17 Sep 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA






Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia amnya dan kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia khususnya yang telah disambut pada 16 September 2014 (Selasa) bersamaan dengan 21 Zulkaedah 1435H. Semoga kita semua terus menghargai jasa-jasa perwira Malaysia yang telah bertungkus-lumus untuk membentuk Malaysia sehingga Malaysia kini aman dan damai walaupun hidup dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama. 

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan  Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. 

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia 


Tiada ulasan: