10 Mei 2011

PERTANDINGAN MENULIS ESEI KRAF MALAYSIA

Mesyuarat JKP yang lalu telah bersetuju menganjurkan satu pertandingan menulis buat semua warga Kraftangan Malaysia. Pertandingan ini diberi tajuk “Kraf Malaysia” dimana setiap perserta yang berminat untuk mengambil bahagian di benarkan menulis apa sahaja yang mereka inginkan tetapi hasil penulisan itu haruslah berkaitan Kraf Malaysia. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah sebagai kempen Bahasa di organisasi kita.

Pengurusan juga telah bersetuju di mana bahan penulisan ini hendaklah tidak kurang 2000 patah perkataan dan tidak melebihi 4000 patah perkataan. Pertandingan ini akan dijalankan bermula pada bulan Julai atau Ogos 2011. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan sekitar bulan September.

Walaubagaimanapun Bahagian Khidmat Pengurusan sedang meneliti dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini. Sebarang penambahan maklumat akan saya war-warkan dari masa ke semasa.

Oleh itu saya berharap agar pertandingan ini akan menerima maklumbalas yang positif dari semua anggota kerja tidak kira sama ada yang berada di ibu pejabat atau cawangan.

Tiada ulasan: