BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM
TERIMA KASIH SAUDARA
PENGERUSI MAJLIS,
YANG BERUSAHA
TUAN HAJI RAMLI
MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA
PENGARAH (OPERASI)
PENGARAH-PENGARAH
BAHAGIAN,
PENGARAH INSTITUT
KRAF NEGARA,
DAN WARGA
KRAFTANGAN SEMUA
ASSALAMU’ALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA
TERLEBIH DAHULU,
SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYUKUR KE HADRAT
ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA SEKALI LAGI BERSAMA-SAMA DI PANGGUNG SARI INI BERSEMPENA DENGAN PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN OKTOBER 2013.
DALAM TEMPOH TIGA (3) BULAN YANG LALU IAITU DARI BULAN OGOS HINGGA KINI (OKTOBER) BANYAK PERKARA-PERKARA YANG SAYA PERLU DI KONGSI BERSAMA TUAN-TUAN
DAN PUAN-PUAN WARGA KRAFTANGAN SEKALIAN,
MEMANDANGKAN KITA TELAH MENGHAMPIRI PENGHUJUNG TAHUN 2013 . JUSTERU SAYA BERHARAP AGAR MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN INI DAPAT DIMANFAATKAN BERSAMA .
SEPERTI MANA SAYA
MAKLUMKAN TADI PADA OGOS YANG LALU KITA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN PROMOSI KRAF AIDILFITRI DAN SETERUSNYA DISUSULI DENGAN PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI
TAMAN . SELAIN DARIPADA PROMOSI-PROMOSI
BERTEMA INI TIDAK DILUPAKAN JUGA PROMOSI KRAF MALAYSIA YANG DIANJURKAN DI PERINGKAT NEGERI YANG BANYAK MEMBERI SUMBANGAN KE ARAH PENDAPATAN USAHAWAN KRAF KESELURUHAN DI MALAYSIA.
DALAM TEMPOH TIGA
BULAN SAHAJA SEHINGGA OKTOBER 2013 SEBANYAK 14 PROMOSI KRAF MALAYSIA BERJAYA DIANJURKAN DI PUSAT BELI-BELAH PERINGKAT NEGERI . PROMOSI INI DILIHAT AMAT PENTING UNTUK MEMBANTU USAHAWAN-USAHAWAN
MEMASARKAN DAN MEMPROMOSI PRODUK KRAF DAN JUGA DAPAT MENJALIN HUBUNGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PUSAT BELI-BELAH DI SELURUH MALAYSIA . USAHA-USAHA INI PERLU DITERUSKAN MEMANDANGKAN
PROMOSI INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA LEBIH 300 USAHAWAN KRAF .
PROGRAM PROMOSI
YANG AKAN MENUTUP TIRAI 2013 IALAH PROMOSI
YANG BAKAL DIADAKAN DI PERKARANGAN PLAZA
ANGSANA, JOHOR BAHARU DAN JUGA FESTIVAL
KRAF LANGKAWI YANG AKAN DIADAKAN PADA BULAN
DISEMBER NANTI. KEDUA-DUA PROMOSI INI DIHARAP MENJADI PELENGKAP KEPADA SUMBANGAN PENCAPAIAN KPI KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2013 IAITU SEBANYAK 350 JUTA. OLEH YANG DEMIKIAN KEPADA YANG TERLIBAT SAYA MENYERU AGAR DAPAT MENGGEMBLENG TENAGA DAN MEMBANTU UNTUK MENJAYAKAN KEDUA-DUA PROMOSI INI DENGAN JAYANYA.
BARU-BARU INI IAITU PADA 20 OKTOBER 2013 TELAH DIADAKAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN INSTITUT TENUN PAHANG DIRAJA YANG DIRASMIKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG . KINI, INSTITUT TENUN PAHANG DIRAJA INI DIKENALI DENGAN INSTITUT TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM .
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PAHANG, INSTITUT KRAF NEGARA DAN JUGA SEMUA WARGA KRAF YANG MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN INSTITUT TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM.
BARU-BARU INI JUGA
PEKELILING PERTUKARAN DAN KENAIKAN PANGKAT TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA. PERTUKARAN INI MELIBATKAN SEBAHAGIAN BESAR
PENGURUSAN DI PERINGKAT NEGERI DAN SEBAHAGIANNYA DI PERINGKAT IBU PEJABAT. SUKA SAYA MEMAKLUMKAN BAHAWA PERTUKARAN INI
DILAKUKAN DEMI KEPENTINGAN ORGANISASI TERUTAMANYA BAGI MEMPERTINGKATKAN
PERKHIDMATAN KEPADA USAHAWAN-USAHAWAN DI PERINGKAT NEGERI YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM MENCAPAI KPI YANG TELAH DITETAPKAN.
