31 Jan 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2013


Hari Wilayah Persekutuan disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun ini genap 39 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 29 tahun Wilayah Persekutuan Labuan dan 12 tahun Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berkongsi mengenai sejarah penubuhan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini, Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah di bawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2013 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia khususnya dan semua warga Wilayah Persekutuan amnya...

TERIMA KASIH YB DATO' SERI UTAMA DR RAIS YATIM, MENTERI KPKK SEMPENA LAWATAN YB MENTERI KPKK MENINJAU PERUSAHAAN KRAF UKIRAN KAYU DI BESUT TERENGGANU

Saya bagi pihak warga kerja Kraftangan Malaysia dan seluruh ahli Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri KPKK sempena lawatan tinjauan perkembangan industri kraf bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK ) meninjau perkembangan kraf ukiran kayu yang terletak di Besut, Terengganu pada 17 Januari 2013 (Khamis) yang lalu. 

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK, Yang Berbahagia Datuk Hj. Abdul Ghaffar Bin A.Thambi, Yang Berhormat Dr. Haji A. Rahman Mokhtar, ADUN Kuala Besut/ EXCO Kerajaan Negeri Terengganu serta Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali.

Kira - kira 150 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli - ahli persatuan, usahawan - usahawan kayu dari negeri Terengganu, Ketua - ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai - pegawai di bawah KPKK Negeri Terengganu dan Kelantan telah hadir di dalam majlis ini. 

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan pembangunan kraf ukiran kayu yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia di bawah Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Kampung Raja, Besut Terengganu yang diusahakan oleh Encik Norhaiza Noordin.

Sempena lawatan tersebut juga, Yang Berhormat Menteri KPKK sempat meluangkan masa bertemu dengan warga Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia atau ringkasnya PENGUKIR. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah diluluskan permohonan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 9 Mei 2011. Persatuan ini, diterajui oleh Encik Norhaiza Noordin sebagai Yang Dipertua PENGUKIR, Encik Wan Nurkamar Rahmatullah Bin Wan Mustafa, Timbalan Yang Dipertua serta Encik Abd.Muhaimin Bin Hasbollah, Setiausaha PENGUKIR.
                                               
Matlamat penubuhan PENGUKIR adalah untuk mengumpul serta menggabungkan penggiat dan pengusaha-pengusaha kraf seni ukir kayu di bawah satu naungan dalam memastikan seni ukiran warisan bangsa dapat dikekalkan menerusi pelbagai program-program yang dilaksanakan dengan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, agensi swasta dan NGO. 


Encik Norhaiza memberikan penerangan mengenai produk ukiran yang dihasilkan
kepada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim


Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama - sama Encik Norhaiza  serta
Setiausaha Persatuan semasa  lawatan di Bengkel Kayu Bakawali  Sari Warisan
Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim melihat kerja -kerja pertukangan
kayu  yang dijalankan di  Bengkel Kayu Bakawali Sari Warisan

Gambar kenangan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama
Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Seni Ukir Kayu Malaysia

Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sempat beramah mesra bersama
salah seorang usahawan kayu dari Terengganu
Coretan kenangan daripada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
di Buku Pelawat Bakawali Sari Warisan













SELAMAT HARI THAIPUSAM 2013


SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI THAIPUSAM 2013 KHUSUSNYA KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA HINDU DAN SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA. THAIPUSAM 2013 TELAH DISAMBUT PADA 27 JANUARI 2013 (AHAD) YANG LALU.

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua terutamanya kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang telah disambut pada 24 Januari 2013 (Khamis) yang lalu. Tema sambutan Maulidur Rasul 1434H adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

Menurut sejarah Islam, Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi ia merupakan salah satu cara untuk mengumpulkan orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Semoga kita semua mengambil iktibar atas perjuangan Rasulullah SAW...