28 Sep 2012

PROMOSI DI EAST COAST MALL, KUANTAN





Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan menganjurkan Promosi Di Pusat Membeli Belah 2012 di East Coast Mall, Kuantan pada 2 hingga 7 Oktober 2012 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Seramai 50 orang usahawan dari bidang kraf tekstil, hasil rimba, aneka kraf dan logam akan menyertai promosi ini. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi promosi ini.

27 Sep 2012

PROMOSI DI PUSAT BELI-BELAH


Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan menganjurkan Promosi Di Pusat Membeli Belah 2012 di Mesra Mall, Kemaman Terengganu pada 27 September hingga 1 Oktober 2012 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Seramai 22 orang usahawan dari bidang kraf tekstil, hasil rimba, aneka kraf dan logam akan menyertai promosi ini. Semua dijemput hadir untuk membeli-belah barangan kraf tempatan dan memeriahkan lagi majlis ini.

PROMOSI DI PUSAT BELI-BELAH


Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Di Pusat Membeli Belah 2012 di Jitra Mall, Jitra, Kedah pada 27 September hingga 1 Oktober 2012 jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Seramai 18 orang usahawan dari bidang kraf tekstil, hasil rimba, aneka kraf dan logam akan menyertai promosi ini. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi promosi ini.

PROMOSI DI PUSAT BELI-BELAH


   Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Di Pusat Membeli Belah 2012 di Pusat Membeli Belah 1Borneo Hypermall pada 27 September hingga 7 Oktober 2012 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Seramai 54 orang usahawan dari bidang kraf tekstil, hasil rimba, aneka kraf dan logam akan menyertai promosi ini. Semua dijemput hadir untuk membeli barangan kraf tempatan dan memeriahkan lagi promosi ini.

25 Sep 2012

BAJET 2013


Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut : 

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat) 
Masa   : 4.00 petang 
Tempat : Parlimen Malaysia 


SIARAN LANGSUNG : RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA 


Selain dari itu Bajet 2013 juga boleh diakses melalui: 
• Mobile Web – http:// www.treasury.gov.my /bajetmobile 

• Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my 


Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti 
berikut: 
• Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my 
• Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my 
• Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my 
• Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my 



Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013 juga 
boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013. 

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA ANGGOTA KERJA PELANTIKAN BARU BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER 2012



SAYA BAGI PIHAK SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA ANGGOTA KERJA BARU LANTIKAN BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER 2012.


SAYA BAGI PIHAK WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-49 PADA 16 SEPTEMBER 2012 YANG LALU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.