1 Mac 2019

Sekitar Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2019 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hari ini mengadakan Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Yang Amat Mulia Kerabat Kerabat Diraja Pahang.

Terdahulu kehadiran tetamu kehormat disambut oleh :
Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Yang Berbahagia Datuk Isham bin Ishak
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Yang Berusaha Puan Suryani Senja Alias
Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia
Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangun dan memajukan industri kraf negara.
Hari Kraf Kebangsaan 2019 (HKK 2019) kali ke-17 akan berlangsung selama 12 hari iaitu dari 28 Februari hingga 11 Mac 2019 dan turut diadakan serentak di pusat beli-belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel di sekitar Lembah Klang bermula dari 28 Februari hingga 31 Mac 2019.