Memaparkan catatan dengan label usahawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usahawan. Papar semua catatan

10 Ogo 2019

Selamat Hari Raya Aidiladha



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya Ibrahim Bin Ismail mewakili seluruh warga Kraftangan Malaysia seluruh Malaysia ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Bagi yang menjalani ibadah qurban dan berkongsi nikmat serta rezeki yang Allah berikan teruskan dengan perkara sunnah seperti ini. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah S.W.T

Yang dalam perjalanan pulang ke kampung, sila memandu dengan berhati-hati. Ingat org yang tersayang, utamakan keselamatan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H.

1 Mac 2019

Sekitar Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2019 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hari ini mengadakan Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Yang Amat Mulia Kerabat Kerabat Diraja Pahang.

Terdahulu kehadiran tetamu kehormat disambut oleh :
Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Yang Berbahagia Datuk Isham bin Ishak
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Yang Berusaha Puan Suryani Senja Alias
Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia
Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangun dan memajukan industri kraf negara.
Hari Kraf Kebangsaan 2019 (HKK 2019) kali ke-17 akan berlangsung selama 12 hari iaitu dari 28 Februari hingga 11 Mac 2019 dan turut diadakan serentak di pusat beli-belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel di sekitar Lembah Klang bermula dari 28 Februari hingga 31 Mac 2019.











30 Dis 2018

Selamat Tahun Baru 2019

Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun 2019 akan terus menjadi tahun yang cemerlang kepada Kraftangan Malaysia dan industri kraf negara.


27 Ogo 2018

Penyertaan Usahawan Kraf di Pertubuhan Antarabangsa bagi Persatuan dan Institusi Perpustakaan (IFLA) ke-84.

Pada 25 Ogos lepas, telah berlangsung Majlis Perasmian Kongres Antarabangsa IFLA WLIC 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Beberapa Usahawan Kraf yang berdaftar di bawah Kraftangan Malaysia  turut terlibat di dalam aktiviti demonstrasi , interaktif dan jualan produk kraf.







18 Apr 2018

Program Semarak Seni Kraf Masjid Tanah, Melaka

Program Semarak Seni Kraf Masjid Tanah, Melaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 14 April 2018 di Dewan Tan Sri (Dr.) Abu Seman, Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka.










15 Feb 2018

Nantikan...

Nantikan Hari Kraf Kebangsaan 2018 yang akan berlangsung mulai 22 Mac hingga 1 April 2018,
jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Ayuh kita meriahkan bersama... pelbagai aktiviti menarik bakal menemui anda.