TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
MAJLIS CERIA BERSAMA KRAF
SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
TARIKH
29 OKTOBER 2011
(SABTU)
JAM
8.00 PAGI
YANG DIHORMATI SAUDARA PENGACARA MAJLIS
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,
RAKAN-RAKAN MEDIA
ANAK-ANAK YANG DIRAIKAN
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN
ASALAMUALAIKUM WBK DAN SALAM 1MALAYSIA
BERSYUKUR SAYA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN-NYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL DI PAGI YANG INDAH INI DI MAJLIS CERIA BERSAMA KRAF SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA YANG DISAMBUT PADA MANA-MANA HARI SABTU BULAN OKTOBER SETIAP TAHUN.
TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR PADA HARI INI. UCAPAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM CERIA BERSAMA KRAF.
TAHUN 2011 SELURUH NEGARA MERAIKAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA YANG KE-LIMA PULUH LAPAN (58). DI MALAYSIA PERAYAAN HARI KANAK-KANAK INI MULA DISAMBUT PADA 8 OKTOBER 1959 SEBAIK SAHAJA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU PBB MENGISYTIHARKAN HARI UNTUK PERSAUDARAAN SEJAGAT DAN KEFAHAMAN DI KALANGAN KANAK-KANAK SELURUH DUNIA. PERAYAAN YANG PENUH BERMAKNA DAN BERERTI INI MEMPUNYAI DUA OBJEKTIF UTAMA IAITU :
§ MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT TERHADAP SEGALA KEPERLUAN SERTA ISU
PENTING BERKAITAN DENGAN KANAK-KANAK, DAN
§ MEMBERI PENEKANAN TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT, KHUSUSNYA IBU BAPA TERHADAP
PENDIDIKAN KANAK-KANAK YANG SEMPURNA, SERTA - MENGADAKAN PROGRAM KEGIATAN
KREATIF SERTA HIBURAN.
ZAMAN KANAK-KANAK MERUPAKAN ZAMAN YANG INDAH BELAKA, ZAMAN KANAK-KANAK JUGALAH PROSES PEMBELAJARAN BERLAKU DAN ZAMAN KANAK-KANAK JUGALAH UNTUK KITA MEMBENTUK DAN MEMUPUK MEREKA MENJADI INSAN YANG SEMPURNA. BAK KATA PEPATAH MELETUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA. GOLONGAN KANAK-KANAK MERUPAKAN SEBAHAGIAN BESAR DARI MASYARAKAT KINI DAN BERTAMBAH DARI SETAHUN KE SETAHUN. SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT KHUSUSNYA IBU BAPA, WAJARLAH BAGI KITA MENCORAKKAN MASA DEPAN KANAK-KANAK SETERUSNYA MEWARNAI MASA DEPAN NEGARA.
BERTITIK TOLAK DARIPADA ITULAH MAKA HARI INI KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK KETINGGALAN MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK YANG DINAMAKAN CERIA BERSAMA KRAF. TUJUAN UTAMA PENGANJURAN AKTIVITI INI SUDAH PASTINYA MERAIKAN WARGA KANAK-KANAK DI SAMPING ITU, IA DAPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN DAN YANG PENTINGNYA SEBAGAI PENERAJU INDUSTRI KRAF, KAMI DI KRAFTANGAN MALAYSIA MENYIMPAN HASRAT JAUH DARIPADA ITU. MATLAMAT YANG DIHARAPKAN DARIPADA PENGANJURAN CERIA BERSAMA KRAF INI IALAH MENANAM MINAT DI KALANGAN KANAK-KANAK TERHADAP PRODUK KRAF TEMPATAN DAN HASILAN SENI KREATIF AGAR KANAK-KANAK INI BELAJAR MENGHARGAI KRAF SETERUSNYA DAPAT MEMUPUK MINAT YANG MENDALAM TERHADAP SENI INI APABILA MENJELANG DEWASA.
KONSEP YANG CUBA DITERAPKAN MELALUI PENGANJURAN PROGRAM INI IALAH AGAR-AGAR KANAK-KANAK YANG YANG BERUMUR 5 HINGGA 12 TAHUN DAPAT BERINTERAKSI MELALUI AKTIVITI DEMONSTRASI KRAF, INTERAKTIF KRAF, PERSEMBAHAN KESENIAN DAN SUKANEKA. KRAFTANGAN MALAYSIA MENGGUNAKAN TIGA PENDEKATAN IAITU PENDIDIKAN YANG MENEKANKAN KEPADA PEMBELAJARAN KRAF, RANGSANGAN KEPADA KANAK-KANAK SEBAGAI GALAKAN DAYA CIPTA DAN PENGHARGAAN TERHADAP SENI KRAF. GABUNGAN KETIGA-TIGA ELEMEN INI DIHARAP DAPAT MENYEMAI KECINTAAN AWAL KANAK-KANAK TERHADAP SENI KRAF TEMPATAN.
SAYA DIMAKLUMKAN PELBAGAI AKTIVITI DAN PERTANDINGAN DISUSUN UNTUK ANAK-ANAK SEKALIAN YANG KESEMUA AKTIVITI INI MENJURUS KEPADA PENDIDIKAN YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH. SAYA MENYERU BERTANDINGLAH SECARA SIHAT DENGAN PENUH KERJASAMA DAN SEMANGAT MUHIBAH.
AKHIR KATA, SEKALI LAGI SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR MEMERIAHKAN AKTIVITI CERIA BERSAMA KRAF SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2011.
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM DENGAN SUKACITANYA SAYA MERASMIKAN MAJLIS CERIA BERSAMA KRAF SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2011.
SEKIAN
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan