31 Dis 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015





Selamat tinggal tahun 2014 dan selamat datang tahun 2015.

Semoga tahun 2015 ini bakal menyaksikan lebih banyak kemajuan dan peningkatan dalam memartabatkan industri kraf tempatan. Sokongan padu dan kerjasama dari semua anggota kerja amat diperlukan bagi mamantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan Kraftangan Malaysia.

Semoga dengan kedatangan tahun 2015 ini, kita semua sentiasa mendapat lebih keberkatan dan dilimpahi rezeki serta kesihatan yang baik dari Allah SWT serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini, Insyaa Allah..Amin...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta semua warga Malaysia dan khususnya kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia.

Semoga semua azam tahun 2015 kita semua akan tercapai dengan jayanya..Amin...


TAKZIAH KEPADA ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA

Keadaan banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia masih belum pulih sepenuhnya. Saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan antara mangsa banjir yang  terlibat adalah beberapa orang anggota kerja Kraftangan Malaysia sendiri. Semoga anda semua tabah mengharungi musibah ini. Kami semua mendoakan keadaan banjir segera surut dan kembali pulih seperti sediakala. Amin...Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh anggota kerja Kraftangan Malaysia yang menjadi mangsa banjir...






Semalam 30 Disember 2014 (Selasa), kita pula dikejutkan dengan perkhabaran Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Encik Rosman bin Manan telah terlibat dengan kemalangan motosikal di Bandar Kajang. Beliau mengalami patah tulang rusuk dan sedikit kecederaan dan luka dan kini masih ditempatkan di Hospital Kajang untuk menerima lawatan lanjut. Semoga beliau dan keluarga tabah dengan kejadian ini dan kami mendoakan agar beliau segera sembuh seperti sediakala. Amin...






AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA PENUMPANG DAN ANAK KAPAL QZ8051





Saat beberapa negeri di Malaysia masih lagi bersedih dengan musibah banjir yang berlaku, tanggal 28 Disember 2014 yang lalu berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pula menyentuh perasaan kita dan seluruh dunia. Beberapa mayat telah dijumpai dalam misi mencari dan menyelamat QZ8501 dan operasi mengesan mangsa dan bangkai pesawat masih giat dijalankan. Semoga kesemua mangsa penumpang dan anak kapal QZ8501 dapat ditemui dan merungkai segala kemungkinan yang menyebabkan berlaku nahas tersebut. Salam takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal QZ8501. Semoga anda semua tabah mengharungi dugaan yang amat berat ini. Al-Fartihah....




#prayforpantaitimur
#prayformangsabanjir
#prayforMH370
#mengenangMH17
#prayforQZ8501
#Alfatihah



26 Dis 2014

SALAM TAKZIAH KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir yang sedang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Semoga anda semua tabah mengharungi ujian ini dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Yang penting, kesihatan dan keselamatan diri, anak-anak dan keluarga mestilah dijaga dan dipelihara agar dihindari segala musibah. Kepada seluruh rakyat Malaysia diminta sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan kehilangan nyawa semasa banjir melanda. Pastikan dokumen penting diletakkan di tempat yang selamat. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan semua mangsa banjir dan moga musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di negara ini segera surut...Amin..

#prayformangsabanjir
#tabahkanhatimangsabanjir



MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF JOHOR 2014


Pada 18 Disember 2014 (Khamis) yang lalu telah diadakan Majlis Perasmian Festival Kraf Johor 2014 di Padang A, Plaza Angsana Johor Bharu Mall, Johor. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana telah menyempurnakan majlis ini. Terima kasih juga kepada YB Datuk Mohamed Aziz, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Ybhg. Datuk Dr. Ong Hong Peng, KSU Motac, Ybhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, KSU (Kebudayaan) MOTAC, tetamu kehormat serta rakan media yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Festival Kraf Johor 2014 ini sedang berlangsung yang bermula pada 18 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi festival ini...

..."Perancangan kerja yang teratur serta dilakukan secara berterusan pasti membuahkan kejayaan. Saya berasa bangga dengan kesungguhan dan kejayaan yang dicapai oleh Kraftangan Malaysia dalam membantu meningkatkan industri kraf negara.  Walaupun terdapat pelbagai cabaran seperti lambakan produk dari negara luar seperti kemasukan produk songket dari India dan Pakistan, batik dari China,dan produk-produk lain telah mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.  Namun survival yang dilakukan oleh Kraftangan Malaysia bagi memastikan industri kraf tempatan tidak kecundang memberi impak yang positif." - petikan ucapan YB Menteri. 












   






PELANCARAN PORTAL DAN SIDANG MEDIA FESTIVAL KRAF JOHOR 2014




JOHOR BAHRU, 16 DISEMBER 2014 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Pelancaran Portal dan Sidang Media sempena Festival Kraf Johor 2014 oleh Puan Rugayah binti Mohd Salleh, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Hadir sama ialah Encik Abdul Manan bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia.

Sidang Media ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak media mengenai satu portal khas yang diwujudkan oleh Kraftangan Malaysia bagi memberikan informasi kepada masyarakat umum mengenai Festival Kraf Johor 2014.

Festival Kraf Johor 2014 merupakan satu aktiviti mempromosi produk-produk kraf tempatan yang berlangsung mulai 18 hingga 31 Disember 2014 bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall. Penganjuran Festival Kraf Johor 2014 merupakan kali ke-4 diadakan dan dijadikan sebagai acara tahunan setelah mendapat maklum balas positif yang diterima daripada pengunjung dan pengguna kraf di selatan tanah air sejak mula diperkenal pada tahun 2011.

Objektif utama penganjuran Festival Kraf Johor ialah untuk mempromosi dan memasarkan produk kraf terus kepada pengguna; memperluaskan pasaran kraf; memberi kesedaran dan maklumat terkini mengenai industri kraf negara serta menanam minat pengguna terhadap kraf tempatan.

Aktiviti Utama yang diketengahkan sepanjang penganjuran ini ialah Jualan Produk Kraf, Pameran Dan Jualan Produk Baru, Pameran Landskap & Seni Taman, Demonstrasi Kembang Api, Demonstrasi Masakan & Kuih Tradisional dan Interaktif Kraf. Turut diadakan juga sempena festival ini ialah Aktiviti Galakan Pengunjung seperti Persembahan Kesenian, Permainan & Pertandingan Congkak, Persembahan Karaoke Rakyat, Idola FKJ 2014, Persembahan Artis Akademi Fantasia, Tazkirah Laman Rohani, Mini Pesta Buku, Seni Khat @Craft, Roda Klasik@Craft, Si Comel Meow@Craft, Warna-Warni @Craft dan Bonsai @Craft.

Festival Kraf Johor merupakan penjenamaan semula nama aktiviti yang sebelum ini dikenali dengan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Johor. Penjenamaan semula ini dilihat lebih bertepatan dengan konsep serta tambahan aktiviti baru yang diketengahkan. Penggunaan nama Negeri Johor memenuhi sasaran sebagai ruang promosi yang diwujudkan oleh Kraftangan Malaysia bagi hub pemasaran kraf di zon selatan tanah air. Penggunaan nama Negeri Johor itu juga tidak membataskan penyertaan usahawan dari lain-lain negeri. Penyertaan usahawan daripada pelbagai bidang kraf dari seluruh Malaysia merupakan dokongan utama menjayakan festival seumpama ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi :
KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN JOHOR
LOT PTB2002, JALAN CENDERASARI
OFF JALAN DATIN HALIMAH
80350 LARKIN, JOHOR  Æ–  TEL : 07- 235 0431  Æ–  LAYARI : www.festival.kraftangan.gov.my

11 Nov 2014

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA GRADUAN IKN 2014

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan IKN yang telah menerima penganugerahan Sijil dan Diploma dalam bidang masing-masing di Majlis Konvokesyen ke-13 Institut Kraf Negara yang telah diadakan pada 6 November 2014 (Khamis) yang lalu. Seramai 119 graduan iaitu terdiri daripada  65 orang penerima Diploma dan 54 orang penerima sijil dari pelbagai jurusan seni kraf telah menerima anugerah masing-masing di majlis konvokesyen ini.

Tahniah juga kepada Saudari Alista Satur dari jurusan Seni Kraf Rotan & Buluh kerana telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Diploma dan Saudara Mohamad Anuar Fahmie bin Mohd Suzari dari jurusan Seni Kraf Batik atas kurniaan Pelajar Terbaik Keseluruhan Sijil. Semoga semua para graduan terus cemerlang di masa akan datang. Tahniah dan Syabas!!!


Para graduan berbaris menuju ke Dewan Cindai





Sebahagian hasil kerja tangan para graduan




Pelajar Terbaik Keseluruhan Diploma dan Sijil



UCAPAN PENGHARGAAN YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN TAN SRI ABDUL AZIZ


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana telah menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-13 Institut Kraf Negara yang telah diadakan pada 6 November 2014 (Khamis) yang lalu.

"Apa yang penting ialah para graduan perlu lebih kreatif dan inovatif untuk menghasil produk yang mampu menarik perhatian pelancong luar negara mahupun domestik. Kerajaan telah menyedia pelbagai skim dan dana kewangan untuk membantu bakal usahawan memulakan perniagaan. Sebagai modal insan yang berkemahiran dan berdaya saing, graduan IKN perlu berani merebut peluang ini bagi memperkasa dan memperluaskan pasaran kraf ke peringkat global." - petikan ucapan YB Menteri MOTAC sempena Majlis Konvokesyen ke-13 IKN...

20 Okt 2014

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2014



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali khususnya kepada semua warga Kraftangan Malaysia yang bakal disambut pada 22 Oktober 2014 (Rabu). Di dalam kita gembira menyambutnya, kepada semua anggota kerja yang terlibat dengan PHD&ST 2014, diharap anda semua menggembleng tenaga dan bersama-sama untuk persiapan promosi berkenaan agar berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang serta mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan. Selamat maju jaya semua....

16 Okt 2014

MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2014



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia kerana telah menyempurnakan Majlis Sidang Media Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014 yang telah diadakan pada 15 Oktober 2014 (Rabu) di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua tetamu dan rakan media yang telah hadir ke majlis ini. Semua dijemput datang ke Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang akan bermula pada 23 Oktober hingga 3 November 2014 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk adalah percuma....

#PHD&ST2014
#KraftanganMalaysia



Keratan sisipan akhbar Kosmo 16 Oktober 2014 (Khamis)



13 Okt 2014

PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN (PHD&ST) 2014


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014 yang akan bermula pada 23 Oktober hingga 3 November 2014 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Kraf Ceriakan Mahligai Anda’ dengan mengenengahkan penggunaan produk kraf tempatan sebagai dekorasi dan kelengkapan ruang kediaman atau pejabat serta hiasan di laman/taman secara tidak langsung membangkitkan suasana bahagia dan ceria. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung iaitu:

1.   Jualan
  • Produk Kraf & Perkhidmatan Hiasan Dalaman / Seni Taman
2.   Pameran Kraf

  • Pameran/Jualan Produk Baru Hiasan Dalaman / Seni Taman
  • Pameran Kraf Warisan
3.   Demonstrasi & Interaktif Kraf
  • Demonstrasi Produk Kraf
  • Demonstrasi Kuih & Makanan Tradisi
  • Interaktif Kraf
4.  Persembahan Kesenian

5.  Lawatan Berpandu Berkumpulan

6.  Pameran & Pertandingan

      * Hiasan Lanskap Taman Sari Malaysia
      * Bonsai@Craft
      * Congkak Malaysia Siri 2

7.   Pameran & Jualan Karya Catan Hiasan Dalaman

8.   Bazar Kraf Antarabangsa

9.   Ragam Si Comel Meow@Craft

10.Perkampungan Mini Budaya Masyarakat Orang Asli

11.Pertandingan Seni Kreatif

       * Lukisan Henna
       * Ukiran Buah-Buahan & Sayuran

12.Bengkel & Demonstrasi

       * Seni Gubahan Bunga
       * Hias Jubin Seramik

13.Bual Bicara ‘Deko Bersama Kraf Malaysia’

14.Perkhidmatan Jahitan & Dekorasi

15.Tazkirah Mega@Craft
     *Sempena sambutan Maal Hijrah

Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma.....

8 Okt 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG


Saya bagi pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia serta semua warga kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Bersara sebagai penjawat awam dan semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik kepada pesara Kraftangan Malaysia iaitu:

BIL NAMA JAWATAN PENEMPATAN SEBELUM BERSARA TARIKH BERSARA
1 Tuan Haji Ramli bin Mohd Noor Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) 04 Julai 2014
2 Hajah Nor Rashidah binti Ahmad Pereka Gred B27 Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka 18 Oktober 2014
3 Puan Norain binti Abdullah Pembantu Tadbir                                 ( Perkeranian / Operasi ) Gred N22 Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan 01 September 2014
4 Puan Rosmawati binti Zubir Pembantu Tadbir                                 ( Perkeranian / Operasi ) Gred N22 Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor 01 November 2014
5  Encik Hadzmi bin Hamidun (Uncle Rem) Pemandu Kenderaan Gred H11 Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan 28 Oktober 2014


Jasa dan pengorbanan kalian selama berkhidmat di Kraftangan Malaysia amat dihargai. Pada 7 Oktober 2014 (Selasa) yang lalu, telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang khusus untuk meraikan para pesara ini. Semoga semua pesara terus berjaya di masa akan datang dan jangan malu dan segan untuk datang ke Kraftangan Malaysia. 





Terima kasih & semoga sihat dan ceria selalu.......

30 Sep 2014

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2014


Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis  

Tuan Haji Shahrudin   Mohd Nor   
Timbalan Ketua Pengarah   (Pembangunan)   

Pengarah-pengarah Bahagian   

Pengurus   Kraf Holding Sdn. Bhd.  

dan Warga Kraftangan semua  


Assalamu’alaikum Warahmatullahi   Wabarakatuh  , Salam Sejahtera   dan Salam 1Malaysia  

Syukur ke hadrat Ilahi  kerana dengan izin,  limpah  dan kurniaNya,  dapat kita berkumpul pada pagi ini  sempena perhimpunan bulanan  Krftangan Malaysia bagi bulan September 2014. Saya merakamkan ucapan  ribuan terima kasih kepada semua warga Kraftangan Malaysia   kerana dapat hadir  untuk menjayakan perhimpunan  pada kali ini.  

Hari ini 30 September  merupakan hari terakhir kita  berada di suku ketiga  bagi tahun 2014.  Ini bermakna  hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi  untuk kita melaksanakan  segala aktiviti untuk tahun 2014.  Sukacita perhimpunan  pagi ini , saya menyeru kepada semua  untuk melihat semula  perancangan kerja tahunan  yang telah direncanakan sejak awal tahun,  sama ada  program dan aktiviti mengikut apa yang dirancang.  Sekiranya,  terdapat aktiviti-aktiviti yang tidak  terlaksana  dapatlah diperbetulkan  dan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini.

Dalam masa tiga bulan terakhir  ini juga,  kita menghadapi cabaran  yang amat besar iaitu  untuk mencapai KPI jualan kraf  yang ditetapkan bagi tahun 2014.  Merujuk kepada sasaran yang ditetapkan Kraftangan Malaysia  perlu mencapai jualan kraf sebanyak RM430.0  juta bagi tahun 2014  dan sehingga Ogos jualan kraf yang dicatatkan ialah sejumlah RM393.0 juta. Jika dibandingkan Ogos 2014  dan Ogos 2013  ia menunjukkan peningkatan  sebanyak RM100.0  juta  iaitu 33.9%.  Oleh itu, kita hanya memerlukan sejumlah  RM37.0 juta untuk menepati sasaran ini.

Faktor-faktor yang menyumbang  kepada peningkatan ini ialah  usaha-usaha giat  promosi jualan yang diadakan  di pusat-pusat beli-belah, peningkatan jumlah usahawan  di dalam menyumbang KPI  dan rekaan-rekaan baru  yang dikeluarkan.  Tahniah dan syabas  saya ucapkan kepada semua  yang telah menyumbang kepada  peningkatan KPI ini.

Saya, saban hari menekankan   kepada pencapaian KPI  kerana inilah satu-satunya yang dapat menggambarkan  kegemilangan organisasi dan kejayaan Kraftangan  Malaysia  sebagai peneraju industri kraf.  Saya berharap  agar semua anggota kerja dapat memahami  serta mengambil berat  perkara ini agar setiap anggota kerja  daripada atas sehinggalah ke bawah  bergerak seiring dan fokus  di dalam menjalankan tugasan seharian.
  
Walaubagaimanapun,  kita jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah kita capai  kerana masih ada berbaki aktiviti-aktiviti untuk tahun ini   yang perlu dilaksanakan  seperti Promosi Hiasan Laman  dan Taman  yang akan berlangsung pada  23 Oktober hingga 3 November  dan  Promosi Kraf Angsana Mall Johor Bahru  pada  18 hingga 28 Disember  yang amat memberi sumbangan besar  ke arah pencapaian KPI ini.  

Baru-baru ini,  saya berpeluang mengikuti rombongan  Yang Berhormat  Menteri turun padang ke Negeri Kelantan  dan tiga aktiviti utama telah dilaksanakan iaitu :

§  Perjumpaan Yang Berhormat Menteri  Bersama Usahawan Kraf Batik dan lain – lain di Negeri Kelantan
§  Perasmian Bantuan Insentif Bengkel  Kepada Ayu Fashion, dan
§  Lawatan Yang Berhormat Menteri  ke Bengkel Usahawan Kraf ZH Ukiran kayu, Pengkalan Kubor

Menerusi perjumpaan  dan lawatan  ini  saya amat bersyukur kerana Yang Berhormat  Menteri  dan Yang Berbahagia Datuk KSU  amat berpuas hati di atas prestasi  Kraftangan Malaysia.  Oleh yang demikian,  saya amat berharap prestasi sebegini  dapat dikekalkan bagi menjamin organisasi kita  sentiasa berada di hadapan  dan dilihat  secara positif dapat menyumbang  kepada pembangunan ekonomi negara.

Di dalam kita mengejar KPI,  tidak seharusnya kita mengetepikan integriti  dan etika kerja.  Perhimpunan kali ini, saya ingin menyarankan perkara-perkara penting yang menyumbang kepada kecekapan sesebuah organisasi iaitu:

§  Peka kepada kehendak  dan keperluan pelanggan iaitu usahawan kraf
§  Berpegang teguh  kepada nilai-nilai murni
§  Berkualiti  dan berilmu
§  Kerja berpasukan, dan
§  Kesepakatan  

Nilai-nilai yang digariskan ini  akan membentuk budaya kerja harmoni, pencapaian yang maksimum  dan integriti anggota yang dihormati  seterusnya membawa kepada kecemerlangan organisasi kita.

Akhir kata,  sempena  bulan haji ini  saya mengucapkan tahniah  kepada anggota kerja  yang sedang menunaikan ibadah haji,  semoga sejahtera  dan memperoleh haji yang mabrur.  Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha  pada 5 Oktober ini.  Marilah kita bersama-sama mengeratkan kerjasama, persefahaman dan menggembleng tenaga , mengeluarkan idea-idea inovatif dan kreatif  untuk kemajuan dan kejayaan  Kraftangan Malaysia.


Sekian,   Wabillahitafik   Walhidayah  . Assalamualaikum   Warahmatullahi Wabarakatuh.  



Terima kasih

26 Sep 2014

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI 1435H / 2014M




Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia, usahawan kraf serta semua bakal jemaah haji Malaysia musim 1435H / 2014M. Antara anggota kerja yang menjadi tetamu jemputan Allah SWT adalah:

1) En. Misroni bin Sulaiman - Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E54 - Bahagian
    Komunikasi Korporat
2) Puan Fatimah binti Yaakob - Pengajar Kraf Gred E17 - Cawangan Perak
3) Puan Leha binti Suud - Pengajar Kraf Gred E18 - Cawangan Sarawak
4) Puan Sakirah binti Hj Halim - Pereka Gred B22 - Cawangan Kelantan
5) Puan Nor Ashikin binti Abdul Manaf - Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17-Bahagian Pasaran Dan Promosi 



Semoga semua jemaah selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan selamat serta semoga mendapat haji mabrur,insyaAllah...