TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN – APRIL
TARIKH
30 APRIL 2013
(KHAMIS)
JAM
8.15 PAGI
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM
TERIMA KASIH SAUDARA PENGERUSI MAJLIS
YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR
TIMBALAN/ KETUA PENGARAH (OPERASI)
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD
PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD
DAN/ WARGA KRAFTANGAN SEMUA
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA
ALHAMDULILLAH, SAYA MELAFAZKAN SETINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, KRAFTANGAN MALAYSIAPADA PAGI INI.
DI KESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA YANG HADIR PADA PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2013 . PERHIMPUNAN BULANAN INI BUKANLAH SEKADAR UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN JADUAL TETAPI JUGA SEBAGAI MEDIUM UNTUK SAMA-SAMA KITA BERKONGSI ILMU, MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM SERTA MEDAN UNTUK SAYA MENYAMPAIKAN DASAR DAN BERKONGSI MAKLUMAT SERTA CAPAIAN KRAFTANGAN MALAYSIA.
SEBAGAI PERMULAAN, PADA SETIAP UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN, SAYA AKAN MEMBERI PENEKANAN KEPADA CAPAIAN KPI JUALAN KRAF YANG DITETAPKAN KEPADA KRAFTANGAN MALAYSIA. CAPAIAN KPI INI AMAT PENTING KEPADA ORGANISASI KITA DAN KEBERKESANANNYA TELAH PUN TERBUKTI MELALUI PENCAPAIAN TAHUN-TAHUN SEBELUM INI. FAEDAHNYA JUGA TELAH BANYAK KITA KECAPI DAN PULANGANNYA DAPAT DILIHAT TERUTAMANYA PENINGKATAN PRODUKTIVITI, HASIL KERJA DAN PENGANJURAN AKTIVITI-AKTIVITI DENGAN LEBIH BERKESAN.
SEPERTI MANA SAUDARA SAUDARI SEDIA MAKLUM KPI ATAU CAPAIAN YANG DISASARKAN HASIL JUALAN KRAF PADA TAHUN 2013 IALAH SEBANYAK RM350 JUTA. UNTUK MAKLUMAN SEHINGGA MAC 2013 PENCAPAIANNYA IALAH SEBANYAK RM116.0 JUTA. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENYERU KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA MELIPATGANDAKAN LAGI USAHA DENGAN LEBIH KUAT SUPAYA DI AKHIR TAHUN NANTI SASARAN RM350 JUTA DAPAT DICAPAI.
BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI JUALAN KRAF USAHA-USAHA PROMOSI SEDANG GIAT DIJALANKAN DI PUSAT-PUSAT BELI-BELAH DAN KINI SEDANG BERLANGSUNG PROMOSI DI GREAT EASTERN MALL, TROPICANA CITY MALL DAN TAIPING CENTRAL. DI PERINGKAT ANTARABANGSA PULA KRAFTANGAN MALAYSIA MENYERTAI PAMERAN PERDAGANGAN HONG KONG GIFT AND PREMIUM FAIR BERMULA PADA 27 APRIL DAN AKAN BERAKHIR PADA 30 APRIL 2013.
TIDAK BERAPA LAMA LAGI PROMOSI KERJA KAHWIN KALI KE-8 YANG AKAN BERMULA PADA 19 JUN HINGGA 1 JULAI INI. SAYA MENYERU AGAR SEMUA WARGA KERJA MELIBATKAN DIRI SEPENUHNYA MEMBANTU MENJAYAKAN SETIAP PROGRAM/ DAN AKTIVITI YANG DIANJURKAN. TAHUN 2013 PROMOSI KERJA KAHWIN MENYASARKAN JUALAN SEBANYAK RM12.0 JUTA IAITU PENINGKATAN SEBANYAK RM637,803.80 (5.61%) DARIPADA RM11.36 JUTA BAGI TAHUN 2012. PENGANJURAN AKTIVITI-AKTIVITI PROMOSI INI SETERUSNYA MENYUMBANG KEPADA CAPAIAN KPI 2013.
SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN
PERKARA KEDUA YANG HARUS DIBERI PENEKANAN IALAH SASARAN KERJA TAHUNAN YANG BERTUJUAN MENDAPATKAN GAMBARAN SEBENAR TAHAP PENCAPAIAN PRESTASI KERJA DAN INI MEMBOLEHKAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI DAPAT DILAKSANAKAN CEMERLANG. OLEH YANG DEMIKIAN/ MENJADI TANGGUNGJAWAB SETIAP ANGGOTA KERJA MENILAI SASARAN KERJA TAHUNAN DARI SEMASA KE SEMASA AGAR APA YANG DIRANCANG DILAKSANAKAN MENGIKUT KETETAPAN MASA.
SUSULAN DARIPADA ITU JUGA PIHAK PENGURUSAN KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)MENGELUARKAN ARAHAN KEPADA SEMUA AGENSI DI BAWAH KPKK AGAR MENYEMPURNAKAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN MELALUI SISTEM HRMIS SEBELUM 3 MEI 2013.
SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN
DALAM USAHA-USAHA MENJALANKAN TUGAS BAGI MEMASTIKAN SASARAN KPI DIREALISASI BERLANDASKAN KEPADA SASARAN KERJA TAHUNAN PERLU JUGA UNTUK ANGGOTA KERJA KITA BERGERAK SECARA DINAMIK/ TERUTAMANYA UNTUK MENJANA IDEA-IDEA BARU. BUDAYA KREATIVITI DAN INOVASI INI PERLU DITERAPKAN DI DALAM SETIAP PELAKSANAAN DAN PERANCANGAN PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN.
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN PEMUPUKAN BUDAYA INI DITERAPKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA DI PERINGKAT IBU PEJABAT DAN CAWANGAN-CAWANGAN KERANA DAPAT MEMBANTU ORGANISASI MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA SEPERTI REKAAN PRODUK, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN PASARAN DAN PROMOSI. PENYALURAN IDEA-IDEA BARU BOLEH DIBUAT MELALUI MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) DAN SETERUSNYA DISAMPAIKAN KE PERINGKAT PENGURUSAN.
BARU-BARU INI KPKK MENGADAKAN MAJLIS PERKHIDMATAN CEMERLANG BAGI MERAIKAN WARGA KERJA YANG MENUNJUKKAN NILAI-NILAI KECEMERLANGAN BAGI TAHUN 2012. SERAMAI 56 ANGGOTA KRAFTANGAN MALAYSIA MENERIMA ANUGERAH INI DAN 9 PENERIMA ANUGERAH PERINGKAT PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, 41 PENERIMA PERINGKAT SOKONGAN 1 DAN SERAMAI 6 PENERIMA PERINGKATSOKONGAN 2. SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN TINGKATKAN LAGI PRESTASI KERJA PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG.
SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN
SEBAGAI PENJAWAT AWAM KITA TIDAK DAPAT LARI DARI HAKIKAT BAHAWA NEGARA AKAN MELAKSANAKAN PROSES PEMILIHAN PEMIMPIN BARU MELALUI PROSES PILIHAN RAYA YANG AKAN DIADAKAN SERENTAK PADA 5 MEI INI. HARAPAN SAYA JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK DAN PADA MASA YANG SAMA MENJAGA IMEJ SEBAGAI PENJAWAT AWAM DAN MENJAGA NAMA BAIK ORGANISASI.DENGAN INI SAYA AKHIRI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH/ DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.
SEKIAN. WASSALAMU`ALAIKUM W. K. T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan