11 Jan 2010

UCAPAN TAHUN BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada, semua warga Kraftangan Malaysia. Saya mendoakan semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat dan nikmat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kepada anda semua. Semoga anda dan keluarga diberikan kebahagiaan dan perlindungan yang berpanjangan oleh Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Jika matlamat anda sudah tercapai, tahniah diucapkan dan jika belum, jangan sesekali berputus asa. Cubalah pada tahun ini dan pastikan anda mempunyai perancangan serta strategi yang baik untuk merealisasikan matlamat anda. Apa yang belum terlaksana dari tahun sebelumnya marilah bersama sama untuk mencapai matlamat itu. Moga-moga Allah SWT permudahkan usaha kita.

Warga kerja yang dikasihi,
Bersulamkan semangat dan azam baru, marilah kita bersama-sama mengeratkan siraturrahim sesama kita serta mengembeling tenaga bagi mencapai kemajuan dan kejayaan dalam usaha memperkenal dan meningkatkan taraf produk kraftangan.
Bermulanya tahun baru bermakna bermulalah azam baru. Tanamlah keazaman yang murni kearah kehidupan kita yang lebih sejahtera. Marilah kita berkhidmat dengan lebih berkesan dan mantap lagi bagi memenuhi tanggungjawab berlandaskan kepada amanah yang dipegang.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia. Perlu diingat bahawa ia bukan sekadar meraikan tahun yang baru dengan perayaan, tetapi dengan pengisian yang bermakna. Semoga kita menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: