31 Okt 2011

UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OKTOBER 2011

TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
DI PERHIMPUNAN BULANAN
DI AMFITHEATER KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


TARIKH
27 OKTOBER 2011
(KHAMIS)


JAM
8.15 PAGI


YANG DIHORMATI SAUDARI PENGACARA MAJLIS

YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN), 
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,
 PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA,
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,
PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.
DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA LIMPAH RAHMATNYA DAPAT KITA SEKALI LAGI BERADA DALAM PERHIMPUNAN BULANAN YANG MENEMUKAN SEBAHAGIAN WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DAN RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR PADA MAJLIS PERHIMPUNAN BAGI BULAN OKTOBER 2011. 

SEBELUM SAYA MENERUSKAN UCAPAN INI, SUKACITANYA DIPERINGATKAN KEPADA SEMUA, KRAFTANGAN MALAYSIA BAKAL MENGANJURKAN BEBERAPA AKTIVITI BERSKALA BESAR SEPERTI MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) PADA 9 NOVEMBER 2011 DAN PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT ZON SELATAN DI PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU PADA 15 HINGGA 25 DISEMBER 2011.  KEDUA-DUA MAJLIS INI AKAN DIRASMIKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA DR RAIS YATIM, MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN.

BAGI TEMPOH YANG SINGKAT INI SAYA AMAT BERHARAP SEMUA ANGGOTA KERJA YANG TERLIBAT DAPAT MELIPAT GANDA USAHA BAGI MENJAYAKAN AKTIVITI INI.  INSYA-ALLAH DENGAN PENGALAMAN, KERJASAMA DAN PENGGUNAAN SUMBER SECARA BIJAKSANA KEJAYAAN AKTIVITI INI AKAN DAPAT KITA CAPAI.

 
SESUNGGUHNYA SAYA SERING MEMPERINGATKAN, AGAR SEMUA BAHAGIAN, CAWANGAN DAN ANGGOTA KERJA MELIHAT SEMULA PERANCANGAN KERJA TAHUNAN SEBELUM KITA MEMASUKI TAHUN BARU 2012.  BAGI KERJA-KERJA YANG DISUSUN PASTIKAN IA BENAR-BENAR TERLAKSANA MENGIKUT APA YANG DIRANCANG DAN MENCAPAI MATLAMAT SELARI DENGAN OBJEKTIF KRAFTANGAN MALAYSIA IAITU MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF NEGARA.

SEMUA SEDIA MAKLUM FUNGSI DAN PERANAN KRAFTANGAN MALAYSIA IAITU MEMAJU, MENGGIAT DAN MEMULIHKAN KEMAHIRAN SERTA KETUKANGAN TRADISIONAL MELALUI PENGGUNAAN CARA-CARA MODEN PENGELUARAN, PENGURUSAN DAN PEMASARAN BAGI MEMPERBAIKI KUALITI KELUARAN-KELUARAN KRAFTANGAN UNTUK PASARAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA.  FUNGSI DAN PERANAN INI TIDAK AKAN TERCAPAI TANPA ADANYA HALA TUJU DAN PANDUAN UNTUK KITA SEMUA BERGERAK MENUJU KE SATU ARAH.  OLEH YANG DEMIKIAN PADA 22 DAN 23 OKTOBER YANG LEPAS SATU SESI PERMUKIMAN TELAH DIADAKAN BAGI MENGGARISKAN HALA TUJU KRAFTANGAN MALAYSIA SECARA KOMPREHENSIF DARI TAHUN 2012 SEHINGGA TAHUN 2016.  ANTARA HALA TUJU KRAFTANGAN MALAYSIA IALAH UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN SEBANYAK 1 BILION RINGGIT PADA TAHUN 2016.  INSYA-ALLAH HALA TUJU INI DAPAT DISEBAR LUASKAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA SETELAH DINILAI DI PERINGKAT AKHIR KRAFTANGAN MALAYSIA.

 
PERMUKIMAN YANG DIADAKAN BARU-BARU INI TURUT DIRASMIKAN
OLEH YANG BERBAHAGIA DATO’ SOHAIMI SHAHADAN, PENGERUSI
KRAFTANGAN MALAYSIA DAN PADA UCAPAN TERSEBUT, BELIAU
MENYARANKAN AGAR WUJUDNYA TRANSFORMASI KRAF NEGARA KE
ARAH YANG LEBIH BAIK.  ANTARA SARANAN-SARANAN YANG
BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI IALAH BERFIKIRAN LUAR BIASA,
SUSUN SEMULA PROGRAM BARU DALAM BENTUK JANGKA PANJANG
DAN JANGKA PENDEK, PENAMBAHBAIKAN KEPADA PROGRAM SEDIA
ADA, MENGKAJI SEMULA POLISI, SYARAT DAN UNDANG-UNDANG
YANG TIDAK SESUAI SERTA ELAKKAN BUDAYA POLITIK DI
PEJABAT.  SARANAN-SARANAN INI AMATLAH BERGUNA KEPADA KITA
SEMUA DAN JADIKANLAH SEBAGAI SATU NASIHAT DALAM
MEMAJUKAN ORGANISASI.

RATA-RATA PENJAWAT AWAM KINI BOLEH TERSENYUM GEMBIRA SETELAH BELANJAWAN DIBENTANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 7 OKTOBER 2011 YANG LALU.  BAJET YANG BERTEMAKAN DASAR TRANFORMASI NASIONAL : BAJET MEMBELA RAKYAT MENSEJAHTERAKAN NEGARA, BANYAK PERKARA YANG DIUMUMKAN UNTUK KAKITANGAN AWAM IAITU :

§   STRUKTUR GAJI YANG LEBIH BAIK DENGAN KENAIKAN   GAJI 7 – 13 PERATUS
§   KENAIKAN GAJI TAHUNAN ANTARA RM80.00 – RM320.00 MENGIKUT GRED
§   BONUS SETENGAH BULAN GAJI ATAU MINIMUM RM500 DAN
§   UMUR PERSARAAN DINAIKKAN KEPADA 60 TAHUN

SESUNGGUHNYA, PEMBERIAN SEDEMIKIAN RUPA MENUNJUKKAN KERAJAAN AMAT PRIHATIN DAN MENGHARGAI PENJAWAT AWAM DALAM MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA.  OLEH YANG DEMIKIAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM SAYA AMAT BERHARAP SEMUA WARGA KERJA AKAN TERUS MEMPERTINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN BAGI MEMASTIKAN AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL MENJADI KENYATAAN.

DI SAMPING ITU PIHAK PENGURUSAN KRAFTANGAN MALAYSIA JUGA, AMAT PRIHATIN KEPADA KEBAJIKAN DAN KEPENTINGAN WARGA KERJA SEMUA.  OLEH YANG DEMIKIAN MENERUSI SARANAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MEWUJUDKAN KEMBALI KOPERASI KRAFTANGAN MALAYSIA.  KOPERASI INI YANG TERBUKA KEAHLIANNYA KEPADA SEMUA KAKITANGAN KRAFTANGAN MALAYSIA BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN KEPENTINGAN EKONOMI KEPADA AHLI KOPERASI BERLANDASKAN AKTA KOPERASI YANG TELAH DITETAPKAN. SAYA MERAKAMKAN UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA   ENCIK RAMLI MOHD NOR TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI YANG DILANTIK MENERAJUI LEMBAGA KOPERASI KRAFTANGAN MALAYSIA.  SAYA AMAT BERHARAP TADBIR URUS KOPERASI INI DAPAT DILAKSANAKAN SEBAIK MUNGKIN DENGAN PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMBERI PULANGAN KEPADA AHLI SEMUA.
 
 
SEBAGAI PENJAWAT AWAM YANG BERTANGGUNGJAWAB, KITA SEMUA PERLU BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH DAN BEKERJA DENGAN LEBIH RAJIN BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI.  SAYA MENYERU PERTINGKATKANLAH PRESTASI DARI SEMASA KE SEMASA DALAM MEMASTIKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF MENCAPAI MATLAMAT DAN BERDAYA SAING.
AKHIR KATA SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI DEEPAVALI KEPADA ENCIK RAVINDRAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

SEKIAN
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: