29 Apr 2011

SELAMAT HARI PEKERJA




Tema “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” dipilih sebagai penghormatan kepada warga pekerja seluruh Malaysia. Antara sikap yang harus diamalkan di dalam sesebuah organisasi adalah bersikap jujur dan amanah, sukakan hubungan yang harmoni dengan ketua atau dengan pekerja lain, hormat menghormati dan ada sikap tolak ansur, atau menggunakan budi bicara dalam perkara tertentu kerana ia mampu mewujudkan suasana yang kondusif di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang telah bersama-sama menggembling tenaga dan berkongsi idea dalam memajukan industri kraf negara.

Kepada warga kerja yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti ini, ingin saya ingatkan supaya berhati-hati ketika memandu. Berhenti rehat sekiranya penat. Semoga cuti umum ini juga dinikmati dengan sebaik mungkin dan pulang semula ke tempat kerja dengan semangat yang baru. InsyaAllah.

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

28 Apr 2011

PENUNDAAN PERHIMPUNAN BULANAN

Saya ingin memohon maaf kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia kerana perhimpunan bulanan yang dijadualkan pada pagi ini terpaksa di batalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

27 Apr 2011

NILAI-NILAI MURNI DAN KOD ETIKA

Pada 26 April 2011 yang lalu, satu mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) Kraftangan Malaysia telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa isu telah disentuh. Antara isu yang menarik perhatian saya adalah mengenai isu Nilai-Nilai Murni Dan Kod Etika yang telah dijalankan di Kraftangan Malaysia. Disini ingin saya berkongsi serba sedikit maklumat mengenai isu yang disentuh ini.

a) Ceramah Agama
- Dihadiri oleh 60 orang anggota kerja, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amir Adili bin Mohd Noorini ini telah menyentuh mengenai penambahbaikan serta memberi kefahaman dalam perlaksanaan tugas dan kebajikan dalam bulan Ramadhan.

b) Taklimat Pementoran
- Dihadiri oleh 22 orang anggota kerja, taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhammad Faeez bin Zakaria ini merupakan salah satu langkah awal untuk pengawalan masalah berkaitan tugas dan disiplin anggota kerja serta memberi pemahaman tentang konsep kerjasama dan berpasukan yang boleh diterapkan dalam organisasi.

c) Seminar “Kesihatan Mental Mendepani Cabaran Hidup Semasa”
- Seminar selama 2 hari yang diadakan di Institut Kefahaman Islam Malaysia dan dihadiri oleh seramai 10 orang anggota kerja ini diadakan bagi memberi semangat dan pendedahan kepada anggota kerja bagi menghadapi cabaran hidup dalam erti bekerja.

d) Ceramah Agama “Keberkatan Rezeki”
- Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulramli bin Mohamed Razali ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran didalam aspek keberkatan mencari rezeki serta rezeki-rezeki yang di berkati oleh Allah s.w.t dalam kehidupan telah dihadiri oleh seramai 60 orang anggota kerja.

e) Ceramah Agama “Riba dan Rasuah Perosak Iman”
- Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rohaily@Rahman bin Abd Hamid ini memberi penjelasan mengenai kesedaran tentang bahaya amalan riba dan rasuah yang semakin meluas dalam pekerjaan dan boleh merosakkan iman serta cara-cara bagi mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala ini. Ceramah ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang anggota kerja.

f) Ceramah Agama “Konsep Bersyukur Dan Terima Kasih”
- Ceramah ini dsampaikan oleh Ustaz Nor Azamir bin Alias diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan nilai etika dalam diri serta bersyukur dalam setiap pekerjaan dan tugas yang diberikan. Seramai 95 orang anggota kerja telah menghadiri ceramah ini.

g) Kursus Biro Tatanegara (BTN)
- Kursus ini diadakan 2 peringkat iaitu
i) Pada 11-15 November 2010 di Kem Bina Negara Kuala Sentul, Maran telah dihadiri oleh 72 orang anggota kerja Kumpulan Pengurusan Profesional dan Sokongan 1; dan

ii) Pada 2-6 Disember 2010 di temat yang sama dihadiri oleh 115 orang anggota kerja Gred 17 dan ke bawah

Kursus ini diadakan bagi memberi lebih pengetahuan dan kesedaran kepada anggota kerja agar lebih cintakan negara.

Saya berharap agar anggota kerja yang telah terplilih untuk menghadiri ceramah, taklimat serta kursus ini akan memperolehi banyak input yang boleh membantu dalam kehidupan seharian serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari bagi membantu organisasi.

18 Apr 2011

AL-FATIHAH


Saya dan Warga Kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan salam takziah di atas pemergian ibu tercinta Cik Sakirah Haji Halim kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
....Amin....

PENGAMBILAN PELAJAR INSTITUT KRAF NEGARA


Salah satu tugas Kraftangan Malaysia adalah untuk memastikan guna tenaga dalam industri kraf berkekalan dan berdaya saing disamping membekal pekerja mahir dan separa mahir. Sebagai menyahut kepada hasrat ini Institut Kraf Negara yang dipertanggungjawab melaksanakan kesinambungan sekali lagi membuka ruang kepada generasi muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk memohon melanjutkan pelajaran dalam Program Pengajian Seni Kraf. Kepada anak-anak usahawan kraf yang berkelayakan diberi keutamaan. Selamat memohon...


14 Apr 2011

PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN INTERNET

Trend terkini masyarakat menggunakan internet sebagai medium untuk mencapai maklumat serta berhubung. Penggunaan internet ini ternyata amat berkesan, mudah dan cepat dalam segala tindakan. Oleh yang demikian saya amat mengambil berat terhadap penggunaan internet terutamanya laman sosial secara berhemah. Laman sosial yang dikenalpasti popular masa kini adalah facebook dan twiter. Penggunaan laman sosial ini ke jalan kebaikan akan memberi faedah kepada semua pihak. Salah satu gejala yang perlu dielakkan adalah menggunakan laman sosial ini di waktu pejabat. Mungkin ada yang memandang ringan ke atas perkara ini. Sedar atau tidak penggunaan laman sosial ini di waktu pejabat akan menyebabkan pelanggan kita yang ingin melayari portal rasmi Kraftangan Malaysia menghadapi masalah lambat untuk mengakses maklumat. Penggunaan ini menjadikan talian masuk akses akan terganggu. Di samping itu masa yang diperuntukkan untuk berkerja tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan peribadi. MAMPU telah mengeluarkan garis panduan penggunaan laman sosial ini. Jadi, patuhi garis panduan yang ditetapkan.


(A) PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB MENGENDALIKAN LAMAN WEB MEDIA SOSIAL AGENSI (
(1) Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;

(2) Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan;

(3) Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam;

(4) Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan;

(5) Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi;

(6) Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih;

(7) Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial;

(8) Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial;

(9) Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian;

(10) Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna;

(11) Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video;

(12) Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan

(13) Menyediakan penyataan penafian ( disclaimer ) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial.


(B) PENGGUNA DI AGENSI

(14) Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat;

(15) Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;

(16) Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan;

(17) Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan

(18) Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu.

(C) PENTADBIR RANGKAIAN

(19) Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan

(20) Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi.






13 Apr 2011

INTERGRITI

Kepada semua warga kraf Integriti siri 3/2011 adalah berkaitan dengan Penyalahgunaan Kad-kad Touch n Go. Penyalahangunaan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Gunalah kemudahan ini dengan berhemah dan sejujurnya.

6 Apr 2011

TEKS UCAPAN FEBRUARI 2011

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA MARILAH KITA MEMANJAT KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT ATAS LIMPAH KURNIA DAN KEBERKATANNYA JUA KITA DAPAT BERHIMPUN PADA PAGI INI SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN FEBRUARI 2011.


PERHIMPUNAN KALI INI MERUPAKAN PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA KITA BAKAL MENYAMBUT HARI KRAF KEBANGSAAN KALI KE 9 PADA 23 FEBRUARI INI HINGGA 7 MAC 2011. SEBELUM MENERUSKAN UCAPAN, SAYA INGIN MEMBAWA


SAUDARA SAUDARI


SEKALIAN KEPADA KRAF SEBAGAI SEBUAH INDUSTRI. KRAFTANGAN MALAYSIA SENTIASA MEMBERI PENEKANAN TERHADAP USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SECARA KESELURUHANNYA DENGAN MEMANTAPKAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA. USAHA PEMANTAPAN INI MENJADI PEMANGKIN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA. SAYA PERCAYA INDUSTRI KRAF YANG JUGA MERUPAKAN SALAH SATU INDUSTRI BOLEH TERUS DIPERKUKUHKAN DAN DIYAKINI SERTA DAPAT MENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN NEGARA. SUSULAN DARI ITULAH TEMA HARI KRAF KEBANGSAAN TAHUN 2011 DI BENTUK. PEMILIHAN TEMA PADA TAHUN INI IAITU “KRAF MENJANA EKONOMI” BERTEPATAN DENGAN TRANSFORMASI EKONOMI YANG DISARAN OLEH PUCUK PIMPINAN NEGARA. SAYA MELIHAT HARI KRAF KEBANGSAAN YANG DISAMBUT SETIAP TAHUN MEMPUNYAI SIGNIFIKAN TERSENDIRI DENGAN OBJEKTIF YANG BEGITU FOKUS IAITU MENYEDIAKAN KEMUDAHAN LOGISTIK UNTUK USAHAWAN BERURUSNIAGA.


SAYA AMAT BERBANGGA PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN INI DIJADIKAN CONTOH OLEH JABATAN-JABATAN KERAJAAN LAIN. SAUDARA SAUDARI SEKALIAN HARI KRAF KEBANGSAAN TAHUN 2011 BAKAL MEMPERLIHATKAN BEBERAPA PEMBAHARUAN DARI SEGI PENGANJURAN AKTIVITI, SUSUN ATUR DAN KEPELBAGAIAN PRODUK BARU. PERKARA-PERKARA SEBEGINILAH YANG SENTIASA DINANTI OLEH ORANG RAMAI KEPADA PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN.


SAUDARA SAUDARI SEKALIAN


HARI KRAF KEBANGSAAN 2011 TELAH MEMASUKI EDISI KE 9, INI BERMAKNA KITA TELAH BERJAYA MENGANJURKANNYA DAN TELAH MEMATANGKAN KITA. BERMULA DENGAN HANYA 110 ORANG USAHAWAN YANG TERLIBAT PADA TAHUN 2003 KINI PENGLIBATAN USAHAWAN MENJANGKAU 500 ORANG USAHAWAN KRAF. BEGITU JUGALAH DENGAN PENCAPAIAN JUALAN PADA TAHUN 2003 KITA HANYA MAMPU MEMPEROLEHI JUALAN SEBANYAK RM0.32 JUTA DAN BAGI TAHUN 2011 KITA YAKIN DENGAN SASARAN YANG DITETAPKAN IAITU RM25 JUTA. KEJAYAAN KITA MENGANJURKAN HKK SETIAP TAHUN ADALAH BERKAT SUMBANGAN SEMUA ANGGOTA KERJA MENGGUNAKAN SEGALA KEKUATAN YANG ADA, BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH, IKLAS, BERTANGGUNGJAWAB, PRO AKTIF DAN SEMANGAT BEKERJASAMA YANG JITU. SIFAT-SIFAT INILAH YANG TELAH MEMBENTUK KEPADA PENGHASILAN KERJA YANG BERKUALITI.


SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN


SAYA INGIN BERPESAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA UNTUK TERUS MEMBERI SUMBANGAN DENGAN MENGEKALKAN SEMANGAT KERJASAMA, DISIPLIN YANG KUAT, SENSITIF KEPADA KEADAAN DAN KEJADIAN SERTA SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK ORGANISASI. SAYA JUGA MENYERU KEPADA SEMUA SUPAYA AGAR DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG SEMPURNA UNTUK MENJAMIN KEJAYAAN PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2011. KEJAYAAN KITA MENGANJURKAN HARI KRAF KEBANGSAAN INI BUKAN SAHAJA SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN MALAH DAPAT MEMPERLIHATKAN KRAFTANGAN MALAYSIA MASIH RELEVAN PADA MASA-MASA AKAN DATANG.


SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN


MAJLIS PERASMIAN HKK TAHUN INI AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YANG AMAT BERBAHAGIA PUAN SRI DATIN HAJAH NOORAINEE ABDUL RAHMAN, ISTERI TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA 24 FEBRUARI 2011 JAM 10.30 PAGI. SAYA PERCAYA PERSIAPAN RAPI TELAH DISUSUN UNTUK MENYAMBUT TETAMU KITA YANG AKAN HADIR NANTI. MAJLIS PERASMIAAN INI DILIHAT SEBAGAI ACARA KEMUNCAK YANG AKAN MENCAMBAHKAN TARIKAN PENGUNJUNG KE HKK 2011. OLEH ITU SAMA-SAMA LAH KITA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN INI.


SAUDARA SAUDARI SEKALIAN


SEKALI LAGI SAYA INGIN BERPESAN KEPADA SEMUA MARILAH KITA BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN SEMANGAT YANG HARMONI DEMI MENCAPAI KEJAYAAN PENGANJURAN HKK KE 9 SETERUSNYA MENEPATI SASARAN YANG DITETAPKAN. SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI, SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KRAF KEBANGSAAN KE 9



WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH.

INTEGRITI SIRI 3 /2011




SAYA INGIN MENYAMPAIKAN AMANAT INI KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA SUPAYA MENGGUNAKAN KAD TOUCH N GO DAN KAD INDEN MINYAK SECARA BERHEMAH, AMANAH DAN JUJUR.

4 Apr 2011

SEKALUNG AL-FATIHAH


AL- FATIHAH

Saya dan warga kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan takhziah di atas pemergian ayahanda kepada Encik Yusak Mahamud, Pengarah Bahagian Rekaan pada 3 April 2011.