TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH
DI PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS ANUGERAH 25 TAHUN PERKHIDMATAN
ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA
DI AMPHITHEATRE KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
TARIKH
21 OKTOBER 2010
(KHAMIS)
JAM
8.15 PAGI
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
SAUDARA DAN SAUDARI PENGERUSI MAJLIS,
YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),
YANG DIRAIKAN
ANGGOTA KERJA YANG AKAN MENERIMA ANUGERAH 25 TAHUN PERKHIDMATAN
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA, CAWANGAN SELANGOR
PENGARAH URUSAN KARYANEKA SDN. BHD.
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,
PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.
DAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN SEMUA
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
ALHAMDULLILAH, SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN DAN PUJIAN DIPANJATKAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WA TAALA YANG MENGIZINKAN MAJLIS PERHIMPUNAN KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI BULAN OKTOBER DIADAKAN SETERUSNYA PENGANUGERAHAN 25 TAHUN PERKHIDMATAN KEPADA ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA.
SAUDARA SAUDARI SEKALIAN
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA TELAH MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 ATAU BAJET 2011 PADA JUMAAT LALU. WACANA UTAMA BELANJAWAN TAHUN HADAPAN ADALAH TRANFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU YANG MENYENTUH SECARA MENYELURUH PERTUMBUHAN EKONOMI YANG DINAMIK, KREATIF DAN INOVATIF.
JUSTERU SEBAGAI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DAN SEKTOR AWAM KITA PERLU BERKERJASAMA DAN MENYAHUT CABARAN INI DENGAN TIDAK MEMBELENGGU DIRI DENGAN CARA KERJA BIASA SEBALIKNYA MENUNTUT KITA KEPADA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. TRANFORMASI DIRI SECARA POSITIF DENGAN MENYAHUT CABARAN-CABARAN AKAN MELONJAKKAN INDUSTRI KRAF BERADA DI TAHAP MAPAN.
KITA PATUT BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KERANA SABAN TAHUN BAJET NEGARA TIDAK MENGENEPIKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA INDUSTRI KRAF. SEBAGAI PENERAJU INDUSTRI KRAF KITA AMAT BERHARAP SEKTOR INI MENDAPAT PERHATIAN KERANA INDUSTRI INI BERPOTENSI BAGI MENJANA PENDAPATAN NEGARA.
SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN
SELARI DENGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG DITEKANKAN DALAM STRATEGIK KEDUA BAJET 2011 SAYA MENYERU AGAR KITA SEMUA SENTIASA MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM SETIAP BIDANG YANG KITA CEBURI. TRANFORMASI DIRI SEBAGAI SATU ANJAKAN PROFESIONALISME PERLU DIGERAKKAN DENGAN SEGERA AGAR SETIAP ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA MEMPUNYAI PIAWAIAN DIRI YANG KREATIF DAN MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA.
MODAL INSAN BUKAN SAHAJA DIGERAKKAN MELALUI PERUBAHAN SIKAP MALAH PERLU SEIRING DENGAN INTEGRITI YANG TINGGI. AMALAN-AMALAN MULIA PERLU DITERAPKAN DALAM SETIAP PENTADBIRAN UNIT, BAHAGIAN DAN CAWANGAN BAGI MENCERMINKAN WARGA KRAF BERKEPRIBADIAN TINGGI.
SAUDARI SAUDARI SEKELIAN
SYUKUR ALHAMDULLILAH, SEHINGGA OKTOBER TAHUN 2010 KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH MENGANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI PROMOSI, PEMBANGUNAN USAHAWAN, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN, LATIHAN SERTA PEMULIHARAAN. UNTUK MAKLUMAN SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRENCANAKAN SEPANJANG TAHUN TELAH DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA DAN MENEPATI KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) 2010. BAGI BULAN SEPTEMBER UNJURAN JUALAN KRAF YANG DITETAPKAN IALAH SEJUMLAH RM79 JUTA DAN KITA BERJAYA MENCAPAI JUALAN SEJUMLAH RM117.6 JUTA. ANGKA INI MENUNJUKKAN PENINGKATAN YANG AMAT KETARA. SAYA MENYERU WARGA KRAFTANGAN UNTUK TERUS BEKERJA DENGAN LEBIH GIGIH BAGI MENCAPAI STANDARD YANG TELAH DITETAPKAN. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.
SAUDARA SAUDARI SEKELIAN
SEBAGAIMANA SUADARA SAUDARI SEDIA MAKLUM, SEKARANG SEDANG BERLANGSUNG PROMOSI KRAF TEKSTIL YANG BERMULA PADA 13 HARIBULAN YANG LALU DAN AKAN BERAKHIR PADA 25 OKTOBER INI. INSYAALLAH SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN IAITU RM2 JUTA . SEHINGGA 20 HARIBULAN ATAU 7 HARI PENGANJURAN JUALAN YANG DIPEROLEHI ADALAH RM1.2 JUTA. SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PENGANJURAN PROMOSI KRAF TEKSTIL. DI SAMPING ITU JUGA SAYA INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA KRAFTANGAN MALAYSIA DENGAN JAYANYA MERASMIKAN PUSAT INKUBATOR KRAF BULUH, SIMPANG PERTANG PADA 14 OKTOBER YANG LALU. YANG BERHORMAT DATO SERI UTAMA DR. RAIS YATIM, MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN TELAH SUDI MERASMIKAN PUSAT INKUBATOR TERSEBUT.
DI PERINGKAT ANTARABANGSA SEKALI LAGI KRAFTANGAN MALAYSIA MENJADI PERHATIAN DUNIA DENGAN VENUE UTAMA BAGI AKTIVITI TITIAN BUDAYA BRUNEI-MALAYSIA DIADAKAN DI AMFITEATER INI PADA 15 HINGGA 17 OKTOBER YANG LALU. KRAFTANGAN MALAYSIA JUGA BERTINDAK SEBAGAI SEKRETARIAT UNTUK AKTIVITI JUALAN, DEMONSTRASI DAN PAMERAN. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN AKTIVITI KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN YANG DIADAKAN DI TEMPAT KITA.
SAUDARA SAUDARI SEKELIAN
BULAN OKTOBER MENINGGALKAN KITA TIDAK BEBERAPA HARI LAGI DAN BAKAL MEMASUKI NOVEMBER DAN SETERUSNYA MENGHAKHRI 2010 PADA DISEMBER NANTI. DALAM TEMPOH DUA BULAN TERDAPAT DUA AKTIVITI PROMOSI UTAMA AKAN DIADAKAN IAITU PROMOSI KRAF SERAMIK YANG AKAN DIADAKAN PADA 24 HINGGA 28 NOVEMBER 2010 DAN PROMOSI KRAF HASIL RIMBA AKAN DIADAKAN PADA 2 HINGGA 6 DISEMBER 2010. BERSAMA-SAMALAH KITA MENYUSUN PERANCANGAN PELAKSAAN KEDUA-DUA AKTIVITI TERSEBUT.
DISAMPING ITU JUGA, DALAM BULAN NOVEMBER LAZIMNYA MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) AKAN BERLANGSUNG. INSYAALAH DALAM MINGGU KEDUA NOVEMBER MAJLIS INI AKAN TERLAKSANA DAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN.
SAUDARI SAUDARI SEKELIAN
PERHIMPUNAN PAGI PADA KALI INI MERUPAKAN PERHIMPUAN YANG ISTEMEWA YANG BAKAL MENYAKSIKAN
SEBILANGAN BESAR ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA DIRAIKAN SEMPENA 25 PERKHIDMATAN DI KRAFTANGAN MALAYSIA. KERTAS KERJA CADANGAN PEWUJUDAN ANUGERAH KHIDMAT SETIA 30 TAHUN PERKHIDMATAN DI KRAFTANGAN MALAYSIA DIANGKAT DALAM MESYUARAT PENGURUSAN BIL.11/2009. TELAH DIPERSETUJUI UNTUK DITUKAR KEPADA ANUGERAH 25 TAHUN PERKHIDMATAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA. PERKARA INI DIUSULKAN OLEH MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PADA TAHUN LEPAS DAN ALHAMDULILLAH IANYA TERLAKSANA AKHIRNYA.
SERAMAI 165 ORANG PEGAWAI DAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA SELURUH NEGARA TELAH BERKHIDMAT LEBIH 25 TAHUN. 53 ORANG DARIPADANYA DARI IBU PEJABAT, INSTITUT KRAF NEGARA SERTA KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR DIRAIKAN PADA PAGI INI BAGI MENGENANG JASA SERTA KESETIAAN MEREKA DALAM MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA ORGANISASI DAN INDUSTRI KRAF.
SEMOGA DENGAN PENGIKTIRAFAN INI AKAN MEMBERI DORONGAN, RANGSANGAN DAN INSPIRASI KEPADA GENERASI MUDA KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK TERUS BERUSAHA DALAM MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG SERTA MEMBERI SUMBANGAN IDEA YANG KREATIF DAN INOVATIF UNTUK MEMARTABATKAN INDUSTRI KRAF.
TAHNIAH DIUCAPKAN, KEPADA SEMUA.
SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI, SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN SELAMAT MAJU JAYA.
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan