usaha perlu diteruskan
bagi memastikan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksana sebaiknya agar
mencapai KPI yang ditetapkan.
WARNA-WARNI AIDILFITRI
6.
Hari ini sudah masuk hari ke-7 berlangsungnya promosi Warna-warni Aidilfitri kali ke-12 yang
mengetengahkan konsep penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut
Aidilfitri, umpamanya untuk hiasan dalaman rumah, pakaian raya, aksesori,
peralatan dan kelengkapan juadah raya, biskut raya hinggalah kepada hiasan
laman. Sepertimana tuan/ puan sedia maklum, Majlis Sidang Media Warna-warni Aidilfitri
2016 telah diadakan pada 23 Jun lalu yang disempurnakan oleh Yang Berhormat
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Warna-warni Aidilfitri telah bermula 22 Jun hingga 3 Julai 2016.
Untuk makluman semua anggota kerja juga, promosi yang sama turut berlangsung di
Kota Bharu dan Johor Bahru dan di pusat beli-belah One Utama. Saya berharap
aktiviti jualan Warna-warni Aidilfitri ini akan mencapai sasaran jualan yang
ditetapkan iaitu RM3.0 juta.
7. Serentak
dengan majlis ini juga, penganjuran Majlis Berbuka Puasa Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan turut diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Saya
melihat ini satu penghormatan kepada Kraftangan Malaysia kerana diberi peluang
menjadi tuan rumah bagi lokasi penganjuran aktiviti di peringkat Kementerian. Terima
kasih saya ucapkan kepada yang anggota kerja yang terlibat menjayakan program
Kementerian ini.
Saudara dan saudari yang dihormati
sekalian,
KOMPLEKS KRAF JOHOR
8. Pada
bulan September ini, Kraftangan Malaysia akan mengadakan satu majlis rasmi bagi
memperkenalkan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor sebagai Kompleks Kraf Johor.
Dengan terlaksananya perancangan ini, Kompleks Kraf Johor akan dilabelkan sebagai
sebuah pusat peruncitan meliputi kraf, fesyen, restoran, selain menjadi
komponen bagi pejabat, muzium dan rekreasi.
PENGANJURAN KLICF
9. Kraftangan
Malaysia akan sekali lagi menganjurkan aktiviti Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) buat kali ke-2
pada 24 hingga 28 November 2016 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis Perasmian
KLICF dijangka diadakan pada 24 November 2016. KLICF kali ini dijangka disertai
oleh 450 peserta iaitu (300 penyertaan di peringkat domestik dan 150 penyertaan
lagi dari peringkat antarabangsa). Sehubungan itu, saya ingin menyarankan
kepada Bahagian-bahagian terlibat untuk membuat penyelarasan awal dengan rapi
agar penganjuran kali kedua ini berjalan lancar dan mencapai sasaran yang
ditetapkan.
SAMBUTAN HARI RAYA KRAFTANGAN
MALAYSIA & SAMBUTAN HARI RAYA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
MALAYSIA
10. Saya
ingin memaklumkan, sambutan Hari Raya Aidilfitri Kraftangan Malaysia akan
diadakan pada hari Selasa, 26 Julai 2016 bertempat di Kompleks Kraf Kuala
Lumpur. Sehubungan itu, perancangan majlis sambutan perlu dibuat agar meriah
dan penuh bermakna, walaupun tiada peruntukkan yang besar dapat kita sediakan.
Paling penting ialah penglibatan setiap individu di Bahagian dan Unit.
11. Menyusul
selepas itu pula ialah, penganjuran Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadualkan pada hari Khamis, 20
Julai 2016, dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Matic Kuala
Lumpur. Tema bagi Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian ialah ‘Warna-warni
Aidilfitri MOTAC’.
SUKAN KRAFTANGAN MALAYSIA
12. Berita
baik kepada anggota kerja iaitu Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Sukan
Kraftangan Malaysia buat kali ke-21 pada bulan November 2016 bertempat di
Negeri Perlis. Justeru, saya mohon Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan
Kraftangan Malaysia (KSKKM) bersama jawatankuasa KSKKM membuat perancangan dan
hebahan awal kepada semua anggota kerja tentang penganjuran sukan kali ini.
Tujuannya agar lebih ramai anggota kerja dapat membuat persediaan masing-masing
terutamanya bagi yang berkeluarga untuk turut serta dalam temasya sukan pada kali
ini.
UCAPAN
HARI RAYA AIDILFITRI
13. InsyaAllah,
tujuh hari lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan Syawal. Di kesempatan
ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya
Aidilfitri kepada seluruh warga
Kraftangan Malaysia, Karyaneka Sdn. Bhd. dan Kraf Holdings. Khusus kepada anggota kerja yang menggunakan jalan raya untuk
balik ke kampung;
MALAM-MALAM LIHAT LAMPU JALAN
TENGOK-TENGOK HANTU RAYA
HATI-HATI DI ATAS JALAN
SUPAYA SELAMAT PULANG BERAYA
Pastikan kenderaan anda semua telah diservis dengan sempurna.
Sekali lagi saya ucapkan Selamat Berhari Raya Aidilfitri dan saya serta keluarga
memohon maaf zahir dan batin. Saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun.
SATU SYAWAL MENJELANG TIBA
TAKBIR BERGEMA MENGGEGAR JIWA
SEKIRANYA ADA SALAH DAN DOSA
AMPUN DIPINTA DIHARI MULIA
SEKIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan