27 Jan 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2012
HARI WILAYAH PERSEKUTUAN DISAMBUT PADA SETIAP 1FEBRUARI SETIAP TAHUN SEMPENA MEMPERINGATI PENUBUHAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. PADA TAHUN INI, GENAP 38 TAHUN BAGI BANDARAYA KUALA LUMPUR, 28 TAHUN LABUAN DAN 11 TAHUN PUTRAJAYA.
TEMA YANG DIPILIH PADA TAHUN INI IALAH 'RAKYAT BERSATU, WILAYAH PERSEKUTUAN MAJU'. PEMILIHAN TEMA INI IALAH BAGI MENGUKUHKAN PERANAN DAN SUMABANGAN BERTERUSAN WILAYAH PERSEKUTUAN TERHADAP KEMAJUAN PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SELARAS DENGAN GAGASAN KONSEP 1MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2012 KEPADA SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA KHUSUSNYA DAN SEMUA WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN AMNYA...
20 Jan 2012
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN CINA TAHUN 2012 KEPADA SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
KEPADA WARGA KERJA YANG INGIN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMPENA CUTI PANJANG INI, INGIN SAYA INGATKAN SUPAYA BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU. BAK KATA PEPATAH "INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG". BERHENTI REHAT SEKIRANYA PENAT. SEMOGA CUTI UMUM INI JUGA DINIKMATI DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN PULANG SEMULA KE TEMPAT KERJA DENGAN SEMANGAT YANG BARU, INSYAALLAH....
5 Jan 2012
UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2012
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
PERHIMPUNAN BULANAN
DI AMFITHEATER KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
TARIKH
05 JANUARI 2012
(KHAMIS)
JAM
8.15 PAGI
ASSALAMUALAIKUM WBT
YANG DIHORMATI SAUDARA PENGACARA MAJLIS
YANG BERUSAHA ENCIK RAMLI BIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGARAH URUSAN SYARIKAT KARYANEKA SDN. BHD
DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA
TERLEBIH DAHULU MARILAH SAMA-SAMA KITA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI PERHIMPUNAN PAGI AWAL TAHUN 2012 BAGI KRAFTANGAN MALAYSIA. BERSEMPENA DENGAN MELANGKAH MASUKNYA TAHUN 2012 SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.
SEHARUSNYA KITA BERSYUKUR KERANA DIKURNIAKAN UMUR YANG PANJANG DAN KESIHATAN YANG SEJAHTERA UNTUK MELANGKAH MASUK KE TAHUN BARU INI. SEMOGA BERMULANYA TAHUN BARU INI MEMBERIKAN KEAZAMAN DAN SEMANGAT YANG LEBIH JITU DENGAN ETIKA KERJA YANG TERPUJI UNTUK SAMA-SAMA MENCORAKKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF YANG KITA DOKONG SELAMA INI.
SEPANJANG TAHUN LALU SAYA AMAT BERKEYAKINAN SETIAP ANGGOTA KERJA TELAH MELAKSANAKAN TUGAS MASING-MASING SEBAGAIMANA YANG DIRANCANG. SEBELUM KITA MENYINGKAP TABIR TAHUN 2012 MARILAH KITA SAMA-SAMA MERENUNG SEJENAK PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI TAHUN LALU SAMA ADA PROGRAM TERSEBUT MENCAPAI HASRAT DAN OBJEKTIF YANG TELAH DITETAPKAN.
HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2011 MENGAMBIL TEMPAT DENGAN TEMANYA KRAF MENJANA EKONOMI, SETERUSNYA PROMOSI KERJA KAHWIN, PROMOSI KRAF AIDIL FITRI DAN MENUTUP TIRAI 2011 PENGANJURAN PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT ZON SELATAN DI JOHOR BARU YANG DIADAKAN BARU-BARU INI. DI SAMPING ITU PROMOSI-PROMOSI PERINGKAT NEGERI, DI PUSAT-PUSAT MEMBELI-BELAH, PERINGKAT ANTARABANGSA JUGA TURUT DIADAKAN.
BEGITU JUGA DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN DI BAWAH PROGRAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SERTA PEMBANGUNAN USAHAWAN. RANGKUMAN PENGANJURAN AKTIVITI-AKTIVITI INI MELETAKKAN KRAFTANGAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN YANG MENCAPAI SASARAN KPI YANG TELAH DITETAPKAN.
PADA TAHUN 2011 KPI YANG DITETAPKAN KEPADA KRAFTANGAN MALAYSIA IALAH UNTUK MENCAPAI JUALAN KRAF SEBANYAK RM130 JUTA DAN ALHAMDULILLAH PENUTUP TAHUN 2011 SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN DAPAT DICAPAI DENGAN JAYANYA. TAHNIAH DAN SYABAS SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA YANG TELAH BEKERJA KERAS UNTUK MEREALISASIKAN HASRAT INI.
MELIHAT KEPADA KEJAYAAN PENCAPAIAN INI MAKA SATU TANGGUNGJAWAB YANG LEBIH BESAR PERLU KITA SAMA-SAMA PIKUL IAITU MENCAPAI SASARAN JUALAN UNTUK 5 TAHUN KE HADAPAN DENGAN MEMPEROLEH JUALAN SEBANYAK RM1 BILLION PADA TAHUN 2016. INSYA-ALLAH DENGAN KERJASAMA YANG DITUNJUKKAN DAN SEMANGAT BEKERJA YANG GIGIH HASRAT INI AKAN KITA CAPAI PADA TAHUN 2016.
DARIPADA JUMLAH RM1 BILLION TERSEBUT TAHUN 2012 SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN ADALAH SEJUMLAH RM340 JUTA. TAHUN 2012 JUGA MEMBUKA ERA BARU BAGI INDUSTRI KRAF KERANA TAHUN 2012 JUGALAH BERMULANYA HALA TUJU BARU KRAFTANGAN MALAYSIA IAITU KE ARAH SUMBANGAN KEPADA PENDAPATAN NEGARA. HALA TUJU INI BUKAN SAHAJA SEBAGAI LANDASAN UNTUK KITA BEKERJA DENGAN LEBIH GIGIH MALAH IA MERUPAKAN SATU CABARAN YANG PERLU SEMUA ANGGOTA KERJA TEMPUH BAGI MEMASTIKAN KRAF TANGAN MALAYSIA TETAP RELEVAN PADA MASA AKAN DATANG.
BAGI MEMASTIKAN HALA TUJU INI BERADA DI LANDASAN YANG BETUL MAKA 11 STRATEGI TELAH DISUSUN IAITU:
- MEMPERBANYAKKAN SALURAN PEMASARAN BAGI MEMUDAHKAN PEROLEHAN PRODUK DAN MELUASKAN SAIZ PASARAN
- MENINGKATKAN KESEDARAN, MINAT DAN KEINGINAN TERHADAP PRODUK KRAF TEMPATAN
- MEMBANGUNKAN USAHAWAN BERDAYA SAING DI PERINGKAT DOMESTIK DAN ANTARABANGSA DENGAN PENGUKUHAN AKTIVITI ORIENTASI PENGELUARAN, PRASARANA DAN PEMBEKALAN GUNA TENAGA
- MENINGKATKAN APLIKASI TEKNOLOGI DAN MENDAPATKAN KEPAKARAN DALAM PERUSAHAAN KRAF MELALUI INDUSTRY ENGAGEMENT DENGAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN, AGENSI MILIKAN KERAJAAN (GLC) DAN AGENSI SWASTA
- MEWUJUDKAN SKIM BEKALAN BAHAN MENTAH BAGI MEMASTIKAN HARGA YANG STABIL DAN BEKALAN BERTERUSAN DI PASARAN
- MEMBANGUNKAN REKAAN DAN PRODUK KRAF YANG BERKUALITI DAN MEMENUHI CITA RASA PASARAN
- MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGELUARAN PRODUK KRAF
- MENINGKATKAN KEBOLEHDAPATAN KERJA GRADUAN INSTITUT KRAF NEGARA DALAM INDUSTRI KRAF
- MENJADIKAN INSTITUT KRAF NEGARA SEBAGAI PUSAT KEMAHIRAN KRAF TERUNGGUL DI MALAYSIA
- MENGEKAL DAN MEMELIHARA SENI KRAF WARISAN
- MEMUPUK MINAT DAN KECINTAAN TERHADAP SENI KRAF NEGARA.
SEBAGAI SEBUAH AGENSI PENERAJU INDUSTRI KRAF, SAYA AMAT BERHARAP AGAR SEMUA ANGGOTA KERJA MEMAHAMI, MENDALAMI HALA TUJU DAN STRATEGI YANG TELAH DITETAPKAN AGAR AKTIVITI YANG BAKAL KITA LAKSANAKAN UNTUK TAHUN 2012 SENTIASA BERJALAN LANCAR DAN MENCAPAI MATLAMAT YANG DITETAPKAN.
TAHUN 2011 SUDAH 5 HARI MENINGGALKAN KITA DAN SAYA MEMPERINGATKAN JANGANLAH KITA BERASA SELESA DENGAN PENCAPAIAN HARI INI KERANA MASIH TERDAPAT BANYAK CABARAN DAN HALANGAN YANG PERLU DITEMPUHI DALAM MEREALISASIKAN HASRAT INI. NAMUN BEGITU DENGAN KOMITMEN YANG PADU, USAHA-USAHA YANG BERTERUSAN SERTA BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN HALANGAN-HALANGAN INI DAPAT DI ATASI.
CABARAN UTAMA YANG BAKAL KITA HADAPI IALAH HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2012 YANG AKAN MENYUSUL TIDAK BERAPA LAMA LAGI IAITU PADA BULAN MAC INI. SAYA MENYARANKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA BERSIAP SEDIA UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM TERBESAR INI DAN MULA MERANCANG SERTA MENYUSUN AKTIVITI AGAR KELEMAHAN PELAKSANAAN HKK TAHUN LALU DAPAT DIPERBAIKI PADA TAHUN INI DAN SETERUSNYA MENCAPAI SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN IAITU SEBANYAK RM25 JUTA.
TAHUN 2011 BANYAK MEWARNAI KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN YANG DIRAIH OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA ANTARANYA PENGANUGERAHAN 5 BINTANG LAMAN PORTAL RASMI KRAFTANGAN MALAYSIA, JOHAN ANUGERAH PENCAPAIAN KPI HRMIS 2011, BEST BOOTH DESIGN AWARD INTRADE 2011, TOURIST EXCELLENCE AWARD DAN THE BEST MALAYSIA AWARD LIFESTYLE UNTUK KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR.
TIDAK KETINGGALAN INSTITUT KRAF NEGARA TURUT MENYEMARAKKAN NAMA KRAFTANGAN MALAYSIA MELALUI PENYERTAAN DI DALAM PIALA SERI ENDON SEMPENA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BATIK (KLIB). KAKITANGAN DAN PELAJAR IKN BERJAYA MERAIH JOHAN UNTUK KATEGORI FESYEN DAN SOFT FURNISHING, TEMPAT KEDUA DAN KETIGA BAGI KETEGORI KRAF SERTA 5 HADIAH SAGU HATI BAGI SETIAP KATEGORI.
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN INI SESUNGGUHNYA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA KITA SEMUA DAN MENJADI PEMANGKIN UNTUK MENGECAPI KEJAYAAN PADA TAHUN INI.
SAYA PERCAYA PADA TAHUN INI SAUDARA SAUDARI SEKALIAN AKAN TERUS MENINGKATKAN LAGI AZAM DAN TEKAD MASING-MASING UNTUK MEMBERI SUMBANGAN YANG LEBIH BAIK DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, AMANAH, JUJUR, CEKAP DAN BERINTEGRITI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA MEMELIHARA ORGANISASI KITA DENGAN IMEJ YANG BERSIH DAN PERKHIDMATAN YANG BERKESAN DAN KREATIF.
MENGAKHIRI UCAPAN, SAYA MENYERU AGAR KITA SEMUA MENANAMKAN NILAI-NILAI KERJA BERMUTU TINGGI, CEPAT BERTINDAK, PROAKTIF, MEMPUNYAI KESUNGGUHAN SERTA BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN. MUDAH-MUDAHAN TAHUN 2012 MENJANJIKAN PELBAGAI KEJAYAAN BUAT KITA SEMUA.
sekian
assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
terima kasih.
3 Jan 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012.
Semoga tahun 2012 ini juga menyaksikan lebih banyak kemajuan dan peningkatan dalam memartabatkan industri kraf tempatan. Sokongan dan kerjasama amat diperlukan dari anggota kerja bagi memantapkan pentadbiran dan pengurusan Kraftangan Malaysia.
Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki dari Ilahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Amin.
Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua khususnya anggota kerja Kraftangan Malaysia.
UCAPAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN REKAAN BATIK DAN FESYEN SEMPENA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011
SEMPENA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011, PERTANDINGAN REKAAN BATIK DAN FESYEN TELAH DIADAKAN KHUSUS UNTUK PARA PEREKA TEMPATAN YANG KREATIF DALAM PENGHASILAN REKAAN BATIK YANG MENARIK DAN UNIK. SERAMAI 33 PEREKA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN INI. PERTANDINGAN AKHIR REKAAN BATIK DAN FESYEN TELAH DIADAKAN PADA 22 DISEMBER 2011 (KHAMIS) SEMPENA AN ENCHANTING BATIK EVENING DAN HASIL REKAAN TELAH DIPERAGAKAN OLEH MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011. SAYA BAGI PIHAK PENGURUSAN DAN WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PERTANDINGAN REKAAN BATIK DAN FESYEN SEMPENA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011.
Pemenang Tempat Pertama |
Pemenang Tempat Kedua |
Pemenang Tempat Ketiga |
Pemenang Pertandingan Rekaan Batik dan Fesyen 2011 |
SEMPENA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011, PERTANDINGAN REKAAN BATIK DAN FESYEN TELAH DIADAKAN KHUSUS UNTUK PARA PEREKA TEMPATAN YANG KREATIF DALAM PENGHASILAN REKAAN BATIK YANG MENARIK DAN UNIK. SERAMAI 33 PEREKA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN INI. PERTANDINGAN AKHIR REKAAN BATIK DAN FESYEN TELAH DIADAKAN PADA 22 DISEMBER 2011 (KHAMIS) SEMPENA AN ENCHANTING BATIK EVENING DAN HASIL REKAAN TELAH DIPERAGAKAN OLEH MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011. SAYA BAGI PIHAK PENGURUSAN DAN WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PERTANDINGAN REKAAN BATIK DAN FESYEN SEMPENA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011.
Langgan:
Catatan (Atom)