SAYA JUGA MERAKAMKAN TAHNIAH KEPADA 11 ANGGOTA KERJA YANG BERJAYA DI DALAM
TEMU DUGA KENAIKAN PANGKAT DARI GRED 41 KE GRED 44 SERAMAI 6 ORANG DAN LIMA LAGI KENAIKAN GRED 44 KE GRED 48 . TAHNIAH SEKALI LAGI DAN SAYA MENYERU KEPADA YANG MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT INI DAPAT MENCURAH BAKTI DENGAN TEKUN DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH DEDIKASI SUPAYA KRAFTANGAN
MALAYSIA SENTIASA RELEVAN KEPADA USAHAWAN, INDUSTRI KRAF DAN KERAJAAN.
DI KESEMPATAN INI SEBAGAI
WARGA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN SAYA INGIN BERKONGSI MAKLUMAT
BERKAITAN PENINGKATAN JUMLAH PELANCONG KE
MALAYSIA IAITU SEBANYAK 15% ATAU 6.4 JUTA ORANG BAGI SUKU TAHUN PERTAMA BERBANDING 5.5 JUTA PENGUNJUNG BAGI TAHUN 2012 .
ANGKA PENGUNJUNG
INI SETERUSNYA MENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN SEKTOR PELANCONGAN SEBANYAK
16.7% IAITU RM14.9 BILLION . ANTARA
KEJAYAAN PENINGKATAN JUMLAH INI
DISUMBANGKAN OLEH USAHA-USAHA MEMPROMOSI MALAYSIA SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 .
ANGKA-ANGKA INI MERUPAKAN INDIKATOR KEPADA KITA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DAN
USAHAWAN-USAHAWAN AGAR MEREBUT PELUANG MEMASARKAN DAN MEMPROMOSI KRAF TEMPATAN, KERANA SAYA
MELIHAT KRAF DAN PELANCONGAN SANGAT BERKAIT RAPAT. OLEH YANG DEMIKIAN SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN
KEBUDAYAAN DI DALAM MENJAYAKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 .
BELANJAWAN YANG
DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI PADA 25 OKTOBER BARU-BARU INI JUGA MENYENTUH BEBERAPA INSENTIF GALAKAN DIPERKENALKAN UNTUK SEKTOR PELANCONGAN SERTA TABUNG KHAS INFRASTRUKTUR BERNILAI RM2 BILLION . INI MENUNJUKKAN KEPENTINGAN INDUSTRI INI TERHADAP SUMBANGAN KEPADA PENINGKATAN EKONOMI
NEGARA .
DALAM PEMBENTANGAN BAJET TERSEBUT, DIUMUMKAN JUGA BONUS SETENGAH BULAN GAJI DAN MINIMUM SEBANYAK RM500 DIBAYAR KEPADA KAKITANGAN AWAM PADA JANUARI
2014, DAN JUGA SEMAKAN TERHADAP 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH PIHAK JPA. INI ADALAH SEBAGAI UCAPAN TERIMA KASIH KERAJAAN TERHADAP
PERKHIDMATAN YANG DICURAHKAN OLEH WARGA PERKHIDMATAN AWAM. OLEH YANG
DEMIKIAN, SEBAGAI WARGA PERKHIDMATAN AWAM KITA PERLU BERSYUKUR DAN BERTERIMA
KASIH KEPADA KERAJAAN YANG MENITIKBERATKAN KEBAJIKAN WARGA PERKHIDMATAN AWAM .
SEBAGAI MENGAKHIRI UCAPAN SAYA PADA PAGI INI , SUKA SAYA MENGINGATKAN AGAR MELETAKKAN KEPENTINGAN MENJAGA NAMA BAIK ORGANISASI PALING UTAMA .
INI BAGI MEMASTIKAN AGAR IMEJ
ORGANISASI KITA SENTIASA TERJAGA DAN DIHORMATI . AKHIR KATA SAMA-SAMALAH KITA MENGGANDAKAN USAHA KE ARAH PENINGKATAN KUALITI KERJA SERTA BEKERJASAMA DI DALAM APA JUA AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SAMA ADA DI PERINGKAT IBU PEJABAT ATAUPUN PERINGKAT NEGERI .
SEKIAN,
WABILLAHITAFIK WAL HIDAYAH. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA
KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan