27 Ogo 2014

GAMBAR LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 57


Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih menekankan kepada semangat kecintaan terhadap negara apabila ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.

Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Keterangan Logo dan Tema Hari Kemerdekaan Ke-57: 

#Pray for MH370
#Pray for MH17

Sumber : www.mysumber.com


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 57




Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57 kepada semua yang akan disambut pada 31 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 5 Zulkaedah 1435H. Semoga kita sama-sama menghayati jasa dan pengorbanan para pejuang negara untuk mendapatkan kemerdekaan yang kita kecapi hingga ke hari ini. Dalam keghairahan kita menyambut kemerdekaan ini, bersama-sama lah kita untuk terus mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa nahas tragedi MH370 dan MH17. Al-Fatihah..

#MH370
#MH17


MAJLIS PELANCARAN JENAMA "PREKA"



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Bahagian Rekaan Ibu Pejabat akan mengadakan Majlis Pelancaran Jenama Preka yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia pada 28 Ogos 2014 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1435H di Kompleks Kraf Kuala Lumpur jam 12.00 tengahari. 

Jenama Preka merupakan singkatan perkataan Pereka, iaitu pereka-pereka Kraftangan Malaysia yang komited di dalam menghasilkan rekaan-rekaan baru produk kraf tempatan dengan kerjasama pengusaha-pengusaha kraf tempatan dari pelbagai bidang kemahiran kraf (kayu, anyaman, tenunan, logam, seramik dan aneka kraf). Jenama Preka bukan sekadar pada jenama sahaja, malah produk yang dihasilkan melalui jenama ini boleh diperoleh di rangkaian kedai jenama Preka yang terdapat di beberapa tempat mengikut segmen produk seperti hadiah & cenderamata pelancong/korporat, pakaian dan aksesori, seramik dan hiasan dalaman. Antara outlet-outlet  jenama Preka yang telah beroperasi adalah seperti yang berikut: 

Kompleks Kraf Kuala Lumpur (Pakaian, aksesori, hadiah & cenderamata dan  hiasan dalaman).
Preka Ceramics di Kompleks Kraf Kuala Lumpur (Produk seramik hiasan, cenderamata & hadiah, seramik taman).
Menara MARA, Kuala Lumpur (Produk hadiah dan cenderamata korporat).
Kompleks Kraf Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
Pantai Tengah, Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata dan hiasan dalaman)
Pasar Seni, Kuala Lumpur (Produk hadiah dan cenderamata pelancong berasaskan veneer & kayu)
ATV Adventure Park, Bukit Larut, Perak (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata).
Kg. Genting, Pulau Tioman kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
Kg Salang di Pulau Tioman kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
Telaga Harbour Langkawi kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
Malaysia Crafts Kiosk, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).



22 Ogo 2014

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA ANAK-ANAK KAPAL DAN PENUMPANG MH17



Pada hari ini Jumaat 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435H,  adalah hari untuk Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17  yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk,  Timur Ukhraine.  Pada hari tersebut mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air  (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.

Majlis dan istiadat sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rakyat semua di minta bertafakkur walaupun dimana mereka berada. Waktu bertafakkur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas,  Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.

Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17

* Bendera Malaysia di kibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan.
* Semua acara yang berunsur hiburan di tangguhkan pada hari berkenaan.
* Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung . mereka di galakkan memakai songkok  (tanpa lilitan warna putih), selendang hitam. 
* Pada hari berkenaan juga rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Semoga keluarga dan sahabat handai mangsa nahas MH17 terus bersabar atas apa yang telah berlaku. Peristiwa ini juga mengingatkan kita agar mati itu pasti datang kepada kita semua yang hidup, cuma caranya dan di mana kematian itu berlaku hanya Allah juga yang maha mengetahuinya...Agar kita sama-sama muhasabah diri kita.

Wallahu'alam.

*** Ingatlah...Mati Itu Pasti ... Dari Nya kita datang dan kepada Nya jua kita akan di kembalikan...  Allahuakbar...

#berkabung
#MH17