20 Feb 2013

SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2013




Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 akan berlangsung bermula pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung. Bertemakan "Kraf Penggerak Ekonomi 1Malaysia", sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini akan menghimpunkan lebih 400 usahawan dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan serta pelbagai jenis produk kraftangan hasil kerjatangan para usahawan sendiri akan dipasarkan sempena HKK 2013 ini. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi sambutan HKK 2013 ini. Masuk adalah percuma.. 

8 Feb 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013


SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN CINA TAHUN 2013 KEPADA SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

KEPADA WARGA KERJA YANG INGIN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMPENA CUTI PANJANG INI, INGIN SAYA INGATKAN SUPAYA BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU. BAK KATA PEPATAH "INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG". BERHENTI REHAT SEKIRANYA PENAT. SEMOGA CUTI UMUM INI JUGA DINIKMATI DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN PULANG SEMULA KE TEMPAT KERJA DENGAN SEMANGAT YANG BARU, INSYAALLAH....

6 Feb 2013

HARI KRAF KEBANGSAAN 2013





Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013 bermula pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013, jam 10.00 pagi - 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena HKK 2013 ini antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Pameran Kraf, Demontrasi Kraf dan banyak lagi. Semua adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini. Masuk adalah percuma.