TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
PERHIMPUNAN BULANAN
DI PANGGUNG SARI
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
TARIKH
26 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)
JAM
8.00 PAGI
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM
TERIMA KASIH SAUDARA
PENGERUSI MAJLIS,
YANG BERUSAHA
TUAN HAJI RAMLI
MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA
PENGARAH (OPERASI)
TUAN HAJI SHAHRUDIN
MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA
PENGARAH (PEMBANGUNAN),
PENGARAH-PENGARAH
BAHAGIAN,
PENGARAH INSTITUT
KRAF NEGARA
PENGURUS BESAR
KARYANEKA SDN. BHD,
DAN WARGA
KRAFTANGAN SEMUA
ASSALAMU’ALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA
SYUKUR
ALHAMDULILLAH, SAYA MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHUWATA’ALA YANG MEMPERTEMUKAN KITA PADA PAGI INI UNTUK
PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2013. PERHIMPUNAN KALI
INI SEKALI GUS BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN YANG DISAMBUT PADA
31 OGOS YANG LALU DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2013. TIDAK TERLEWAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT
MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI KE 56 DAN SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 50.
SEPERTI LAZIMNYA
SEBAGAI PEMBUKA AMANAT PERHIMPUNAN BULANAN SAYA AKAN MENEKANKAN KEPADA
PENCAPAIAN KPI KRAFTANGAN MALAYSIA. INI
MEMBUKTIKAN BAHAWA BETAPA PENTINGNYA KPI INI YANG MERUPAKAN PENGUKURAN
PENCAPAIAN SEBENAR ORGANISASI KEPADA
PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA DAN JUGA INDUSTRI KRAF. SEHINGGA BULAN OGOS 2013 KPI JUALAN KRAF YANG
DICAPAI IALAH SEBANYAK RM293.5 JUTA MELEPASI SASARAN BULANAN YANG DITETAPKAN. OLEH ITU KITA
MEMERLUKAN SEJUMLAH RM114.5 JUTA BAGI MENCAPAI SASARAN YANG DITETAPKAN IAITU
RM408 JUTA UNTUK TAHUN 2013.
SAMADA SASARAN KPI,
PENCAPAIAN KPI ATAU PENETAPAN SASARAN TAHUNAN INI SEMUA AMATLAH PENTING UNTUK SEMUA
ANGGOTA KERJA MENGETAHUINYA AGAR APA
SAHAJA PROGRAM DAN AKTIVITI BERPAKSI KEPADA TUJUAN UTAMA KRAFTANGAN MALAYSIA
IAITU MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF. SETERUSNYA, APAKAH YANG PATUT KITA SUMBANGKAN
UNTUK KEMAJUAN INDUSTRI INI SEBAGAI MENGHADAPI TAHUN 2014 BAGI MENCAPAI
ANGKA JUALAN RM500 JUTA.
JIKA DILIHAT HALA
TUJU KRAFTANGAN MALAYSIA SEHINGGA TAHUN 2016 IALAH UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN
KRAF SEBANYAK RM1.0 BILLION, NAMUN JAUH DARIPADA ITU KITA PERLU MELIHAT
KRAFTANGAN MALAYSIA SEBAGAI AGENSI YANG MASIH RELEVAN MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN
EKONOMI NEGARA DAN MEMBANTU PENINGKATAN PENDAPATAN PARA USAHAWAN KRAF.
PENCAPAIAN KPI INI
SUDAH TENTUNYA SEBAHAGIAN BESAR DISUMBANGKAN OLEH AKTIVITI-AKTIVITI PROMOSI
JUALAN YANG DILAKSANAKAN SETIAP MASA. UNTUK MAKLUMAN SEMUA PADA 27 SEPTEMBER
SEHINGGA 6 OKTOBER AKAN BERMULALAH PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN. PROMOSI BERTEMA INI KHUSUS DIADAKAN BAGI
MEMPROMOSIKAN PRODUK-PRODUK KRAF HASIL RIMBA DAN KRAF LAIN UNTUK DIKETENGAHKAN
SEBAGAI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN.
PROMOSI INI
MENYASARKAN JUALAN SEBANYAK RM2.5 JUTA DAN DISERTAI SERAMAI 250 USAHAWAN KRAF. SUDAH TENTUNYA PERSIAPAN RANCAK DIJALANKAN
DAN SAYA MENYERU AGAR SEMUA ANGGOTA KERJA MEMBERI KERJASAMA DAN MENYOKONG
PROMOSI INI SETERUSNYA AKAN TERCAPAI SASARAN YANG DITETAPKAN. SUDAH TIBA
MASANYA KITA PERLU MENGUBAH PENDEKATAN PENGANJURAN YANG BERBEZA BAGI
MENAMPAKKAN KELAINAN DI SAMPING MEMPERBANYAKKAN SASARAN PENGUNJUNG YANG
BERBEZA.
MAJLIS PERASMIAN
PROMOSI KALI INI AKAN DIRASMIKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO’ SERI NAZRI TAN SRI
AZIZ MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN DI KHEMAH LAMAN PLAZA PADA 30 SEPTEMBER
2013. SAMA-SAMALAH KITA BEKERJASAMA MEMBUAT PERSIAPAN RAPI AGAR MAJLIS PERASMIAN
INI MENJADI CONTOH SEBAGAI PENGANJURAN YANG BERPRESTIJ.
BARU-BARU INI YANG
AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MENYENTUH PENTINGNYA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
YANG MERUPAKAN AKTIVITI EKONOMI TERPENTING BAGI MENJANA PENDAPATAN DAN
KEKAYAAN. WALAU BAGAIMANAPUN PENGLIBATAN
USAHAWAN BUMIPUTERA INI DI LIHAT MASIH RENDAH ATAS SEBAB BEBERAPA KEKANGAN.
YANG AMAT BERHORMAT
PERDANA MENTERI BERUCAP PADA MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA PADA 14
SEPTEMBER 2013 YANG LALU. PETIKAN UCAPAN
YAB INI AMAT PENTING YANG SECARA
KESELURUHANNYA MENYENTUH ASPEK
KEUSAHAWANAN YANG MENJADI TUNGGAK KEPADA PROGRAM KRAFTANGAN MALAYSIA.
SAYA MELIHAT SECARA
TOTAL DAN POSITIF HASRAT KERAJAAN UNTUK MEMPERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA YANG
MEMPUNYAI HUBUNG KAIT SECARA LANGSUNG DENGAN USAHAWAN-USAHAWAN KRAF YANG
MAJORITINYA ADALAH BUMIPUTERA.
JUSTERU, PENTINGNYA
SEBAGAI ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM BIDANG INI SUPAYA KITA BERSAMA-SAMA
MENDEKATKAN DIRI DENGAN USAHAWAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT, PERMASALAHAN DAN
MENYELESAIKAN POKOK UTAMA ISU USAHAWAN.
OLEH YANG DEMIKIAN PERLULAH USAHA-USAHA PENDEKATAN BARU DIADAKAN
TERUTAMANYA PROGRAM PEMANTAPAN USAHAWAN.
KENAIKAN HARGA
MINYAK RON 95 BARU-BARU INI SEBANYAK 20 SEN DARI RM1.90 KEPADA RM2.10 SERBA
SEDIKIT MEMBERI KESAN KEPADA PENGGUNA DAN SECARA TIDAK LANGSUNG KEPADA SETIAP
AGENSI-AGENSI KERAJAAN TERUTAMANYA PENGGUNAAN KERETA RASMI JABATAN.
SELARI DENGAN INI
SAYA MENYERU KEPADA SEMUA MENGGUNAKAN KENDERAAN PEJABAT SECARA BERHEMAH DAN
BERJIMAT CERMAT. BEGITU JUGA DENGAN
PENGGUNAAN KERTAS, ALAT TULIS DAN SEBAGAINYA DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN RASMI
PEJABAT SAHAJA. INI MEMANDANGKAN BELANJA
MENGURUS SETIAP TAHUN ADALAH AMAT TINGGI.
DALAM MENGHARUNGI
CABARAN DALAM TAHUN 2013 YANG HANYA BERBAKI 3 BULAN SAHAJA LAGI, KITA
SEMEMANGNYA TIADA PILIHAN LAIN IAITU MEMBERIKAN KUALITI PERKHIDMATAN YANG
TERBAIK. SELAKU AGENSI PENERAJU INDUSTRI
KRAF NEGARA, KITA SEHARUSNYA BERTINDAK SEBAGAI PAKAR RUJUK TERUTAMANYA YANG
MELIBATKAN REKAAN-REKAAN TERKINI DAN MENEPATI CITA RASA PENGGUNA KINI.
AKHIR KATA, RIBUAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN AKTIVITI-AKTIVITI
KRAFTANGAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA YANG HARMONI DAN BERSATU PADU.
SEKIAN
SAHAJA,
WABILLAHITAFIK
WAL HIDAYAH. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA
KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan