12 Jul 2012

UCAPAN TAKZIAH

Saya mewakili seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada YBhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha KPKK atas pemergian ayahanda yang tercinta pada 11 Julai 2012 (Rabu).

Al-Fatihah kepada Allahyarham ayahanda YBhg. Dato' Sri, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T.

10 Jul 2012

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012

KRAFTANGAN MALAYSIA AKAN MENGADAKAN PROMOSI KRAF AIDILFITRI YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 1 OGOS HINGGA 12 OGOS 2012 MULAI JAM 10.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM. JUALAN KRAF BERTEMAKAN AIDILFITRI SERTA PELBAGAI AKTIVITI TURUT DIADAKAN. SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN PROMOSI INI SERTA MENDAPATKAN PRODUK KRAF TEMPATAN.

AL-FATIHAH



Al-Fatihah buat Tokoh budaya, Allahyarham Saharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, yang meninggal dunia pada 9 Julai 2012, Isnin bersamaan 19 Sya'aban 1433H. 

Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 84, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira jam 10 pagi. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

"Kegigihan beliau dalam memartabatkan budaya dan kesenian akan dikenang oleh masyarakat," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber : BERNAMA