10 Mei 2011

PERTANDINGAN MENULIS ESEI KRAF MALAYSIA

Mesyuarat JKP yang lalu telah bersetuju menganjurkan satu pertandingan menulis buat semua warga Kraftangan Malaysia. Pertandingan ini diberi tajuk “Kraf Malaysia” dimana setiap perserta yang berminat untuk mengambil bahagian di benarkan menulis apa sahaja yang mereka inginkan tetapi hasil penulisan itu haruslah berkaitan Kraf Malaysia. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah sebagai kempen Bahasa di organisasi kita.

Pengurusan juga telah bersetuju di mana bahan penulisan ini hendaklah tidak kurang 2000 patah perkataan dan tidak melebihi 4000 patah perkataan. Pertandingan ini akan dijalankan bermula pada bulan Julai atau Ogos 2011. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan sekitar bulan September.

Walaubagaimanapun Bahagian Khidmat Pengurusan sedang meneliti dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini. Sebarang penambahan maklumat akan saya war-warkan dari masa ke semasa.

Oleh itu saya berharap agar pertandingan ini akan menerima maklumbalas yang positif dari semua anggota kerja tidak kira sama ada yang berada di ibu pejabat atau cawangan.

9 Mei 2011

KEMPEN SENYUM SELALU

Pada Isnin, 09 Mei 2011 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Kempen Amalan Senyum Perbendaharaan. Memetik kata-kata beliau “Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit,”

Menurutnya, kempen selama dua bulan itu dengan slogan Senyum Selalu selaras dengan usaha kerajaan mempergiatkan kempen amalan senyum kepada penjawat awam terutama kepada petugas agensi barisan hadapan, sekali gus memantapkan budaya mesra dan berbudi bahasa. Beliau juga menyuarakan hasrat agar kempen ini tidak akan berakhir begitu sahaja selepas tamat tempoh berkempen dan haruslah terus dipraktikkan secara berterusan.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia agar sama-sama menyahut kempen ini. Kita harus ingat senyum amalan sedekah paling mudah dilaksanakan sebagaimana sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Bahagian Komunikasi Korporat akan mengemukakan perancangan terperinci tentang kempen ini pada minggu hadapan.

6 Mei 2011

TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN MEI 2011

TERIMA KASIH SAUDARA DAN SAUDARI PENGACARA MAJLIS

YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),

PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,

PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA,

PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,

PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.

DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA


ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SUBHANAWATA’ALA KERANA DENGAN LIMPAH RAHMATNYA DAPAT SEKALI LAGI KITA BERTEMU di PERHIMPUNAN BULANAN YANG MENGHIMPUNAN warga kerja kraftangan ibu pejabat, institut kraf negara, kraf holding dan karyaneka.

1. untuk memulakan ucapan pagi ini izinkan saya memulakan dengan ungkapan syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus lumus menjayakan hari kraf kebangsaan kali ke sembilan yang lalu YANG TELAH MENJANA PENDAPATAN SEJUMLAH RM19 JUTA saya amat berterima kasih kerana warga kerja semua menunjukkan kesungguhan dalam menghadapi cabaran sepanjang penganjuran hari kraf kebangsaan dan berharap semangat sebegini dapat dikekalkan untuk penganjuran aktiviti-KATIVITI KRAFTANGAN yang akan datang.
2. sepertimana saudara saudari sedia maklum 26 hari bulan mei hingga 6 jun akan datang sekali lagi kraftangan malaysia akan menganjurkan promosi kerja kahwin yang akan berlangsung selama 12 hari. TAHUN 2010 PENGANJURAN PROMOSI KERJA KAHWIN TELAH MENJANA PENDAPATAN SEJUMLAH RM4.73 JUTA DENGAN PENYERTAAN SERAMAI 227 ORANG USAHAWAN DAN BAGI TAHUN 2011 SASARAN JUALAN ADALAH SEBANYAK RM5.5 JUTA DENGAN PENYERTAAN SERAMAI 250 ORANG USAHAWAN. pihak pengurusan kraftangan malaysia telah pun membentuk jawatan kuasa pelaksanaan aktiviti dan persiapan awal telah pun disusun. bagi memastikan penganjuran promosi kerja kahwin kali keenam ini berjalan lancar diharap semua jawatan kuasa yang dibentuk memulakan perancangan dan membuat persiapan bermula dari sekarang.

3. kali keenam penganjuran PROMOSI KERJA KAHWIN, cukup mematangkan kita semua tentang selok belok penganjuran dan harapan saya agar penganjuran tahun ini menampakkan pembaharuan yang dapat menarik pengunjung ke kompleks kraf seterusnya menjana pendapatan kepada usahawan-usahawan yang menyertai promosi kerja kahwin kali ini serta menepati sasaran jualan yang telah ditetapkan.

4. SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN majlis sidang media akan diadakan PADA 28 MEI 2011 YANG AKAN DIHADIRI OLEH YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM, MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA.

saudara saudari sekelian

5. kini perjalanan kita sebagai penjawat awam semakin jauh dan semakin diberi perhatian oleh masyarakat luar dewasa ini dan lebih bersifat pendesak terhadap keperluan mereka. justeru, segala perancangan pembangunan industri kraf haruslah lebih responsif dan lebih prihatin terhadap aspirasi dan keperluan rakyat. pada 22 mac yang lalu berlangsungnya majlis perdana perkhidmatan awam kedua belas (mappa ke 12) di pusat konvensyen antarabangsa putrajaya (picc). pada majlis tersebut yang amat berhormat dato’ sri najib tun razak, perdana menteri malaysia telah menggesa semua jabatan kerajaan menguruskan sumber kewangan kerajaan secara optima terutamanya dalam memberi bantuan subsidi. bantuan-bantuan yang diberikan tidak seharusnya bersifat pukal malah lebih menjurus kepada kumpulan sasar yang benar-benar memberi manfaat kepada yang memerlukan. amanat ini perlulah diambil berat oleh kita semua untuk mengkaji semula program-program yang berbentuk subsidi agar bantuan yang diberikan kepada usahawan kraf menepati keperluan setiap usahawan.

6. pada majlis tersebut juga, yang amat berhormat perdana menteri berbangga dengan perkhidmatan awam malaysia yang diakui sebagai antara yang terbaik di dunia. pencapaian ini merupakan hasil perubahan-perubahan dinamik yang dilakukan untuk memastikan perkhidmatan lebih relevan dan berperanan penting dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat awam.

saudari saudari sekelian,

7. bagi mewujudkan jentera perkhidmatan awam yang cekap dan efisyen, kreatif dan inovatif serta mempunyai integriti yang tinggi maka saya berpesan kepada semua warga kerja agar dapat menjaga tatasusila dan nama baik organisasi dengan mengamalkan setiap prosedur dan peraturan yang ditetapkan terutamanya penyalahgunaan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada kita semua untuk menjalankan tugas TERUTAMANYA kemudahan internet yang disediakan kepada semua jangan disalahgunakan. baru-baru ini unit tadbiran dan perancangan pengurusan malaysia (mampu) mengeluarkan hasil kajian seramai 2 juta penjawat awam melayari laman sosial facebook DAN TWITER semasa waktu bekerja. fenomena ini saya anggap sebagai satu gejala negatif yang menjejaskan produktiviti organisasi. oleh yang demikian saya menggesa KEPADA SEMUA AGAR MENGAMBIL SERIOUS TERHADAP PERKARA INI.

saudara saudari sekelian

8. kita TELAH memasuki bulan mei 2011, DAN PADA 1 MEI 2011 YANG LALU KITA TELAH MERAIKAN HARI PEKERJA, hari yang diiktiraf sebagai hari pekerja bagi seluruh dunia. sambutan hari pekerja mula diiktiraf oleh kerajaan malaysia pada tahun 1973 sebagai usaha mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja dengan itu kerajaan mengistiharkan 1 mei setiap tahun sebagai Hari Kelepasan Am. tema hari perkerja tahun ini ialah “pekerja merealisasi, tranformasi negara”. sama-samalah kita menghayati konsep sambutan hari pekerja ini.

saudara saudari sekelian

9. adalah menjadi harapan saya, agar warga kerja kraftangan malaysia sama-sama menyahut seruan kerajaan bersedia menyahut cabaran dan bersedia untuk membuat perubahan dengan menerapkan amalan-amalan mulia, emosi yang ceria, perancangan yang tersusun, proaktif dan menjauhi perkara-perkara negatif ke arah membentuk warga kerja mempunyai minda kelas pertama dan seterusnya meningkatkan kualiti kerja yang profesional berinovasi dan kreatif selaras dengan slogan kraftangan malaysia kreativiti dan kualiti adalah nilai kami.

10. sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin menyeru semua warga kerja kraftangan malaysia sentiasa bekerja bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan dan objebtif industri kraf negara tercapai.

SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

Wassalamu`alaikum WarahmatullahI Wabarakatuh.
Terima kasih.