29 Okt 2010

Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia 2010, Terengganu

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Rasol bin Wahid, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu diatas kesudian untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia 2010, Terengganu pada 27 Oktober 2010.

Sempena Promosi Kraf Malaysia 2010,Terengganu pelbagai aktiviti telah disusun sebagai usaha mempromosi dan memartabatkan industri kraf serta boleh dimanfaatkan kepada pengusaha dan para pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan ialah Jualan Kraf oleh 45 usahawan bidang tekstil, hasil rimba, seramik dan logam, Pameran Kraf Produk Baru, Kraf Warisan dan Kraf Antarabangsa, Peragaan Fesyen, Bengkel Pewarnaan -Forecast 2011, Demonstrasi Kraf dan Persembahan Kesenian.

Promosi ini bermula 27 – 31 Oktober 2010 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu di Chendering. Orang ramai dijemput hadir.

Tiada ulasan: