Pada Isnin, 09 Mei 2011 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Kempen Amalan Senyum Perbendaharaan. Memetik kata-kata beliau “Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit,”
Menurutnya, kempen selama dua bulan itu dengan slogan Senyum Selalu selaras dengan usaha kerajaan mempergiatkan kempen amalan senyum kepada penjawat awam terutama kepada petugas agensi barisan hadapan, sekali gus memantapkan budaya mesra dan berbudi bahasa. Beliau juga menyuarakan hasrat agar kempen ini tidak akan berakhir begitu sahaja selepas tamat tempoh berkempen dan haruslah terus dipraktikkan secara berterusan.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia agar sama-sama menyahut kempen ini. Kita harus ingat senyum amalan sedekah paling mudah dilaksanakan sebagaimana sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Bahagian Komunikasi Korporat akan mengemukakan perancangan terperinci tentang kempen ini pada minggu hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan