24 Jul 2013

TAHNIAH KEPADA YBHG TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KPPA MALAYSIA


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ybhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di atas pengurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV pada 1 Jun 2013 yang lalu.

Tahniah dan syabas diucapkan... 

23 Jul 2013

SALAM NUZUL AL-QURAN 1434H



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Nuzul Al-Quran 1434H kepada seluruh umat Islam yang jatuh pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H. Bersama-samalah kita menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini. InsyaAllah...

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013




PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA DI BAWAH KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA AKAN MENGADAKAN PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013 PADA 24 JULAI HINGGA 3 OGOS 2013 DARI JAM 10.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR. TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEMPENA PROMOSI INI SEPERTI JUALAN PRODUK KRAF, PAMERAN KRAF, DEMONSTRASI KRAF DAN PELBAGAI LAGI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA. SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROMOSI INI. 


12 Jul 2013

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM DALAM MEMELIHARA INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL DI INTERNET







Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), melalui surat JPA.BK(S)223/8/2-3 Jld.4 (56) bertarikh 7 Jun 2013 telah mengingatkan pegawai awam supaya memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Hal ini kerana Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerima banyak maklum balas dan aduan mengenai penglibatan pegawai awam yang memberi pandangan negatif terhadap dasar Kerajaan dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Blog, WhatsApp dan pelbagai medium interaksi lain di internet. Peraturan-peraturan yang berkaitan juga turut dinyatakan dalam Surat KPPA yang di lampirkan.Peraturan-peraturan berkenaan adalah bertujuan mempertahankan prinsip neutrality dan impartiality dalam perkhidmatan awam. 

Oleh yang demikian, semua anggota kerja Kraftangan Malaysia hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa bias kepada mana-mana pihak. Sebarang komen/pernyataan/isu yang menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej dan dasar Kerajaan, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah atau cuba memprovokasikan sesuatu isu yang menyalahi peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyentuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni dan hendaklah dielakkan. 

8 Jul 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia dan seluruh umat Islam yang akan bermula pada 10 Julai 2013 (Rabu) bersamaan 1 Ramadhan 1434H. Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri.

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."



TAHNIAH TAN SRI DR RAIS YATIM


Saya bagi pihak Pengurusan dan semua warga kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim atas pelantikan sebagai Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan yang bertaraf menteri berkuatkuasa pada 1 Julai 2013 (Isnin) yang lalu. Selamat maju jaya Tan Sri...

"Tan Sri Dr Rais Yatim berikrar akan melaksanakan tugas barunya sebagai Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan yang bertaraf menteri dengan sebaik mungkin." - Sumber Berita Harian Sabtu 6 Julai 2013.

4 Jul 2013

TAN SRI DR. RAIS YATIM PRESIDEN UIAM


Tahniah dan syabas diucapkan kepada bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim kerana telah dilantik sebagai Presiden Keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa 2 Jun. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan, 1 Jun lalu. Saya bagi pihak Pengurusan dan warga kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Tan Sri Dr Rais Yatim atas pelantikan ini. Selamat Maju Jaya kepada Tan Sri....

MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KERJA KAHWIN 2013


Saya bagi pihak semua warga kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz kerana telah menyempurnakan Majlis Sidang Media Promosi Kerja Kahwin 2013 pada 24 Jun 2013 (Isnin) yang lalu. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis serta promosi tersebut. Terima kasih semua!