29 Mac 2013

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2013


TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

TARIKH
28 MAC 2013
(KHAMIS)

JAM
8.15 PAGI



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM


TERIMA KASIH SAUDARA PENGERUSI MAJLIS


YANG BERUSAHA

ENCIK RAML MOHD NOOR

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)


PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN





PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA


PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD


PENGURU KRAF HOLDING SDN. BHD.


DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA




ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH SALAM SEJAHTERA DAN  SALAM 1MALAYSIA

ALHAMDULILLAH, SAYA MELAFAZKAN SETINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, KRAFTANGAN MALAYSIA PADA PAGI INI.


TERLEBIH DAHULU SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG HADIR PADA PAGI INI UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN PERTAMA TAHUN 2013. MESKIPUN INI MERUPAKAN PERHIMPUNAN BULANAN EDISI PERTAMA BAGI TAHUN INI, SAYA PERCAYA SEGALA PERANCANGAN DAN USAHA KITA TETAP BERJALAN SEPERTI BIASA.

PADA PERHIMPUNAN DISEMBER 2012 LALU SAYA MENGAJAK SEMUA SUPAYA BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT UNTUK TAHUN 2013 BAGI MENCAPAI KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YANG DITETAPKAN KEPADA KRAFTANGAN MALAYSI IAITU UNTUK MENCAPAI JUALAN SEBANYAK RM400JUTA. JIKA TAHUN 2012 KRAFTANGAN MALAYSIA BERJAYA MENCAPAI SASARAN SEBANYAK RM341.8 JUTA IAITU MELEBIHI SASARAN SEBANYAK 13.9%/ DARIPADA SASARAN YANG DITETAPKAN RM300 JUTA, DAN TIDAK MUSTAHIL UNTUK TAHUN 2013 KITA MENGULANGI KEJAYAAN TAHUN LALU.



SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

SEPERTI MANA YANG KITA SEDIA MAKLUM HARI KRAF KEBANGSAAN 2013 BARU SAHAJA MELABUHKAN TIRAINYA PADA 11 MAC YANG LALU DENGAN SEMPURNA DAN JAYANYA. SAYA AMAT BERTERIMA KASIH  KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA/ YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN PELAKSANAAN HARI KRAF KEBANGSAAN. BERKAT USAHA, KERJASAMA DAN KOMITMEN SEMUA PERINGKAT ANGGOTA KERJA KITA BERJAYA MENCAPAI JUALAN SEBANYAK RM24.9 JUTA IAITU MELEBIHI JUALAN TAHUN 2012 IAITU RM23.7 JUTA MENINGKAT SEBANYAK RM1.2 JUTA IAITU 5.06%.

TAHNIAH KEPADA SEMUA. NAMUN BEGITU SAYA MENYERU AGAR KITA BERSAMA-SAMA DAPAT MEMPERBAIKI PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN UNTUK TAHUN 2014 DAN USAHA-USAHA TERSEBUT HENDAKLAH BERMULA DARI SEKARANG.

MAJLIS PERASMIAN HKK 2013 TELAH DIRASMIKAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH DAN SAYA AMAT BERSYUKUR MAJLIS TERSEBUT BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MENDAPAT PUJIAN DARI PIHAK ISTANA NEGARA. PADA MAJLIS TERSEBUT JUGA YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM, MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MENYARANKAN AGAR PENUMPUAN DIBERIKAN KEPADA PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) MEMANDANGKAN PROGRAM INI SANGAT PENTING BAGI KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK TERUS MENGGARAP TENAGA BELIA DAN MEWUJUDKAN AKTIVITI INI  BAGI SETIAP DAERAH DI MALAYSIA. OLEH YANG DEMIKIAN KEPADA YANG TERLIBAT SEGERA MENGAMBIL TINDAKAN  DENGAN MEMBERI FOKUS KE ATAS SARANAN YANG BERHORMAT MENTERI.

SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

SETELAH TAMATNYA HKK 2013 TANGGUNGJAWAB DAN USAHA-USAHA KITA SEMUA TIDAK SEHARUSNYA TERHENTI. BANYAK LAGI PROGRAM-PROGRAM DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRENCANAKAN UNTUK TAHUN INI YANG PERLU DILAKSANAKAN SEGERA. TAKWIM PROGRAM PROMOSI TAHUN 2013 TELAH PUN DIKELUARKAN DAN SUSULAN DARIPADA ITU BEBERAPA SIRI AKTIVIT PROMOSI SEDANG DILAKSANAKAN DI BEBERAPA BUAH PUSAT BELI-BELAH DI SEKITAR LEMBAH KELANG TERMASUK DI PERINGKAT NEGERI IAITU DI PULAU LANGKAWI SEMPENA LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND EORASPACE EXHIBITION (LIMA). SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AGAR PEKA KEPADA AKTIVITI-AKTIVITI INI DAN DAPAT MEMBANTU MENGUAR-UARKAN KEPADA KHALAYAK.


SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO’ SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK MENYANJUNG TINGGI SUMBANGAN BESAR YANG DIBERIKAN OLEH PENJAWAT AWAM DALAM MEMASTIKAN KEJAYAAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP). OLEH ITU YAB PM TELAH MENYERU AGAR SETIAP PENJAWAT AWAM DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK MENEPATI PEREDARAN DAN KEHENDAK SEMASA.


SETIAP PENJAWAT AWAM DIUKUR MELALUI NILAI DAN BUDAYA/, BUDI BAHASA SERTA MOTIVASI DALAM MENJALANKAN/ DAN MENYAMPAIKAN TUGAS SERTA MEMASTIKAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM/ MESTILAH DIPELIHARA. YAB PM TELAH MENYAMPAIKAN AMANAT INI/ SEMPENA MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM (MAPPA) YANG KETIGA BELAS PADA 11 MAC YANG LALU. OLEH YANG DEMIKIAN SAMA-SAMALAH KITA/ MENGAMBIL NASIHAT YANG DIBERIKAN OLEH YAB PM/TERUTAMA SEKALI BERDEPAN DENGAN CABARAN MASA KINI  YANG MENUNTUT KITA SEMUA BEKERJA DENGAN MENGUTAMAKAN PELANGGAN.


PERKARA INI SECARA LANGSUNG DAPAT DITERAPKAN DI KALANGAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG PERLU BERDISIPLIN DAN BERUBAH, BERTINDAK SEGERA SERTA MENGUTAMAKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN KRAF SEBAGAI PELANGGAN UTAMA KRAFTANGAN MALAYSIA.



SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

SEBAGAI WARGA PENJAWAT AWAM DAN MASYARAKAT YANG PRIHATIN KEPADA PERSEKITARAN SEHARUSNYA KITA BERSIMPATI DENGAN TRAGEDI YANG BERLAKU DI LAHAD DATU. SEBAGAI TANDA KEPRIHATINAN DAN MENGENANG JASA PAHLAWAN NEGARA YANG MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN, KESELAMATAN DAN KEUTUHAN NEGARA PAGI INI SAYA MELANCARKAN TABUNG DAULAT BAGI MEMBANTU MANGSA-MANGSA KEJADIAN PENCEROBOHAN DI LAHAT DATU DENGAN MENDERMA SEKADAR MAMPU BERMULA HARI INI SEHINGGA 4 APRIL 2013.

AKHIR UCAPAN KEPADA WARGA KRAF TANGAN SAYA SUKA MENYERU MARILAH KITA BERSAMA SAMA MEMPERTINGKATKAN USAHA/ DENGAN BERAZAM MEMPERTINGKATKAN MUTU KERJA. PERANCANGAN KERJA TAHUNAN YANG TELAH DITETAPKAN DILAKSANAKAN SEPENUHNYA. BERBEKALKAN PENGALAMAN-PENGALAMAN SEBAGAI SEORANG DEWASA, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMPERKUATKAN AZAM DAN MENGGEMBLENG TENAGA MENJALANKAN KEWAJIPAN KEPADA ORGANISASI DAN INDUSTRI. SAMA-SAMALAH KITA BERDOA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA AKAN KEJAYAAN INI.


SEKIAN, WASSALAMU`ALAIKUM W.B.T
TERIMA KASIH.


Tiada ulasan: